Monday, September 24, 2012

KEJAM ! TENGKORAK DI TEMUAI MILIK WARGA EMAS DI PEKAN PAHANG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

sedih sebenarnya mengetahui akan kejadian yg baru2 ini menimpa warga emas yang lebih di kenali sebagai pakcik "AMI" .. akk juga mengenali pakcik ini .. sangat tragis kematiannya , hanya allah sahaja yg lebih mengetahui apa sebenarnya yang terjadi .. pastinya ramai yang sudahpun mengetahui rentetan tragedi dan kematian pakcik ini .. setelah 5 hari hilang tanpa dikesan , akhirnya beliau di temui mati dibunuh ! ...

akk mengenali pakcik ini adalah disebabkan beliau pernah berurusan mengenai rumah sewa yg disewakan kepada pelajar2 dengan pihak shahputra sewaktu kami belum pun pindah ke kuantan .. sooo kami memang selalu melihatkan kelibat arwah pakcik AMI nie di shahputra berjumpa dengan pihak pengurusan kolej .. kira memang kenal lahh .. 

sewaktu pertama kali teman sepejabat btahu akan kes kehilangan pakcik nie .. akk agak2 kabur sikit , x ingat dan x mengenali arwah.. tapi setelah melihatkan berita dan wajah dia yg dipaparkan di dalam surat khabar barulah akk ingat semua ... huhuhu sedihhh .. semoga arwah tenang disana dan di tempatkan bersama golongan mereka2 yang beriman .. aminnnnnnnnnnnn


klik utk membaca

Warga Emas DiKerat : Pihak polis telah mengesahkan tengkorak dan anggota badan yang dijumpai dalam keadaan dikerat di kawasan paya bakau dekat Sungai Miang, Pekan, Pahang semalam, adalah milik warga emas yang dilapor hilang 15 September lepas.

 “Hasil siasatan terhadap dua suspek yang ditangkap bagi membantu siasatan kes ini membawa kepada penemuan beberapa anggota badan mangsa di KM 15 Kampung Sungai Miang, dekat sini, semalam.

“Polis yang meneruskan pencarian sebahagian lagi anggota badan mangsa hari ini turut menemui beberapa lagi barangan milik mangsa iaitu kopiah dan cermin mata,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Yahaya Othman berkata, hasil siasatan polis dan laporan pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati anggota badan dan tengkorak yang dijumpai kira-kira pukul 5 petang semalam adalah Sh. Othman Sh. Bakar, 72.


“Dengan kejayaan ini kita menganggap kes ini telah selesai dan tindakan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Forensik HTAA untuk melakukan ujian DNA ke atas tengkorak dan semua anggota badan yang ditemui,” katanya.

Sementara itu Sinar Harian cuba menghubungi anggota keluarga mangsa bagi mendapatkan maklum balas, namun mereka enggan mengulas dan berharap semua pihak dapat memahami situasi mereka.

Bagaimanapun mereka reda dengan tragedi yang berlaku dan berterima kasih kepada polis serta semua pihak yang membantu menyelesaikan kes kehilangan mangsa.

Kelmarin, Sinar Harian  melaporkan kehilangan mangsa, Sh Othman selepas menemui dua lelaki yang kononnya ingin berbincang mengenai proses menyewa lot kedai bahagian atas bangunan sebuah premis menjual alat binaan di Peramu Jaya kira-kira jam 1 tengah hari, Sabtu lalu.

Alfatihah buat arwah.

petikan ; kosmo & metro

memang takut akan kes-kes macam nie terjadi .... dan pembunuh macam nie dah semakin hampir dengan kawasan persekitaran kita ... hati sentiasa berdebar2 ... mereka membunuh ikut suka hati mereka .. dengar cerita yg mengambil pakcik nie di hari kejadian adalah warga india .. dan diberitakan selepas warga india mengambil pakcik ini , pakcik ini bertemu pula dengan warga cina untuk urusan selanjutnya .. wallahualam .. tapi hakikatnya memang kita semua harus berjaga-jaga .. kehidupan sekeliling kita sebenarnya dah x aman .. kita sahaja yg x sedar atau leka ..

semoga siapa sahaja yg memperlakukan perkara ini terhadap arwah akan menerima balasan yang setimpalnyaaa aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

26 comments:

  1. al-fatihah..
    zaman skrg ni byk org sakit mental kot, bunuh sembelih org mcm tak de harga je.

    ReplyDelete
  2. Ya-Allah..semakin hari didlam abad yg jauh lebih bertamaddun ni..manusia pula sudah tidak lagi bertamaddun..membunuh dgn kejam...mengerat tubuh mangsa seperti haiwan sifat mereka...Semoga siasatan dpat mengenal pasti siapa pelakunya dan semoga diberikan hukuman yg setimpal....Al-Fatihah buat pakchik tu...

    ReplyDelete
  3. sedihnya....

    Allah shj yg mampu membalas segala perbuatan mereka....

    al Fatihah dan takziah buat keluarga arwah...

    ReplyDelete
  4. Alfatihah, ya allah inilah sedihnya dunia zaman sekarang dah takde perikemanusiaan lagi..Moga roh arwah tenang di sana.

    ReplyDelete
  5. al-fatihah untuk arwah...semoga roh nya di rahmati Alllah...

    ReplyDelete
  6. Al fatihah.Mengapa la manusia zaman ni makin hilang kewarasannya.

    ReplyDelete
  7. menakutkan je la ... heeee
    mungkin dengki kot ni

    ReplyDelete
  8. al fatihah buat arwah..
    hurmmm kejamnya

    ReplyDelete
  9. al-fatihah buat arwah

    orang sekarang tak takut lakukan jenayah, kita sendiri yg dalam ketakutan kerana adanya mereka, kena sentiasa berhati2

    ReplyDelete
  10. al-fatihah, moga ruhnya dicucuri rahmat Allah..

    mmg takut kalau difikirkan..masa saya bujang2 dulu sy tk taku sgt nk g mana sorang2..nk drive mlm2..zaman ni lain dah kak

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah..Sedihnye baca berita ni..
    kejamnye..

    ReplyDelete
  12. ALLAHURABBI...

    ya Allah kak..kenapa la sekejam ini manusia sampai tergamak melakukan perkara mcm ni...

    Ya ALLAH kau tempatkanlah pakcik ini diJannahMu..

    ReplyDelete
  13. Kejamnya. Al-fatihah utk arwah.

    ReplyDelete
  14. Penjahat sekarang memang kejam Allah sahaja dapat membalas perbuatan beliau...Al-fatihah buat arwah...

    ReplyDelete
  15. Pasal shoutbox tue...nanti cr buat...semalam tak dapat...komputer asyik hand jer...

    ReplyDelete
  16. .zaman sekarang bahaya dimana2 manusia takder hati perut bersepah nak menunggu mangsa...munkin terdesak sangat kot...al fatihah moga arwah pak cik dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  17. ya Allah kak!!! lieya ade bace news ni.....rupenye kenalan akak ....astagfirullahalazim...kesiannye cara arwah menemui ajal....

    alfatihah, semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.....amin

    ReplyDelete
  18. al fatihah... sanggup dorg wat camtu yer...

    ReplyDelete
  19. Ya ALLAH..kesiannye..mmg xde perasaan langsung org yg mcm tuh kat pakcik tuh..kejammm..al-fatihah..

    ReplyDelete
  20. Alfatihah utk arwah pkcik Ami..

    takut kan kak kes2 mcm ni...zmn skrg..manusia ada yg kejam mcm ni..

    ReplyDelete
  21. Kejam betul penjenayah ni. Nampak sangat nafsu dikuasi syaitan tergamak buat begitu sekali.

    Moga keluarga allahyarham diberi kekuatan dah roh pakcik itu dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  22. kpd yg bersalah, nntkanlah balasan di sana...

    ReplyDelete
  23. Al-Fatihah.. Sgt menakutkan..dengan keadaan sekeliling kita skrg nie kan..kdg2 org yg dikenali pun boleh buat macam2 kat kita.. amat menakutkan..

    ReplyDelete
  24. yallah kejam nye
    harap2 pembunuh dpt balasan yg setimpal!

    ReplyDelete
  25. alfatihah.. moga mereka yg terlibat menerima balasan setimpalnyer

    ReplyDelete
  26. kesiannye kt arwah..al fatihah..

    skang ni bunuh org da mcm semelih ayam jek kan kak? siap kerat2 lagi..haishhh..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...