Sunday, September 30, 2012

ALIF AZIZ DIKEJARKAN KE HOSPITAL ~ SAKIT DADA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haa nie baru baca info terkini mengenai artis Aliff Aziz nie .. aduh kesiann nyee dia .. muda2 layie dah kena sakit dada , kenapalah agaknyee kan .. harap2 dia ok dan tidak mendatangkan mudarat ..
sedih bila kenangkan kisah dia dan anne yang dah putus di tengah jalan tuu ... huhuhu dah x der jodoh kan , hanya allah sahaja yg maha mengetahui ..



PETALING JAYA: Hasrat Aliff Aziz untuk mengadakan persembahan bersempena PJ Half Marathon 2012 yang dianjurkan oleh Star Publication pada pagi Ahad tidak kesampaian apabila penyanyi kelahiran Singapura itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada.

Pengurusnya, Adlina ketika dihubungi mStar Online berkata, Aliff disahkan mengalami sesak nafas yang menyebabkan kesakitan pada bahagian dada ketika dibawa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di sini sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.

"Pihak KJMC mengesahkan dia mengalami sesak nafas namun diarahkan untuk merujuk kepada pakar kardiologi di Hospital Serdang supaya dapat membuat pemeriksaan lanjut terhadap kesakitan yang dialaminya.

"Alhamdulilah keadaannya kini stabil dan masih menunggu di bilik kecemasan hospital," katanya. Dalam pada itu, Adlina memberitahu dia tidak pasti sama ada Aliff akan ditahan di hospital atau pun sebaliknya dan ia bergantung kepada pemeriksaan pakar nanti.

"Harap-harap tiada apa yang serius menimpa dirinya dan berharap semua peminatnya dapat mendoakan kesihatan Aliff," katanya. Sementara itu, Ekskutif Acara Star Publication, Juliana Kristini memberitahu, Aliff yang tiba di Stadium Kelana Jaya pada pukul 7.20 pagi sepatutnya mengadakan persembahan selepas berakhirnya acara itu kira-kira 8 pagi.

Bagaimanapun kata Juliana, Aliff mengadu sakit dada sebelum pihaknya memanggil pasukan bantuan perubatan yang disediakan untuk melihat kondisi penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku itu.

"Dia baru sahaja tiba di lokasi dan tiba-tiba mengadu sakit pada bahagian dadanya dan apabila pasukan perubatan merawatnya mereka mengarahkan Aliff dibawa ke hospital kerana mereka mengesyaki dia mengalami serangan jantung," ujarnya.

terkini : mstar online


aduhaiii macam2 skrg nie .. muda2 layiee dah ada suspek sakit jantung , pemakanan sekarang bukannya elok sgt .. selalu terdedah dengan pelbagai jenis penyakit .. huhuhu kena selalu jaga diri dan pilih pemakanan .. jgn main makann aje .. ( nasihat utk diri sendiri jugaaaaaaa huhuh )

8 comments:

  1. mg dia cpt ok...kesian..kan skrg sakit dah tak kira umur datangnya,...
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan .. skrg nie x kira umur
      tu yang umur2 macam kita nie nak kena jaga lebih ;)

      Delete
  2. Replies
    1. ye lah kak .. stress huhuh
      sian lakkk

      Delete
  3. moga alif cepat sembuh...eh dia dh putus ke dgn ann? bukan ke dh nk kawen? huhu

    ReplyDelete
  4. muda2 lagi dh suspek serangan jantung? alahai...

    ReplyDelete
  5. haa.. suspek serangan jantung... siannya.. tp tu la kan, skrg penyakit serang xkira usia

    ReplyDelete
  6. penyakit skang ni xkenal usia kan..apa pun moga dia cpt sembuh la yer

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...