Thursday, September 13, 2012

PENTINGNYA AIR UNTUK ANAK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua



Berapa banyak kah air yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak dan kenapa mereka perlukan air? Ramai ibu bapa merungut memberitahu anak mereka tidak suka minum air kosong sebaliknya hanya gemarkan air berperisa. Keadaan ini berlaku mungkin kerana anak tidak diperkenalkan kepada air kosong sejak dari kecil. Oleh itu, untuk memastikan anak-anak mendapat air yang mencukupi untuk kegunaan tubuhnya, ibu bapa perlu memperkenalkan air kosong kepada anak seawal yang mungkin. Seboleh-bolehnya, elakkan daripada memberi anak minum minuman berkarbonat atau yang berperasa bagi mengelakkan dia daripada menolak untuk minum air kosong.

 PENTING

Air memainkan peranan yang sangat penting bagi membolehkan tubuh berfungsi. Ia mengawal suhu badan dengan membenarkan berpeluh, membuang bahan buangan menerusi urin, dan menggerakkan nutrien dan pelbagai bahan lain ke seluruh badan. Kanak-kanak yang aktif memerlukan banyak air untuk menggantikan air yang hilang dari tubuh terutamanya ketika cuaca panas.
Kanak-kanak berusia di antara 1 hingga 3 tahun memerlukan 1.3 liter air sehari. Oleh kerana tubuh mereka lebih kecil berbanding orang dewasa, kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrat. Mereka juga sering mengabaikan rasa dahaga mereka terutama ketika sedang bermain. Mereka lazimnya hanya akan meminta air apabila sudah penat.

PENGAMBILAN BERBEZA

Kanak-kanak perlukan kira-kira 30-45ml air untuk setiap 450gm berat badan setiap hari. Jumlah pengambilan air bagi setiap kanak-kanak berbeza. Akan tetapi ketahuilah terlebih pengambilan air sama buruknya dengan terkurang pengambilan air. Jika terlebih minum air, selera kanak-kanak mungkin akan hilang selera makan.

INFO

Air kosong adalah minuman yang paling sesuai untuk kanak-kanak sekolah. Minuman kordial dan air bergas mengandungi gula yang tinggi dan boleh mengurangkan selera dan menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat jika diminum terlalu kerap. Bekalkan air sejuk atau air yang dibekukan dalam bekas air  yang dibungkus.  Ia dapat mengekalkan suhu sejuk dan lebih digemari.

sumber ; pama

ishhhh tapi anak2 memang payah lahh nak minum air .. terutama air masak .. macam anak2 akk huhuhu pueh nakk suh minum ! .. kena paksa .. bukan paksa aje .. siap berleteq macam org x siuman dah akk nie .. haaa dia x tgk contoh terdekat ibu dia nie .. setiap hari x pernah miss minum air masak 3 liter .. adakalanya sampai 4 liter ..
 ITS MUST ! ... huhuhu kena cari pendekatan , cara anak2 nie minat untuk minum 
air masak ... !!!

15 comments:

  1. Thanks for sharing kak. Anak saya klo bawak botol air masak memang lah dia reject...ishhhh...geram tau.

    ReplyDelete
  2. TQ 4 sharing....info bguna..
    salam kenal...
    singgah n follow sini ..
    ^_^

    ReplyDelete
  3. tq kongsi info....mia kadang2 suka air kosong gak....

    ReplyDelete
  4. takut pulak lepas baca info ni kak,anak saya pun payah nak suruh minum air kak..huhuhu.

    ReplyDelete
  5. lagi2 skrg ni kak, mmg kena amek air byk2....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...anak2 ALin memang penggemar air putih. Cuma Qayyum yg kurang skit ..ikut jejak mama dia..heheheh

    ReplyDelete
  7. hai eida...lamanya tak mai mengomen...hihi..

    eida js ada wat pasal top komen tu...nti singgah la kt blog js dan try link yg js kasi tu ye....^^

    ReplyDelete
  8. setuju, thanks kak kongsi info yg bagus ni..

    ReplyDelete
  9. Elok minum air untuk kesihatan kan kak, melawaskan sistem perkumuhan, tp anak2 Aju kurang nk minum air masak, unless kat skola, mmg bekalkan air masak ;)

    ReplyDelete
  10. kena biasakan jugak la kot utk kesihatankan...

    ReplyDelete
  11. kt rumah mmg jarang2 ader minuman manis, nak tak nak mmg mereka minum air kosong jer..

    gitu gak ntuk di bawa ke sekolah, mmg anak2 bawa air masak

    ReplyDelete
  12. ermmm mujur qaira suka air kosong jew..air manis dia kurang ckit tapi kalo air oren cukup suka..hehee

    ReplyDelete
  13. ye la kak...kanak2 x brp suka minum air msk kan....air msk kan x de perisa...hehe...

    hrp2 irfan bsr nnti suka minum air msk...now dia ok lg minum gk air msk..

    ReplyDelete
  14. memang bagus minum air kosong ni..tp anak ema yg nombor dua tu..susah sgt nak minum air kosong..dia cakap 'tak best'..

    ReplyDelete
  15. qalief ok jer minum air kosong...nice sharing kak

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...