Wednesday, September 19, 2012

APA YANG DI TUMBUK ITU !!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ha nie kisah dua minggu lepas ... anak2 akak skrg nie tgh kemaruk nak pakai inai tau ! .. x tahulah siapa punye idea , yang membuatkan mereka suke sgt nak pakai inai .. nak kata tgk org kawin , majlis kawin bukannye kami sempat pun nak bersalam dengan pengantin .. hurmmmmm memang pelik lah kan  ..

bila tanye kakaknyee , mereka cakap selalu nampak cikgu mereka pakai di jari .. haaaa oooo cikgu yang pakai .. bila akk suh tanye balik cikgu tuu kenapa dia pakai , mereka cakap cikgu pakai sbb nak elakkan dari jari yg luka dari nampak ketara .. hoh ! .. gituu lak .. adehhhhhhhhhh

haa tgk lah tuu habis sampai satu rumah bersepah .. nie tok mi mereka x nampak layie nie .. suke noo si sabriena menumbuk .. daun inai nie memang ada di rumah akak .. nenek akak lah yg suke melayan mereka .. kalau nak inai , dia tolong ambilkan .. dan yg rajin menumbuk adalah sabriena nie lah ! ... yg zahrien dan raihan nie suke tgk ... ;))



dah nak naik lumat .. tapi kalau lebih lumat lebih bagusss .. lebih merah ! 
nie daun inai kampung .. memang pure .. kalau pakai semalaman memang cantik .. sbb skrg memang payah nak cari daun inai yg menghasilkan warna yg cantik ... tapi budak2 nie pakai selalu siang .. akk x bagi pakai mlm .. habisss lahh satu cadar wehhhhhhh huhuh ;))


Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

Khasiat Daun Inai digunakan untuk menyembuhkan luka kuku
Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Khasiat Daun Inai mampu menyembuhkan luka berkhatan.
Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

sumber : LINK


ps : ada yg bertanyakan kebaikan kapur simen yg dah banyak membantu dlm merawat luka anak2 akk tuu kan .. ok2 .. nanti akak share kan .. insyaallah , akk x sempat nak google .. sbb kalau tanye hubby akk , dia jwab ikut pengalaman dia dari kecik2 dulu .. ;) nanti yeee

34 comments:

  1. sy zaman kecik smpai ke anak dara..suka sgt pkai inai.selalunya time raya wajib pkai..cam tradisi pulak.last pakai masa kawen dulu..skrg langsung x de masa

    ReplyDelete
  2. eh dah lama tak pakai inai ni tau...
    saya pun dulu dulu pakai inai pun tumbuk punya tau...

    ReplyDelete
  3. mmg betul la kak..anak buah falsya tuh kalau nmpk nenek die pakai inai suke tergedik2 nak pakai jugak..;D

    ReplyDelete
  4. skrg kat sekolah boleh pakai inai eh?

    ReplyDelete
  5. sy baru je ckp dgn hasben smlm nak pakai inai...teringinlah nk kuku nmpk cantik mcm masa kawen..hehe

    ReplyDelete
  6. Salam ieda.K.atie pon suka pakai inai masa zaman anak dara dulu...apak K.atie pon ada tanam pokoknya jd mudah la nk berinai.

    Tp bila dah kawen ni..suami xsuka lak k.atie pakai inai,katanya geli tgk jari akak merah2 masa hidang & layan dia mkn..huuuuuu...Syian kan:)

    ReplyDelete
  7. Samalah dgn anak kak Nurul pun suka nak beriani,nasib baik xde pokok inai kat rumah,dia selalu pki yg dlm tiub tu.

    ReplyDelete
  8. makin nak melawa daa anak dara sorang ni

    ReplyDelete
  9. sy pun suke kak pakai inai ni...dari zaman skola2 lagi..tpi da jadi mak org ni sy beli yg mcm colgate tu jek..

    senang pakai, senang jugak la warnanye ilang..sabo jek la..huhu

    ReplyDelete
  10. bukan sebab cikgu tu kawen ker??? hehehe...

    ReplyDelete
  11. Saya suka jugak tumbuk daun inai masa kecik2 dulu, pastu berangan berinai semua, hehe

    ReplyDelete
  12. Nampak inai kakak teringat arwah MIL kakak suka pupur inai di kepala sebab nak kurangkan sakit kepala. Nanti rambut dia pun merah sebab dia dah berubah. Cantik tau ieda macam blond kat kedai.

    Kalau pergi mekah org timur tengah jangut dia pun dia inai sebab pakai inai ni sunat. Tapi bayangkan kalau di M'sia ada janggut berinai mahu terbahak-bahak agaknya.

    ReplyDelete
  13. Salam Kenal...sya dulu2 pun suka pakai inai, Kalau di Sabah kami sebut 'pacar'....kalau sudi singgah le ke http://shumie-dz.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. samalah anak bongsu KA tu tapi dia pakai inai dalam tube tu hehehe

    ReplyDelete
  15. lama dh rasanya x pakai inai tumbuk ni kak.. last masa nikah hampir 6 tahun yg lepas.. now dh senang beli jer inai yg dh siap tu kan.. tp lain sket la feelnyakan kak

    ReplyDelete
  16. Akak punn suka berinai tapi guna yg dlm tube je. Biasalah budak perempuan, nak cantik je kejenya..hehe

    ReplyDelete
  17. dolo org engat eB color rmbt.
    padahal inai... eB suker inaikan kat rambut dpn... hik3... bwh matahari nmpk merah :)

    ReplyDelete
  18. nenek sweety kan dia tak bgi sweety pakai inai sebelum kawen..dia kata nnti nk nikah tak berseri2 jemari tu kalo dh kena inai..betul ke?? smpai skrg cik sweety tak penah pakai inai tau...huhuhu

    ReplyDelete
  19. Masa kecik2 dulu suka lah pakai inai. Rajin nya anak dara ni menumbuk.

    ReplyDelete
  20. inai ori tu... sy tak suka pakai inai pakai hanya kerana kawen nk merasa jari merah.... tatau nape ...

    ReplyDelete
  21. Dulu masa sek rendah Amy selalu pakai inai, bia dah habis sek tak pakai dah takut org tanya dah kawin ke?
    Skang bila teringin nak pakai tu.. anak2 Amy semuanya duduk mengadap... pelik punya pasal.

    ReplyDelete
  22. saya pulak kurang gemar berinai...pakai pun masa kawen dulu...hehe...

    ReplyDelete
  23. rajin sabriena tumbuk inai smpi lumat. izan pun dulu2 masa kecik suka pakai inai..

    ReplyDelete
  24. sy masa pntang bsalin ritu...mak sll srh mandi ngan daun inai....tmbh2 kt tmpt luka tu....hihi...

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Ieda

    nak pakai inai juga la...he he

    ReplyDelete
  26. saya suka bau inai yang ditumbuk raser cam nak makan...tapi bila tang berinai saya tak berapa minat hehe...saya pakai pun time kawin jer kak...

    ReplyDelete
  27. ayoyo

    byk nak kena katam kat sini

    byk benau dah ketinggalan

    jom bw laju1

    zassssssss

    ReplyDelete
  28. aduhhh kena kat mak saya ni memang dia membebel sampai esok...hahahhaha bangun pagi konpem dia bising bertaburan inai...dari cadar sampai ke bilik air...ahhahahaha

    lama tak pakai sebab malas nak bebel kat anak pulak buleh?? akekekkee

    untung anak2 akak :)

    ReplyDelete
  29. wah tumbuk inai yer...wani last pakai inaikawen dulu jer...xminat sgt pkai inai ni

    ReplyDelete
  30. wah inai tumbuk.. sy sk sgt2 guna inai ni :-)

    ReplyDelete
  31. Saya kecik2 dulu suka sangat tumbuk inai hihihi...rajin betul sabrina menumbuk...

    ReplyDelete
  32. masa kecik2 dulu saya pun wat keje gini..hehehe

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...