Tuesday, September 11, 2012

RUMAHTANGGA SEBAGAI UJIAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

banyak sekali rumah tangga tidak seperti yang ditunjukkan oleh rasulullah saw kerana kurangnya iman di dada dan jauhnya kita dari ALLAH swt. kekadang kita bahagia tetapi banyaknya kita menderita.

rupanya wang ringgit dan harta kekayaan bukan makin mendekatkan diri kita dengan ALLAH malah menjauhkan. dunia yang kita kejar makin jauh lari tetapi kita tidak pernah puas hati dan sentiasa berkeluh kesah.

sentiasa mengejar dan terus mengejar, tanpa akan ada hentinya,.. rumah tangga bahagia, kasih sayang manusia hanya akan menjadi milik kita apabila kasih ALLAH terlebih dahulu kita miliki.

itulah yang kita kena fokus. atas ehsan dan rahmahNYA, ALLAH sedarkan antara kita dengan musibah dan derita agar kita nampak DIA, agar kita kembali kepadaNYA, agar doa kita kembali bermakna, agar kita kembali sujud kepadaNYA.

andai kita hidup dalam bahagia , suami baik, anak comel, ekonomi kukuh, kita mungkin terus lupa kepadaNYA. sujud kita sekali sekala, doa kita sambil lewa, sedeqah kita asal ada, kita sukar nak nampak ALLAH .

bermula segala masalah dan musibah kerana kejatuhan kekuatan dalaman dan kemusnahan kekuatan rohani kita. kekuatan rohani pula mudah jatuh kerana sifat buruk yang tinggi dalam diri kita. nafsu yang bermaharaja lela, yang kita tidak tekan dan kawal, paling cepat meruntuhkan rohani.

 pic hiasan semata2

apalagi jika kita ada hasad dan dengki, cemburu , amarah dan bagai,.. apabila rohani lemah, tubuh mudah sekali dimasuki gangguan makhluk dan gangguan makhluk yang berakar umbi membuatkan sifat buruk semakin tinggi dan kita tidak mampu bangun sendiri untuk nampak ALLAH. lalu, hidup kita tiada perubahan.

kita perlu hancurkan kekuatan gangguan, buang semua sifat buruk dan kena tekan nafsu serta meningkatkan kekuatan hubungan dengan RABB. maka insyaallah , hidup kita kembali bermakna walau apa jua ujian yang datang menimpa.

ps; kerana anak2 hati ini bersabar dan bersabar , percaya dengan semua dugaan allah ini , selagi termampu terima denga lapang dada dan cuba untuk menangganinya .. insyaallah , kerana percaya setiap yang berlaku ada hikmah dan ujian dari allah .. hanya berdoa allah terus memberikan keberkatan dan kesabaran yg jitu dlam menerima segala dugaan dan ujian darinya walau perit dan pedih tidak terkata ..

31 comments:

  1. Akak kenapa ni kak? walau apa dugaan melanda moga Akak kuat smgt & diberikan kekuatan menempuhi cabaran ini

    ReplyDelete
  2. cuba memahami aper yg tersurat & tersirat, bawa bersabar...

    ReplyDelete
  3. masing2 punya dugaan yg Allah swt berikan... kita sebagai hambanya hanya mampu memohon kekuatan dan menempuh dugaan dgn sabar....

    ReplyDelete
  4. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...

    apapun masalh yg menimpa harap akak tabah dan sabar.. hadapi dengan tenang.. mohon kekuatan diri dari DIA

    ReplyDelete
  5. bayangkan hidup tanpa ujian..bak pantai sunyi tanpa ombak ...tapi,..berdoalah..moga ujian yang diberikan tidaklah berat sangat..sesungguhnya Allah maha mengetahui....

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan....

    Tuhan selalu uji hamba yg Dia sayang. Ada masa bila sesuatu ujian itu menimpa kita...kita harus ingat..Tuhan RINDU pada kita...bila ujian menimpa...makin dekat kita kepadaNya.

    Bila ada dugaan...pada Tuhan tempat kita mengadu,berdoa dan menangis kerana Dia tahu apa yg terbaik utk hambaNya.

    Allah Tidak Akan Memberikan Cubaan Melebihi Batas Kemampuan HambaNya...

    Pengalaman saya...kadang2 saya rasa macam tak mampu or tak percaya yg saya boleh sekuat ini...itulah...Tuhan tahu apa yg terbaik utk umatNya.

    Saya doakan moga anda sabar dan insyaallah...Tuhan akan sentiasa mempermudahkan masalah kita bila kita selalu berdoa terhadapNya. Insyaallah *big hugs*

    ReplyDelete
  7. semoga berbahagia kak. thanks for dropping by kat blog su, anytime akak nak try pakai Mary Kay, helo2 je taw. :)

    ReplyDelete
  8. kakieda, dlm hidup berumah tangga mesti ada dugaannya.semoga rmhtangga kita semua tetap kukuh dan bahagia selamanya..
    *gambar hiasan tu sweet sgt..

    ReplyDelete
  9. semoga rumahtangga kita semua terpelihara dan dilindungiNya kak ieda.. :)

    ReplyDelete
  10. Salam Ieda.Dlm mengharungi rumahtangga mmg ada pasang surutnya...ada ujiannya.Semoga kita bykkan bersabar & ttp ingat Allah yg SATU.InsyaAllah dugaan yg dtg pasti dpt ditempuh....

    ReplyDelete
  11. As salam Kak Ieda,

    Kadang-kala ujian berumahtangga yg melanda merapatkan lagi hubungan antara ahlinya... Menambahkan lagi rempah ratus kasih sayang... Tapi ada juga yg menjadi racun perosak isinya...apa2 pun kita harus bersyukur serta muhasabah diri sentiasa atas apa yg berlaku.. Bertanggungjawab atas apa yg berlaku... bukan menunding jari pada siapa2... Memaafkan walaupun payah tp itulah dendam yg terindah... :)

    Wish you a wonderful day! Take care kak :))

    ReplyDelete
  12. assalam..
    asam garam dlm rumah tangga..bahagia ada pasang surutnya..sedangkan lidah lagi tergigit..x tau apa yg ALLAH duga buat keluarga akk, harapan sy semoga terus tabah dan sabar mengharungi detik2 sukar ini dan sentiasa mengadu padaNYA..setiap yg berlaku ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  13. Tuhan akan menguji semua hambaNya...kita kena banyak bersabar...senyum kak...=)

    ReplyDelete
  14. sokong n3 ni byk2..
    sabar itu perisai, doa itu senjata kita kak..

    psst, insyaAllah kite nk ke sempurna resort lg 2 mgu.. leh la ngedate.. =)

    ReplyDelete
  15. kenapa ni ieda...

    apa pun yang berlaku pasti ada hikmah, moga ieda sentiasa tabah dalam menghadapi ujianNya...

    ReplyDelete
  16. sangat setuju denagan kat ieda..

    psst nak kena try gak la burge bakar nnt :)

    ReplyDelete
  17. hidup berumah tangga mmg gituew...adat
    hubungan lebey strong lepas kena dugaan kaka...semoga kiter tabah mengahadapinya IA

    ReplyDelete
  18. akak pasti boleh..chaiyok2....

    ReplyDelete
  19. pengalaman org2 yg dah berumahtangga ni jadi pengajaran b'harga buat diri sy..apapun, moga kehidupan akak sekeluarga dirahmati Allah selalu :)

    ReplyDelete
  20. Ujian dari Allah buat kita sebagai tanda Dia mengingati kita dan menyayangi kita, terima dengan redha dan memohon pertolongan dari Nya..

    Moga dipermudahkan urusan akak ye..

    ReplyDelete
  21. segala ujian mematangkan kita kan kak :)

    ReplyDelete
  22. kehidupan rumah tangga memang begitu begini.. semoga kita semua dapat mengharunginya...

    ReplyDelete
  23. Ujian/dugaan yg bertandang buat kita makin dekat denganNYA.

    Kak...mcm yg sedang saya lalui skang nih, saya tak tau hubungan ni patut diteruskan atau diputuskan. Mcm yg akak ckp, sbb anak2 saya masih bersabar. Tapi sabar saya dah sampai kemuncaknya.

    ReplyDelete
  24. Siapa yg tidak pernah didugaNYA sis...itulah asam garam kehidupan berumahtangga...cumanya berlainan cara penyebabb resah dan gundah gulana yg dialami...Semoga segala dugaan dan ujian keatas kamu..mampu kamu tangani dgn sebaik munkin..tepung jgn berselerak..dan rambut harus dijaga jgn sampai putus yer....Akk Doakan yg terbaik buat kamu....

    ReplyDelete
  25. apa pun ujian dan dugaan yang menimpa harap akak dapat hadapi dengan kuat dan tabah hati ye.ujian dan dugaan akan menjadikan kita manusia yg kuat..insyaAllah

    ReplyDelete
  26. ada berumahtangga memang camtu, ada harinya manis, ada harinya pahit, kelat. tapi sesungguhnya dgn ujian itulah menguatkan lagi kasih sayang kita sekeluarga

    ReplyDelete
  27. ada berumahtangga memang camtu, ada harinya manis, ada harinya pahit, kelat. tapi sesungguhnya dgn ujian itulah menguatkan lagi kasih sayang kita sekeluarga

    ReplyDelete
  28. ada berumahtangga memang camtu, ada harinya manis, ada harinya pahit, kelat. tapi sesungguhnya dgn ujian itulah menguatkan lagi kasih sayang kita sekeluarga

    ReplyDelete
  29. Sy doakan yg tbaik utk akak sekeluarga... Tabah yer...

    ReplyDelete
  30. semoaga akak sekeluarga tabah yer..adat rumahtangga xlepas dr dugaan dan ujian

    ReplyDelete
  31. Betul tue...Semoga Ujian Berumah tangga dapat di tempuh dengan penuh sabar...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...