Wednesday, September 12, 2012

ALIFF NIKAHI ANNE DISEMBER INI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam semua


habis kesedihan semalam .. adakalanya bila kita tersenyum tidak semestinya kita bahagia , didalam hati apa yg kita pendam dan simpan adakalanya memakan diri dan membuatkan kita tidak mampu untuk menahannya lagi .. yaa benar .. hanya allah tempat kita mengadu .. berdoa dan terus merintih agar diri terus kuat disampingnya .. demi anak2 tersayang segala pedih dan perit ku campak dan ku ketepikan jauh2 .. seboleh2nya .. insyaallah .. selagi ada daya dari allah untuk diri ini bersabar , sudah pastinya akan bersabar .. kerana semua perasaan , hiba , rintih , bahagia , suka , duka adalah pemberian dia allah yg satu , dari dia .. dia yg berkehendakkan begini ....


ok2 .. nie nak letak pic merka nie .. suke lihat kebahagian artis nie ... bila melihat mereka teringat kisah2 lama yg menjadi kenangan manis tersemat didalam lipatan sejarah .. wahhh ! alangkah bahagianya mereka .. ;))
 


Melihat kemesraan pasangan ini ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran stesyen radio ERA fm, memang sudah sampai masa mereka berkahwin. Namun Aliff Aziz yang di’temui berkata perkahwinan bukan satu perkara remeh temeh & boleh di’buat main main — segalanya perlu di’sediakan secukupnya.
Menjawab gossip yang mengatakan beliau akan nikahi Anne Ngasri hujung tahun ini, Aliff Aziz berkata masih tiada sebarang tarikh di’tetapkan sehingga ke hari ini.“Tetapi, saya memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik baik untuk hubungan ini supaya boleh pergi ke satu tahap seterusnya seperti kami impikan,” ujar Aliff Aziz.
Kakak Anne Ngasri, Darling Ngasri berkata kepada mStar Online yang beliau berpendapat yang adik beliau dan Aliff Aziz lebih sesuai untuk terus bersahabat dan saling mengenali.


“Saya sebagai seorang kakak melihat hubungan mereka lebih sesuai sebagai sahabat dan tidak lebih daripada itu dan adalah lebih baik mereka memberi fokus kepada kerjaya sendiri”



so sweet kannn ! ... semoga mereka terus bahagia dan seterusnya ke ambang perkahwinan .. oh ya ramai x suke mereka berpegang tangan dan mesra macam nie kan ?? akk pun .. kalau boleh elakkan terlalu mesra .. kena jaga ciri2 wanita terutama anne kerana dah ada status kan .. hurmmm ;)

ps : terima kasih buat teman2 yg sentiasa menyokong akk selama ini , benar .. hidup tidak pernah lepas dari segala dugaan dan cabaran , selagi bernyawa .. hidup harus diteruskan .. cuma tahap kesabaran adakalanya membuatkan kita lemas .. insyaallahhh berkat doa semua .. specially ibu , ayah dan anak2 .. ibu will be strong ! ... yessssssssssssssssssss ... senyum2 walau dlm duka kerana senyuman akan mengikis kesedihan dan membawa cahaya bahagia .. tul tak ??? ;))

21 comments:

  1. akak, walau apepun jua yg sedang akan lalui skrg ni, harap akak tabah yer..insyAllah moga Allah permudahkan semua nya buat akak... akk mesti kuatkan diri k...luv u kakak!

    ReplyDelete
  2. Kak, walau apapun ujian kita terima dengan redha, insyaAllah pasti Allah akan menolong kita dan pasti ada hikmah diseblaik..
    Bersabar ye...


    p/s: Tak berapa minat diorang berdua ni....

    ReplyDelete
  3. salam kenal kak..tq visit amy nyer blog...dr ayat2 darling tu mcm xsuka je anne dgn alif kan..tp xtau la tu..sesuai sgt 2 orang tu..xnampak pun ane lg tua dr alif..cuma 1 xsesuai, posing pegang tangan xsesuai tuk yg dh bertudung..pendapat amy je la =)

    ReplyDelete
  4. be strong kak..setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..
    suka tgk diaorg berdua..moga2 bahagia la..

    ReplyDelete
  5. setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya,harap akak bersabar menghadapi apa jua cabaran..

    pasangan ni sepadan,tp tu la gambar pegang2 tangan tu mcm tak sesuai je

    ReplyDelete
  6. mmg sweet..tp kan anne bertudung, rsnya xperlu la amik gmbr yg daring sgt.. siap pegang tgn.. kenala jaga tatasusila jugak

    ReplyDelete
  7. Eloklah sekiranya mereka disatukan dalam ikatan yang sah bagi mengelakkan dosa dan fitnah.

    ReplyDelete
  8. yelah xsetuju gak duk pegang2 tgn peluk2 gitu..hermm~ kawen je lah cecepat! huhu

    ReplyDelete
  9. k.ieda must strong ok. Moga Allah permudahkan segalannya.. Percayalah sesuatu pasti akan indah pada waktunya... bersabar k ^_^

    erm..mereka berdua memang nampak secocok perkara yang baik tak boleh tunggu lama2 nanti buruk pula menjelma.. ialah artiskan.. hanya doakan yang terbaik buat mereka. k bye.

    ReplyDelete
  10. Be strong kak..sesuatu yg berlaku tu pasti ada hikmahnye..~

    Sweet jer..tapi jgnlah terlalu mesra...Moga jodoh berpanjangan hingga ke ambang perkahwinan... Insyallah..

    ReplyDelete
  11. Betul tu sebab kite bertudung kenalah menjaga tertib n adab sebagai perempuan Islam....

    ReplyDelete
  12. muda sangat kan alif aziz ni. tapi kalau dah jodoh...

    ReplyDelete
  13. Lg manis kalau xde body contact kan...

    ReplyDelete
  14. insyaallah semuanye mudah kak

    ReplyDelete
  15. salam kenal..
    suke tgok dorg ni..tp alif tu muda sgt la..hurm

    ReplyDelete
  16. tabah dan cekalkan hati akak yer...

    muga cepat2 mereka disatukan..

    ReplyDelete
  17. Saya pun tak suka kak...nanti tak ada jodoh buat malu jer...

    ReplyDelete
  18. setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..harap akak banyakkan bersabar...

    semoga dorang cepat2 nikah la

    ReplyDelete
  19. sy tetiba nak komen pasal baju anne ni.. cantik!! :-)

    ReplyDelete
  20. kak, baru baca entri akak tu...

    walaupun dilla tak tau ape sebenarnye masalah akak tpi sabar ye..ingat allah byk2, ingat anak2...dilla doakan sumenye berjalan dgn baik..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...