Friday, August 3, 2012

KENAPA MASIH BELUM DI KURNIAKAN CAHAYAMATA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

rasanya ramai kawan2 , adik2 , kakak2 sekalian yg selalu tertanya2 berkenaan perkara ini kan .. selain dari kita terus2an berdoa dan merayu pada yg maha kuasa dan pengasih .. kita x harusnya berputus harap dan hanya berserah .. berusaha itu perlu .. jgn putus asa .. jgn mudah mengalah ..insyaallahh janji allah itu tetap ada buat ummat nyeee

banyak tekanan dan masalah yg akan kita hadapi sekiranya perkara ini menjadi topik dlm hidup berkeluarga .. adakalanya kita tertanya2 adakah kita yg x sempurna @ suami kita ?? dan belum dicampur dengan tekanan2 luar .. terutama org2 yg rapat dari kita .. emosi mudah terganggu dan tertekan .. itulah hakikat , bukan mudah nak coolkan perasaan bila berada didalam situasi ini  , nak2 kalau kita memang mengharapkan cahaya mata .. penyeri hidup .. perempuannn mudah tersentuhh .. bagaimana dgn lelaki ?? rasanya sama sahaja .. cuma mereka x akan luahkan .. riak wajah dah tahu kan .. huhuhu



Keinginan memiliki cahaya mata tentunya meluap-luap lebih-lebih lagi setelah bertahun-tahun mencuba namun masih tidak berjaya. Kepada yang berhadapan dengan masalah seperti ini, adalah penting untuk anda mengetahui bahawa ada banyak faktor yang boleh menghalang kehamilan.

Untuk pengetahuan, di kalangan pasangan suami isteri yang subur, peratusan kejayaan hamil selepas percubaan bulan pertama hanyalah sekitar 25 peratus. Ini bermakna 75 peratus daripada pasangan perlu mencuba beberapa kali sebelum berjaya hamil. Ramai tertanya-tanya mengapakah dia masih gagal hamil walaupun telah banyak kali mencuba tanpa jemu. Antara faktor penyebabnya ialah:

Usia wanita tersebut

Dalam zaman yang serba moden ini, ramai wanita mendirikan rumah tangga hanya selepas berjaya memperoleh kerjaya yang diinginkan. Akibatnya, usia sudah ‘banyak’. Tahu kah anda bahawa peningkatan usia boleh mengurangkan kemampuan seseorang wanita itu untuk hamil. Setelah berusia 30 tahun, tahap kesuburan wanita semakin berkurangan dari setahun ke setahun.

Usia dan tahap kesihatan pasangan

Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila usia mereka meningkat. Walau bagaimanapun, penurunan tersebut tidaklah secepat wanita. Biasanya tahap kesuburan lelaki mula menurun selepas berusia 40 tahun.

Gaya hidup

Pelbagai faktor yang ada kaitan dengan gaya hidup memberikan kesan terhadap keupayaan seseorang wanita itu untuk hamil. Antaranya ialah faktor pemakanan, senaman, tahap stres yang sedang dialami, tabiat tidur dan macam-macam lagi. Untuk memastikan berjaya hamil, anda mestilah betul-betul sihat. Maknanya, anda perlu berhenti merokok, tidak mengambil minuman keras, mengamalkan diet seimbang setiap hari, tidur yang cukup dan senaman secara berkala.

Stres yang melampau

Tekanan perasaan yang melampau boleh menutup peluang anda untuk memiliki cahaya mata sendiri. Sama ada berusaha terlalu keras untuk mendapatkan anak ataupun terlalu komited dengan kerja, kedua-duanya boleh menyebabkan anda sukar hamil. Semakin tertekan pasangan suami isteri itu maka semakin susah bagi mereka untuk mendapatkan anak.

Pakaian

Bagi lelaki, pemakaian pakaian terutamanya seluar dan seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan sperma yang dihasilkan kurang berbanding dengan lelaki yang berpakaian longgar. Jadi, ini bermakna sekiranya masih belum ada anak dan suami gemar memakai seluar dalam, elokkan bertukar kepada memakai ‘boxer’ agar lebih longgar.

Masalah hormon

Sesetengah wanita tidak ada masalah untuk hamil tetapi tubuh mereka tidak mampu menghasilkan progesterone yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Bilangan sperma yang rendah

Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya isteri mereka sukar hamil. Oleh yang demikian, suami perlulah menjalani beberapa ujian terhadap sperma mereka untuk mengetahui keadaan sebenarnya.

Pengambilan kafein

Sekiranya anda mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi setiap hari, anda sebenarnya mengurangkan keupayaan diri untuk hamil. Ada kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus.

Ingat, jika anda masih gagal hamil setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga, segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Dengan bantuan peralatan moden dan kemajuan sains dan teknologi, memiliki anak daripada benih sendiri tidak mustahil. Yang pentingnya usaha.


semoga tips2 dan apa yg dibincangkan diatas , sedikit sebanyak dpt membantu anda semua diluar sana , elakkan apa yg dibincangkan diatas .. specially perkara akhir tuu  .. insyaallahhhh akan diberi peluang itu ..

 sebagaimana susah mendapat anak .. sebegitulah juga untuk menjaga amanah allah ini .. bukan lah semudah yg disangkakan .. x akan habis selagi kita bernyawa .. oleh itu apa yg kalian mohon sertakan dengan kekuatan diri bilamana doa dimakbulkan agar kalian terus2an bersedia menerima & memikul tanggungjawab kurniaan besar darinya kelak .. ;))

20 comments:

  1. Terima kasih kak, moga ada rezeki untuk Myra dan suami ;)

    ReplyDelete
  2. Aminnnn.K.atie doakn tuk Myra & HB.

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak untuk info ni :)

    ReplyDelete
  4. info yg sgt bagus.. sya sendiri pun after 6 months berkahwin baru pregnant sbb kerja selalu aje stress.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Insyaallah. Amin. Semoga Allah berikan zuriat kpd yg belum memiliki.

    ReplyDelete
  6. thanks..hani pun tgh berusaha lagi..dah 4 bulan lebih kawen ni..=)

    ReplyDelete
  7. Insyaallah akan ada rezeki juga utk mereka yg belum memiliki zuriat..yg penting usaha

    ReplyDelete
  8. Perkongisan yg baik ieda. Kakak amat faham perasaan ingin nak anak sebab dlm keluarga kakak ramai yg mengalaminya..

    ReplyDelete
  9. eB termasuk dlm glgn subor plk. hik3

    ReplyDelete
  10. info yg bagus....so,kpd psgn yg dh berkahwin kne amik tahu psl nih...nti xla,stress...

    ReplyDelete
  11. thanx sharing... tigin nak ada baby lagi tapi belum ada rezeki.. insyaallah akan berusaha ke arah itu..

    ReplyDelete
  12. Bersyukur kita pada Allah sbb mampu melahirkan zuriat sekali gus membesarkan mereka..bg yg masih belum tu...teruskan berusaha...InsyaAllah..satu n3 yg cukup bagus ni sis...boleh dijdkan rujukan bg pasangan yg masih belum mampu memiliki anak...

    ReplyDelete
  13. Syukur ina dgn satu2nya amanah Allah swt pd kami suami isteri tu kak..
    Dlm keadaan ina yg mcm ni..
    Msh lg dibukakan rezeki kami..
    TQ kak utk info ni.. ;D
    Happy Weekend, Salam Nuzul Quran & TC yer.. ;)

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah semoga semua pasangan suami-isteri dapat zuriat, amin

    ReplyDelete
  15. anak dara dah baca n sedang senyumm..hihi

    ReplyDelete
  16. rezki dari Allah swt.. bersabar jelah pada yg belum dikrniakan cahayamata tu, yg ptg tetap berdoa n berusahakan

    ReplyDelete
  17. ada di antara kawan sya yg masih menunggu slps berthn2 kawen....selalu mengadu juga...mungkin belum rezekikan..

    ReplyDelete
  18. belum ada rezeki lagi tu..InsyaAllah satu hari nnti..

    ReplyDelete
  19. Tip yg menari kak ieda...CR sebulan kawin terus ada pastu gugur...nasib baik pastu lekat balik...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...