Thursday, September 13, 2012

DUKE & DUCCHES OF CAMBRIDGE TIBA MALAYSIA HARI INI !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

huhuhu teruja nyaaaaaaaaaaa akk tau ! ... the lovely princess Duchess Of Cambridge dan husband akan tiba di malaysia hari nie !!! bangga U .. huwaaaaaaaaaaaaaa kenapa mereka x dtg ke PAHANG erkkk ?? huhuhu , masa mula2 dgr berita di radio malaysia PAHANG .. fuhhhh tetiba rasa meremang bulu roma nie .. bila dgr nama KATE MIDDLETON ! x tahulah kenapa  ...

Akak sgt2 adore dia , sejak dia mula2 berkenalan dan bercinta dengan prince William , for me she's perfect ! .. fuh fuh .. beruntungnyaaa sape yg duk KL .. leh lah terjah KLCC nokssssssss .. suke aar kowang !!! jelesssssssssssssssss sgt2 tau !


KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia berpeluang menatap dari dekat wajah Duke dan Duchess of Cambridge apabila pasangan diraja yang terkenal itu melawat Taman KLCC sempena lawatan mereka dari 13 hingga 16 Sept ini.

Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone berkata tinjauan mesra di taman itu merupakan antara program Putera William dan isteri Kate Middleton pada hari kedua lawatan mereka ke Malaysia.

“Orang ramai akan berpeluang melihat pasangan diraja itu ketika mereka menikmati kepelbagaian budaya Malaysia di pekarangan Menara Berkembar Petronas,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Katanya rakyat Malaysia juga akan menjadi audiens pertama di luar Britain mendengar ucapan awam Duchess of Cambridge. “Beliau akan menyampaikan ucapan ketika melawat Hospis Malaysia. Ini kali kedua Duchess berucap dalam khalayak dan pertama di luar UK (United Kingdom),” katanya.

 Featherstone (tengah) berkata lawatan ini bersempena dengan sambutan Jubli Intan pemerintahan Queen Elizabeth dan meraikan hubungan rapat Kuala Lumpur-London yang telah terjalin sekian lama. — Gambar oleh Choo Chow May

Featherstone berkata Putera William pula akan menyampaikan ucapan mengenai kepentingan hubungan UK-Malaysia pada jamuan tengah hari yang dianjur Dewan Perniagaan British Malaysia. Selain itu, pasangan diraja tersebut dijadual menghadiri jamuan rasmi di Istana Negara oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta jamuan tengah hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Seri Perdana pada hari pertama lawatan mereka.

“Pasangan diraja itu akan berlepas ke Sabah pada hari kedua selepas Jamuan Teh Jubli Intan di kediaman Pesuruhjaya tinggi di sini,” katanya. Di Sabah, pasangan berkenaan dijadual melawat Lembah Danum bagi menyaksikan sendiri usaha pemuliharaan yang dilakukan persatuan terbabit.


Lawatan ke Malaysia merupakan sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan jubli intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth. Selepas Malaysia, Putera William dan Kate akan berangkat ke Kepulauan Solomon sebelum meneruskan lawatan ke Pulau Tuvalu. – Bernama


apa lagi .. bagi semua blogger2 sekitar KL , silalahhhh ke KLCC .. jgn lepaskan peluang ini ... bukan setiap orang berpeluang melihat dari dekat PEWARIS RAJA BRITAIN ini ... kalau akk .. ku usahkan jua .. cuma akk nie jauhhh .. huhuhu ( kesat air mata ... )

 banyak benda nak kena fikir .. anak2 .. hubby layie huhuh ... confirm dia akan cakap 
" erghhh dari jumpe tu baik jumpe NIK AZIZ ! ulamak" ... adehhhhhh .. itu akak dah jumpe .. bertentangan mata layieeee .. ekkeke ... setiap orang punya pandangan berbeza2 kan .. kalau akk diberikan peluang , memang akak nak sgt2 jumpe , kalau datang pahang lahhh ... nie x kan nak ke KL drive sendiri koot .. huwaaaaaaaaaaa 

ada sape2 nak gi AKAK NAK TUMPANG !!! ngehx3 .. aci 

18 comments:

  1. suka tgk muka dia yg selalu senyum tuh..mcm mil dia jgk dr org kebanyakan tu yg sentiasa pandai jaga adab & tertib...

    ramai2 weh terjah klcc

    ReplyDelete
  2. sukenye tpppppp even duk kl pun xleh nak tgk jugak canner..;(

    ReplyDelete
  3. daku yg dok kl pun x kan pi la kak ... kang x psl2 minah mat saleh tu kene jd bidan ku wakakakakakakkakkaak

    ok pe kak kalau dia nk jmp TOk GURU ..

    ReplyDelete
  4. best kalo dekat nak pegi le jugak, dpt bergambar kan best

    ReplyDelete
  5. sama la kita kak jauh beno nk pergi tu eheee

    ReplyDelete
  6. Ieda jgn marah kalau kakak pun macam hubby dan anak-anak ieda.. tak apalah org nak kata apa tapi pendapat tak sama kan...

    ReplyDelete
  7. Mesti ramai orang kat sana nanti...jalan pasti sibukkk hihihi

    ReplyDelete
  8. i bet sume org suke dgn couple ni kan.. sweet sgt2:)

    ReplyDelete
  9. tak pe la kak ... tak rela ku nk menempuh jem ... nk naik kemudahan awam ku tak reti aku tgk dlm tv je la...

    pesal william tu dulu2 kemain encem skrg ni ...hehehe hampir half bald

    ReplyDelete
  10. suka tengok dorang ni

    saya pun sama la akak.. compom jwpn sama ngan hb akak tu :)

    ReplyDelete
  11. suke jugak dgn couple ni...diaorg mmg sweet sgt2..tp cam xde peluang je nk ke klcc tu..huh :(

    ReplyDelete
  12. ooo dia nk dtg sini ek.. mesti ramai yg nak jumpa mereka berdua kan..

    ReplyDelete
  13. semta2 xpg la kot kak...hehee.tp sure ramai yg xlepaskan peluang....

    ReplyDelete
  14. William ni baya saya tp kepala da kosong... Byk pk mslh megara kot he3

    ReplyDelete
  15. sebaya dengan along la tu...

    ReplyDelete
  16. ooo dtg sini ke...taapi i malas nk p klcc...akkekee

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...