Monday, September 10, 2012

BAYI DI TEMUI MATI DIDALAM MANGKUK TANDAS HOSPITAL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

macam2 yang berlaku skrg nie .. yang paling memeranjatkan bila ada kejadian beranak dlm tandas dan bayi itu mati ........ haaaaaaaaaaa paling tragis lagi adalah kejadian ini berlaku dik hospital ktn .. huhuhu .. ape nak jadi lah kan .. lepas berita nie kuar , macam2 komen akk baca dlm FB kawan2 .. semua menyatakan kekesalan yg amat2 sgt .. kalau x nak lahirkan secara normal ... tanye ada sape2 yg nak ... konperm akan ada .. insyallahhh .. nie lain jadinya .. konperm budak perempuan nie x nak mak ayah dia tahu agaknyaaa .. 

aduhhh macam2 persoalan .. sedih sbb bb tuu terperesuk kepalanya dlm tandas .. huhuhu x dpt bayangkan .. dan sudah pastinya bb tuu masih hidup sewaktu dilahirkan ..


KUANTAN: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan.

"Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.

"Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu," katanya.Beliau berkata sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh petugasnya.

Mohd Jasmani berkata pelajar berkenaan berada di hospital itu kerana menemani ibunya yang menerima rawatan di situ.Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Pengarah HTAA Datuk Dr Marlia Muhammed Salleh mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut. - BERNAMA

ini dikira MEMBUNUH kan !!!!

24 comments:

  1. Ya Allah lg2 kes buang bayi...sedih jer baca

    ReplyDelete
  2. Sedih dengan sifat manusia sekarang... :(

    ReplyDelete
  3. Emm betul tu sis... kita kalau tgok baby sayang lagi ada macam manalah depa gamak nak buang.. memang menyedihkan..

    ReplyDelete
  4. Astaghfirullahal'azim...
    Moga gadis itu bertaubatlah hendaknya wahai anak. Masih panjang perjalanan hidup kamu itu. Baru 16 tahun seusia anak sulung kakak ieda.:(

    ReplyDelete
  5. Baca gak berita tu..tak boleh bayang mcmana azabnya bayi tu kalau dia dimasukkan ke dlm lubang tandas hidup2..kejam btl manusia zaman skng ni.. :(

    ReplyDelete
  6. Kasihannya bb yg x bersalah tu jadi mangsa.

    ReplyDelete
  7. sedih betoi kalu bab2 bayi ni.. sian...

    ReplyDelete
  8. masih ada pintu taubat utknya..nasib ank yg malang tu tentunya dah dijamin oleh ALLAH..

    ReplyDelete
  9. sedihnyer, ada juga yg sanggup buat mcm ni ye!

    ReplyDelete
  10. itu MEMBUNUH namanya!
    kejamnya....=(

    ReplyDelete
  11. mcm2 la kan kak...ini semua mybe ada yg slh la tu ...

    bsyukur dgn apa yg ada...huhu

    ReplyDelete
  12. Ya Allah...CR tak suka baca kisah buang baby nie...sedih...

    ReplyDelete
  13. kesian kan kak..tk snggup nk dgr nk baca..sedih..kesian baby tu bru nk kenal dunia..aduhaii..nk marah, budak2 lg yg bt keje tu..semua demi nk lepas kan diri snggup membunuh bayi sndiri...

    ReplyDelete
  14. nauzubillah, malangnya nasib bayi tersebut ;(
    saudara seislam kita ramai yg inginkan zuriat tapi tak kesampaian hajat, mereka pula senang2 buang nikmat yg diberikan Allah

    ReplyDelete
  15. sian kat baby tu..sampai ati mak die..

    ReplyDelete
  16. saya baca budak tu pam baby dia. bersalin kat wad 2c tu utk elak org tahu itu anak dia. paper ni kadang2 buat kita keliru je. tp yg psti dia mmg buat benda yg tak elok dan nak hidekan drprd pengetahuan parents.

    ReplyDelete
  17. sedihnye..tak suke dgr kes mcm ni :(

    ReplyDelete
  18. betapa mudahnya dia bersalin kan..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...