Saturday, September 22, 2012

KASIHNYA IBU ~ WALAU ANAK DIRANTAI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam semua

meruntun hati melihat dan membaca kisah ini , walau ibu ini bukan islam , tetapi kasihnya ibu sampai sebegitu sekali .. bagaimana agaknya keadaan anak dia jika dia sudah tiada lagi ???

DIRANTAI IBU SELAMA 21 TAHUN

 HENG terpaksa menghabiskan masanya dengan tangannya dirantai dalam bilik khas.

NANJING: Seorang wanita merantai anaknya yang sakit mental dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagain besar masanya hanya terlantar di katil. Menurut media semalam, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal. 

Hong, 37, kini dijaga ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China. Disebabkan terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong mempunyai parut yang dalam.

CHEN berharap ada pihak tampil membantu anaknya.

Chen berkata, Hong mula mengalami gangguan mental ketika berusia 16 tahun akibat kemurungan melampau kesan gagal bercinta.“Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu bergaduh, memaksa saya mengurungnya di rumah,” katanya.

Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah. “Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya,” katanya.

Apa yang boleh dilakukannya, kata Chen, adalah memastikan Hong kekal bersih, selamat dan mendapat cukup makan. “Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederakan orang lain dan dirinya,” katanya.

Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah kewangan tetap menjadi kekangan kepada mereka.“Mudah-mudahan ada mana-mana pihak tampil membantunya,” katanya. - DM

petikan ; hmetro


sedih kan ... hiba bila kasih ibu tidak bertepi buat anaknya .. walau anaknya sakit dia tetap menjaga dengan penuh ketelitian .. tetiba aje teringatkan ayah akk yg ada di hsp sekarang .. nie akk nak bersiap2 menghantar ummi ke hsp melihatkan ayah disana .. pagi nie dlm jam 11 nanti ayah akan jalani pembedahan kali kedua BATU KARANG nyaa .. doakan2 semoga ayah akk cepat2 sembuh ya semua ...
 nanti akk sambung BW ... bye !

9 comments:

  1. mana2 ibu pun akan buat bende yg sama melainkan ibu tue xwaras...tp mmg sedih n terharu lah kak baca..

    ReplyDelete
  2. Kesiannya..kasih seorang ibu kan.. Semoga ayah akk cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  3. memang kasih seorg ibu xde tandingannya

    moga ayah akak selamat operate dan cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. betapa besarnya pngorbanan dan kasih sayang seorang ibu...

    Semoga ayah cepat smbuh ya.....

    ReplyDelete
  5. kasih ibu mana ada tandingannya...cuma ada sesetenggah anak yg tak tahu menghargainya...

    semoga ayah akk selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh

    ReplyDelete
  6. kasih ibu bawa ke tidak bertepi..tetiba teringat ka mak pula..huhu.. moga ayh akk selamat n kembali sht yea..

    ReplyDelete
  7. Kakak pernah jumpa kisah macam ini ieda. Tapi mak dia tak tua lagi baru awal 40an anak pun 17 tahun. Kalau lepaskan dia membahayakan org dan ternakanjiran terpaksa dirantai. Kesian kan..

    ReplyDelete
  8. kat flat saya pun ada juga golongan begini..tp sekarang org tu dah meninggal..

    ReplyDelete
  9. sedih la baca ni kak..kasih seorang ibu

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...