Wednesday, September 5, 2012

BAYI DEMAM , SEJUKKAN BADANNYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

lately nie semua sedia maklum , ada dikalangan kita yang anak2 mereka demam silih berganti .. haaa nak2 masih dlm musim raya , makan itu dan ini .. termasuk kita yang mana anak2 masih kecil dan masih menyusu badan kan .. soo memang kena hati2 .. kalau kita main taram makan sesuka hati , silap hb susu yg kita susukan itu akan menyebabkan bb kita demam @ sebagainya .. akk selalu dgr komen2 dari kawan2 yg bila ada anak2 mereka yg mengalami demam .. mereka lekas2 bawa ke klinik utk dapatkan rawatan .. hurmm ok juga .. tetapi kalau akk selalu tuu , akak akan amalkan petua2 tuk2 dulu2 .. diantaranya sejukkan badan bb dengan air asam jawa , dengan basahan tuala sejuk .. untuk mengurangkan panas dibadan mereka ..

selepas ituu , setelah tiada perkembangan positif barulah akan akak bawa mereka ke klinik .. sbb apa .. kalau boleh nak elakkan bawa ke klinik nie x tahan dengan ubat2 yg disediakan tuu lah .. huhuh ubat2 nie bukannye bagus sgt huhuh .. haaa kat bawah nie ada sedikit tipss utk anda2 semua diluar sana .. insyaallahh kita usahakan mana yg baik kan .. ;)



Apabila tiba musim perayaan, anak kecil mudah mendapat demam disebabkan cuaca panas dan jangkitan kuman. Selain membawa bekalan ubat demam pulang ke kampung, ketahui teknik untuk meredakan suhu badan anak yang demam. Teknik ini dapat membantu anda dengan menyediakan langkah demi langkah menyejukkan badan bayi.

Demam bukannya penyakit tetapi hanya gejala yang sering oleh bayi. Suhu badannya yang normal ialah 36 hingga 37Oc. Suhu badannya yang melebihi 37Oc menandakan anak anda demam. Bagi anak yang dibawah usia enam bulan, suhu badan melebihi 37Oc adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga boleh mencecah 40Oc, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan) atau serangan sawan kepada bayi anda.

Tindakan Anda :
 
• Lap pada anggota badannya, berikan parasetamol
• Galakkan anak minuk air banyak
• Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam.

Ubat Demam

Beri ubat demam mengikut dos pada label ubat yang disarankan oleh doktor. Beri ubat demam secara konsisten supaya suhu badannya berkurang. Pada masa yang sama sentiasa kawal suhu badannya untuk mengelak daripada meningkat kepada 40Oc yang mengakibatkan bayi berisiko mendapat sawan. Dalam pada itu, ubat demam yang diberi melalui dubur (pastikan ubat demam jenis ini sentiasa ada dalam simpanan anda untuk keperluan kecemasan)

Mesti Tahu

jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot) di rumah atau dalam perjalanan ke hospital, basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya.

Waktu kecemasan ini, ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badannya sudah mencecah 40Oc. dia akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk. Pastikan anak anda menangis kerana ia tanda dia sudah sedar. Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada).

Segera bawalah ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika situasi ia pernah berlaku kepada anak anda, kemungkinan ia akan berulang lagi jika anda mengabaikan pengambilan ubat demam secara konsisten walaupun dia sudah berusia enam tahun.

tapi ada diantara kita2 nie .. bila anak2 demam .. cepat2 taruk ubat bontot ! padahal panas anak tidak lah mencecah ke 40' , sbb takut terjadi apa2 pada bb .. huhuh .. haaa satu layie yg akak x berkenan .. bukan ape .. ubat bontot tuu kalau tanye Dr pun , mereka akan cakap , kalau boleh elakkan .. ada effect .. effect apa , kita kena google lah kan .. seboleh2nya jika anak demam panas .. ikhtiar dengan cara biasa2 ibu2 kita amalkan .. bila panas berlarutan , than kita bawa ke klinik utk susulan .. 

cthnya bila panas dah berkurangan @ sebagainya .. insyaallahhhh kita ikhtiar .. kalau nak jadi perkara yg x baik tuu bukan lah kehendak kita dan fikirlah demam dan sakit ini pemberian allah .. dia juga yg berhak menyembuhkannya ...

22 comments:

  1. tq berkongsi yek , bagus sgt2

    ReplyDelete
  2. klu anak2 sy demam mmg konsisten sy bg PCM 4-6 hourly...berjaram mmg amalkan ...then klu 1 hari demam tak kebah suhu semakin meningkat mmg request utk antibiotik...

    ReplyDelete
  3. kalu demam acha payahhhhhh sgt nk suh num air masak..geram tgkkan..huhu

    ReplyDelete
  4. anak munna pun baru je baik demam kak..... mmg sentiasa ada kain basah kat kepala anak takut panas naik ke kepala...alhamdulillah dua2 dah ok...

    ReplyDelete
  5. Mekasih kak. Risau klo baby demam nih.

    ReplyDelete
  6. tip yg menarik kak...saya kalau anak demam...mandikan selalu...pastu suruh minum air banyak2...

    ReplyDelete
  7. Mmg cukup merisaukan bila anak2 demam..teringat masa anak2 akk kecil dulu..kalau demam...mmg akk akan jaram kepala dan badan mereka dgn Air asam jawa tu...teringat mak mertua akk..jika demam tak kebah jugak dia akan embunkan air daun resam semalaman dan mandikan anak2 dgn air daun tu sampai anak2 akk sembuh...

    ReplyDelete
  8. good tips kak..mmg kalau anak dan suami tak sihat mmg tak keruan la kiter..tak tido mlm dibuat nyer..

    ReplyDelete
  9. Mmg susah hati kalo anak demam..kita nk tido pon mcm tklena..asyiklah nk tgk anak..

    ReplyDelete
  10. tima kasih sharing kak...

    sy mmg risau kalau anak demam, x de pgalaman ni kan....

    moga2 anak kita sentiasa diberi kesihatan yg baik....

    ReplyDelete
  11. tq kak.maryam baru je baik diarrhea..smapi masuk air..skg dh okay dah

    ReplyDelete
  12. sy pun selalunya tak terus bawa klinik... cuba turunkan suhu badan anak kat rumah dulu...

    ReplyDelete
  13. member saya susah hati coz anak dia baru umur setahun lebih cirit birit... any tips kak??

    ReplyDelete
  14. betul tu.. kalau saya pun sya akan basahkan badan anak dgn air sejuk.. lps tu buka semua baju tinggalkan pampers aje bg panas dlm badannya keluar.. sebaiknya bila anak demam jgn pakaikan baju lengan panjang, seluar panjang dan berstokin..

    tips yg sgt berguna ni kak

    ReplyDelete
  15. Ank2 buah sy pun tgh deman...panas...anyway..thanks kak..good info..

    ReplyDelete
  16. Salam, eida.. Saya pun tak suka sangat dengan ubat-ubatan spital. Mcm kaya dengan bahan kimia.

    Ubat bontot tu bahye ek? Kawan saya selaly jgk bg ubat buntut kat anak dia.

    ReplyDelete
  17. huuhuh kalau anak dmm mmg wisau lew kak ..

    selalu mmg akan tuam dgn tuala bsh , phtu kasi panadol sirup .. then tepek cool fever kt dahi

    ReplyDelete
  18. tips yg bagus ni kak ieda...semalam wani baru sejukkan qalief dgn towel basah sbb rasa mcm suam2 dh badan dia :)

    ReplyDelete
  19. kalau anak kecil demam..memang selalu kena basahkan badannya..dan biarkan tanpa berbaju,,lainlah dewasa..kalau demam,,akan selimut litup kasi kebah

    ReplyDelete
  20. kita samalah kak.. sy pun biasa aml petua tok2 kita ni dulu...

    ReplyDelete
  21. Tips yang bagus :)

    Tumpang lalu ye tuan tanah..
    Saya ada menjual set kecantikan, set menyusu, bersalin & hamil :)
    http://thevitamomshop.blogspot.com
    http://facebook.com/vitamom

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...