Sunday, August 12, 2012

KEMBAR SIAM YG MENGKAGUMKAN DUNIA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

subhanallahh .. apa lagi yg mampu akk luahkan disini .. dengan kuasa allah , dia maha mencipta dan menjadikan makhluknya mengikut kehendaknya .. terkedu akk membaca artikel ini .. sungguh kagum dan rendah diri dengan ciptaan allah ... tidak pernah terbayangkan kembar siam ini boleh hidup lama sehingga ke usia ini .. walhal ramalan kematian mereka telahpun di buat oleh DR yg merawat mereka .. huhuhu kuasa allah , tiada siapa yg mampu menyangkalnya ..


MEREKA diberi harapan untuk hidup hanya beberapa hari saja. Namun, kembar Siam, Abigail dan Brittany Hensel, bukan saja membuktikan doktor tersilap, malah mengejutkan pakar perubatan dengan perkembangan mereka, daripada kanak-kanak comel, kemudian menjalani kehidupan seperti remaja lain dan yang terbaru, membesar menjadi gadis menawan.

Kini, kembar berusia 22 tahun itu yang berkongsi satu badan, akan muncul dalam rancangan realiti sendiri, mengisahkan kehidupan mereka selepas menamatkan pengajian di Universiti Bethel, Minnesota, Amerika Syarikat, usaha mencari kerja dan lawatan ke seluruh Eropah bersama rakan.



Kembar Siam itu mula mendapat perhatian dunia pada 1996 apabila muncul dalam The Oprah Winfrey Show dan menghiasi muka depan majalah Life. Sejak itu mereka menjalani kehidupan biasa bersama keluarga di Minnesota, jauh daripada tumpuan media sehingga mereka bersetuju muncul dalam rancangan dokumentari untuk TLC apabila mencecah usia 16 tahun.

Stesen penyiar itu kemudian memberikan mereka rancangan sendiri berjudul ‘Abby and Brittany’ dengan siri pertama disiar pada 28 Ogos ini.
Ketika Abigail dan Brittany dilahirkan pada 7 Mac 1990 di Minnesota, doktor memberitahu ibu bapa mereka, Patty, jururawat dan Mike, tukang kayu dan pereka seni taman - jangka hayat bayi mereka hanya setakat malam itu.


Namun, ramalan itu jelas silap. Ketika membesar, mereka, seperti kebanyakan kembar, mempunyai personaliti dan cita rasa berbeza. Abigail yang lebih agresif dan keras hati gemar jus oren untuk sarapan manakala Brittany yang suka bergurau, hanya mahu meminum susu. Mereka juga mengejutkan doktor dengan kemampuan untuk bekerjasama ketika bermain piano. Abigail akan bermain sebelah kanan dan Brittany pada di sebelah kiri.




petikan : DISINI

14 comments:

  1. yupp kuasa Allah agar kita sentiasa mensyukuri nikmat-Nya.. ramalan dr ttg adik pun meleset..skarang adik dah berumur 25 tahun walhal dr jangka umurnya setakat 9 thn jer..Maha Besar Allah

    ReplyDelete
  2. tu yang orang kata sepakat membawa berkat..ye tak??:0

    ReplyDelete
  3. salam
    tq sudi follow akk yer..akk follow balik..salam kenal jgk:)

    ReplyDelete
  4. Masih ingat kembar siam Iran (Ladan & Laleh) yang meninggal setelah operation unk memisahkan meraka .

    ReplyDelete
  5. kental semangat mereka..kagum betul

    ReplyDelete
  6. segala-galanya Kuasa Allah...Allahuakbar

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...

    sis,
    Gadis nk bgtau pasal yg sis tanyer tu..
    Gadis ikut tutorial kat link ni..
    nnti sis leh try buat yer...=)

    http://jiacreatifelt.blogspot.com/2012/06/tutorial11buat-related-post-jamin-cun.html

    ReplyDelete
  8. Allah Maha Berkuasa..segalanya DIa yang tentukannya :))

    ReplyDelete
  9. Allah Maha Berkuasa... doktor mampu cadangkan tp Allah menentukan

    ReplyDelete
  10. salam singgah kak..lama x singgah kat sini..

    takjubnya saya dengan mereka ni..

    ReplyDelete
  11. kagumm...dan terkedu jap tengok gambar diorg ni..

    ReplyDelete
  12. kagum dengan mereka...Allah Maha Berkuasa...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...