Sunday, September 9, 2012

KEMALANGAN SANA SINI DI DAERAH PEKAN - KUANTAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

pagi2 lagi dah dihidangkan dengan berita2 macam ini ... kemalangan maut sekitar pekan - kuantan semakin menjadi2 ... x tahulah kenapa ... nak kata musim cuti berganda ... tidak .. hurmmmmmm , semoga kita lebih berhati2 hendaknya .. kemana jua kita nak tuju , mulakanlah dengan ayat2 al-quran , semoga kita sentiasa dibawah lindunganya .... aminnnnnnn

Seorang maut, tujuh cedera MPV bertembung lori

8 September 2012
PEKAN - Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori di KM 58, Jalan Kuantan-Segamat semalam.
  
Noraini Mat Kamis, 33, yang merupakan penumpang hadapan MPV itu mati pada pukul 9.39 malam tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan akibat kecederaan teruk di kepala.
  
Ketua Polis Daerah Pekan Yahya Othman berkata dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, MPV yang dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Segamat itu cuba memotong sebuah kenderaan dan masuk ke laluan lori berkenaan.
  
"Namun MPV itu tidak sempat masuk ke laluannya semula lalu bertembung dengan lori berkenaan yang dipercayai dalam perjalanan dari Felda Keratong 8 ke Felda Lepar Hilir 6," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
Beliau berkata pemandu MPV, Dewi Rohn Mohmed, 38, yang cedera akibat tersepit di tempat duduk dan enam penumpang lain dihantar ke HTAA untuk rawatan manakala pemandu dan dua penumpang lori hanya cedera ringan. - Bernama


 Anggota TUDM maut dilanggar kereta

 8 September 2012
KUANTAN - Seorang anggota wanita Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang berjalan kaki, maut selepas dilanggar sebuah kereta di Simpang 3, Jalan Tebuan 7, Kem Batu 10 di sini, malam tadi.

Mangsa, Jasmelia Jafari, 27, cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 9.40 malam itu, mangsa sedang berjalan sendirian di kawasan kem itu.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika kereta yang dipandu seorang lelaki telah terlanggar mangsa. Mangsa yang cedera teruk dibawa ke HTAA untuk rawatan bagaimanapun, dia disahkan mati pada 11.20 malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - Bernama

ps : sejak dari mlm tadi , kawasan rumah akk nie x ada AIR .. aduhhhhhhh susahnyaaaaa lah hai kami nie .. macam2 hal lah tergendala .. makan , minum , mandi anak2 .. huhuhu .. biar x der API dari tak ada AIR nie .. dah buat aduan TAPI lain pula katanya ..

6 comments:

  1. Al-fatihah....tu la tkt dgr xcident ni....

    ReplyDelete
  2. seriau dgr xcident,nk kuar kdg2 risau...
    betul tu kak baik takde letrik dr xde air..

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah swt melindungi kita semua. seghiau bila citer pasal eksiden2 nih.

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/09/ber-open-open-house.html

    ReplyDelete
  4. Takutlah sekrg nie...Al-fatihah buat si mati..

    ReplyDelete
  5. Takutlah sekrg nie...Al-fatihah buat si mati..

    ReplyDelete
  6. MashaAllah
    al-fatihah utk yg menemui ajal.. kena mengingat-ingatkan si driver lepas ni, biar lambat asalkan selamat ;(

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...