Wednesday, August 8, 2012

TANDA DIA ADALAH JODOH KITA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

akk ada terbaca artikel nie dlm salah sebuah laman sosial .. menarik sbb kita memang x pasti adakah teman hidup semati kita tuu benar2 layak @ jodoh kita .. yelahh secara hakikinya kita hanya mampu berdoa agar jodoh kita itu baik dan berkekalan hendaknya kan .. mana pernah terfikir akan kita , mempersoalkan adakah pasangan kita itu sesuai , layak @ benar2 jodoh kita ... hurmm persoalan macam nie selalu akan bertolak balik kepada percayanya kita pada qada dan qadar dari allah .. tapi sekurang2nya dengan analisa2 yg diberikan ini membolehkan kita mengetahui sejauh mana pasangan kita itu sesuai buat kita ... kan kan kan ;)
 

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
 
3.Terima Kita Seadaanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. 


4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. 

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.


7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. 

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. 

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sumber: Pakar Cinta


selebihnyaa kita berserah pada allah .. sbb apa ?? sbb itu yg diajar sejak dari dulu lagi .. sblm kenal , sblm bertunang & sebelum kawin kita dah diberi peluang utk mengenali pasangan kita .. hakikatnya memang kita kena terima bahawa kita x pernah sempurna , even diri kita sendiri punn x sempurna kan .. soo memang kena bersyukur dengan apa yg kita perolehi .. berdoa dan berserah padanya .. 

tapi yang lawak kan .. cuba bayangkan kalau pasangan kita tuu x ada langsung di dalam kreteria2 yg disebuit diatas ! .. ahhaha macam mana ?? nak buat ape ?? menung .. meraung .. berduka @ apa ?? ahhahaha semua tuuu pakar cinta sahaja yg tahu .. kalau kita seharusnya kita tenang .. sbb pada akk .. x heran punn ekeke syukurrr dengan apa yg allah berikan walau pelbagai kelemahan yg dah mula kita nampak .. namunnn belajar utk menerima kekurangan dan redha dengan perjalanan yg allah dah berikan .. MUDAH kan !!! ;))




25 comments:

  1. comel la kak hihihihi...suke lak lieya bace...pastu ade lak gambar comey nie.....

    insyaallah..semoga hubby kite adalah jodoh terbaik dan selama-lamanye buat kite ....amin...

    ReplyDelete
  2. ye betul... belajar menerima seadaanya.... menampal mana yang kurang.... penguat tulang belakang masing masing

    ReplyDelete
  3. ye betul... belajar menerima seadaanya.... menampal mana yang kurang.... penguat tulang belakang masing masing

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan Ieda

    Insyaallah
    hubby Ieda adalah yg terbaik

    ReplyDelete
  5. Insyaallah kak, stp jodoh yg allah jadikan utk hamba2nya tu sempurna ;)
    Belajar terima hakikat diala yg terbaik utk kita ;)

    ReplyDelete
  6. betui tu kak..

    thks 4 sharing...

    cute je gmbr tue..hehe...

    ReplyDelete
  7. Insyallah pasangan kita yg terbaik utk kita

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah yg tersenarai tu adalah cuma kita sebagai manusia ni, kenalah doa banyak2 supaya dia jodoh kita hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  9. comey selingan katon tu..
    semoga suami kita adalah jodoh yg sempurna Insyaallah.

    ReplyDelete
  10. semoga suami saya adalah jodoh saya dunia dan akhirat...amin

    ReplyDelete
  11. berguna tuk sy nie kak...hehehe...

    ReplyDelete
  12. he3 teringat lak zaman bchenta dulu bc entry ni... mmg suka rujuk menda2 ni biler cr bf ha3

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing. Suka tgk katun tu, cute.

    ReplyDelete
  14. Sokong3..like3..betul tuh kak..hehehe..

    ReplyDelete
  15. Semoga pasangan kita hari ini adalah jodoh yg kekal sehingga akhir hayat...

    ReplyDelete
  16. Semoga kita kekal bersama suami hingga ke akhir hayat kan kak..aminn :)

    ReplyDelete
  17. info yg bagus..:)

    semoga jodoh sy itu adalah jodoh yg terbaik..dn rasanya dia memang ada semua ciri itu..Alhamdullilah..:)

    ReplyDelete
  18. mencari pasangan hidup kerana Allah..
    InsyaAllah berkat hidup berumah tangga..
    (^____^)

    ReplyDelete
  19. semoga ika mendapat jodoh yang dapat terima ika seadanya ^^

    ReplyDelete
  20. Dialah kak, suami kita, dia lah orgnya...Dia jodoh saya, sampai Mati, InsyaAllah.............

    ReplyDelete
  21. alamakk..kene pikir balik neee..huhuhuh

    ReplyDelete
  22. mcm mana pun dia terima jela seadaanya... sakit hati ke x sakit hati sendiri simpan.. hehehe

    ReplyDelete
  23. Camane pun klu dah jodoh tk kemane,klu bkn jodoh mmg tk kn brsama jgk kn..

    ReplyDelete
  24. Moga jodoh sy dgn en suami berkekalan smpi syurga... amin

    ReplyDelete
  25. hehee..adalah sikit tanda yg terkena..ermm xthu la jodoh sy ke x..hopefully yelah kn..nice article..klu xkeberatan bleh la follow sy..http://diarikunabil.blogspot.com/ thankz ye

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...