Saturday, September 8, 2012

Jenazah Pelajar Malaysia Maut Di Rusia Selamat Dikebumikan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

Takziah diucapkan kepada keluarga dan kenalan kepada mangsa kemalangan yang mengorbankan dua orang pelajar jurusan perubatan kita di Nizhniy Novgorod State Medical Academy, Russia. Mari sama-sama menyedekahkan al-fatihah kepada kedua orang pelajar yang terkorban. ..jenazah selamat sampai ke malaysia jumaat lepas .. semoga arwah berdua dicucuri rahmat hendaknya .. al fatihah

jenazah salah seorang mangsa selamat sampai di KLIA

PUTRAJAYA: Jenazah dua pelajar Malaysia iaitu Adzreen Dimyati dan Hanisah Muhd Shah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia, Ahad lepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10.05 malam Jumaat dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai.

Salah seorang jenazah, Adzreen iaitu pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kemudiannya terus dibawa ke Surau Al-Iman Presint 9 untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20.

Manakala difahamkan jenazah seorang lagi mangsa yang menerima tajaan Mara, Hanisah dibawa ke kampungnya di Dungun, Terengganu.

Sebelum itu, suasana di Surau Al-Iman Presint 9 diselubungi hiba sebaik sahaja jenazah Adzreen tiba kira-kira pukul 12.40 tengah malam untuk disembahyangkan.

 kenderaan yg dinaiki mangsa

Kira-kira 200 orang ramai termasuk keluarga, jiran dan kenalan mangsa berkumpul sejak awal menunggu jenazah tiba dari Dubai.

Selepas disembahyangkan, jenazah Adzreen dibawa untuk dikebumikan dan tiba di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 pada pukul 1.34 pagi Sabtu. Kira-kira pukul 1.50 pagi, jenazah Adzreen selamat dikebumikan.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Datuk Rebe'ahtul A. Abbas ketika ditemui selepas upacara pengebumian selesai mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan semua yang terlibat dalam mengendalikan urusan membawa pulang kedua-dua jenazah dari Russia.

petikan : mstar

12 comments:

  1. Kita yg melihat dari berita pun menaglair air mata apa lagi suadara-mara meraka kan ieda.

    Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah

    ReplyDelete
  2. moga roh kedua-duanya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  3. walaupun tak kenal rasa sebak dan sedih,keluarga mereka lebih lagi rasa sedihkan...al-Fatihah

    ReplyDelete
  4. takziah tuk keluarga arwah.. al fatihah~

    ReplyDelete
  5. alfateha untok kedua dua nye, sedih mummy mebaca nye, semuga kedua duanye di rahmahti dan berada di jannah al fateha amin amin ya rabbal alamin

    ReplyDelete
  6. al-Fatihah utk kedua2 mangsa..
    berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ieda

    Al Fatihah

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah ... sedihnya bila baca berita ini.

    ReplyDelete
  9. takziah buat keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  10. takzaih untuk keluarga arwah...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...