Monday, September 3, 2012

BAWA AMANAT LEFTENAN ADNAN ~ MISI 7 HARI 7 MALAM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haaa siapa tahu kisah sebenar kematian Leftenan Adnan nie .. wira bangsa suatu ketika dulu .. akk pun tahu dari pada sejarah dan pembacaan yang arwah dibunuh dan ditembak oleh tentera jepun sahaja .. TETAPI hakikatnya ... dia sebenarnya mati kerana di seksa oleh tentera jepun sewaktu Pertempuran Bukti Candu suatu 
ketika dahulu .. 

bila akk baca artikel ini .. barulah sedar betapa tragisnya kematian arwah .. sedih .. x dapat dibayangkan seorang wira yg diseksa dengan begitu kejam sehingga ke akhir nyawanya .. memang tentera JEPUN dahulu sgt2 kejam .. huhuhu

 Leftenan Adnan
Kisah sebenar di sebalik pertempuran antara Rejimen Askar Melayu menentang Jepun atau yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu pada 14 Februari 1942 mungkin tidak akan diketahui atau tersorok dalam lipatan sejarah sekiranya Koperal Yaakob Bidin tidak berpura-pura mati bergelimpangan bersama askar Melayu ketika itu.

Disebabkan berpurapura mati itu, dengan izin ALLAH, Koperal Yaakob berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun yang marah dengan tentangan yang diberikan Kompeni C dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu dipimpin Leftenan Adnan Saidi.


Tindakan Koperal Yaakob itu dilakukannya bukan kerana beliau pengecut atau takut mati di medan perang kerana tiada istilaht takut dalam dirinya.
Koperal Yaakob perlu berpurapura mati demi memikul satu amanah berat daripada ketuanya, Leftenan Adnan Saidi yang menyedari ketika itu pasukannya berdepan dengan tekanan hebat tentera Jepun.

 
 Koperal Yaakob bergambar kenangan bersama salah seorang cucunya, Ahmad Akmal Hidzri 
pada 28 Februari 1992.

Leftenan Adnan diseksa kejam

AKHWAN Hafis berkata, masyarakat kini mengetahui Leftenan Adnan mati akibat ditembak tentera Jepun namun sebenarnya perwira negara itu mati dibunuh oleh tentera Jepun dengan kejam.


Menurutnya, sebelum ditangkap Leftenan Adnan sudah tahu bahawa nyawanya umpama telur di hujung tanduk dan beliau sempat berpesan pada Koperal Yaakob supaya berundur serta membawa sejarah perang itu untuk  diketahui anak dan cucu cicit.


“Tok saya enggan berundur kerana dia mahu menjaga keselamatan ketuanya itu. 
Namun, selepas didesak dan Leftenan Adnan ditangkap, dia merasakan perlu menjaga amanat itu sebaiknya.

"Tok juga bercerita dia sempat melihat bagaimana Leftenan Adnan diseksa tanpa belas kasihan. Tentera Jepun memang memburu Leftenan Adnan dan apabila mereka dapat menangkap Leftenan Adnan yang ketika itu cedera pada bahagian kaki, wira negara itu terus disepak, diterajang, ditumbuk dan sebagainya.


“Kemudian Leftenan Adnan itu diseret dan diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Akibat terlalu marah, tentera Jepun menikamnya dengan benet berkali-kali. 


Setiap kali ditikam, Leftenan Adnan melaungkan kalimah ALLAHHU AKBAR dan darahnya mengalir ke bumi hingga beliau menghembus nafas terakhir,” katanya.

petikan ; SINI

kalau x baca x tahu kan .. bila baca barulah sedar .. betapa siksa nya wira2 kita dalam mengekalkan keamanan negara sehingga tercapainya suasana aman damai 
sekarang ini ..

16 comments:

Zura@Iwan said...

Allahu Akhbar!...

sayu la kak bc sejarah dia...mmg kejam tentera jepun nie..gerammnya...

zEri sAfEerA said...

hurm,,, sy tahu pon sbab tgok cite leftenan adnan 2. tp siyes siap masuk dlm mimpi. makan masa jugak nk lupa. mmg sayu n kagum sgt dgn pjuangan askar mlayu dulu.

semoga beliau dtempatkan dlm kalangan org2 beriman, InsyaAllah.

Kesuma Angsana said...

sebak & sayunyer KA bila baca !

maszmadi said...

allahuakbar.....

wahida said...

sedihnya baca...

Al fatihah utk arwah dan semua pejuang2 negara...

jepun mmg kejam!! huhu...

diana said...

sedihnya...
baca sambil bayangkan..
ngilu je rasa..

nur anis said...

sedih sangat..alfatihah untuk arwah..

Zie said...

kejamnya tentera jepun dulu, geram pun masih tersisa

:: Mrs.Eady :: said...

ya allah kejam nyer!!

Kella said...

=(
terima kasih kak atas etnri ini!

awEEN said...

Ya Allah..seksanya orang dulu nak dapatkan merdeka kan kak.. harap berkekalan merdeka sampai bile2..

Wanieys said...

kejamnyer....

syiela said...

mmg sangat kejam kan.. saya tengok filem dia.. siap nangis2 lgi

atuk said...

Assalamualaikum Ieda

sepatutnya cerita macam ini yg disiarkan dlm tv ketika bulan kemerdekaan

Eye_nee said...

Matinya utk tanahair...Harap2 generasi akan dtg mensyukuri nikmat kemerdekaan hari ini...

Che Rosliza Che mat said...

sedih pulak baca story sejarah leftenan adnan nie...Perjuangannya memang hebat..

Labels

Suke (845) Makan - makan (410) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (282) family (271) anak-anakku (236) Dunia (218) artis (203) Wanita (195) Tentang Aku (177) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (64) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) Pelik (22) blog (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) pekerjaan (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...