بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
salam jumaat yg indah , penghulu segala hari .. alhamdulillah kita dipertemukan sekali lagi pada jumaat di bulan yg penuh barakah ini ... semoga kita terus diberikan peluang ini , insyaallahhh ...
“Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadar, ayat 3)
Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)
Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari)
Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim)
"Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)
Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)
Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas.

mood hari nie senyummmmmmmmm aje .. kenapa ??
sbb arinie ari jumaatttttttttttttt
hoyeyyyyyyyyyyyyyyyy !!!!!!!!!!!!!!!
ps : di masjid kat kampung akan adakan qiamullail ... hurmmm nak joint ke tak ???
bukan mudah nak dapat ni. kalau dpt mmg bertuah sgtlah. harap dapat bertemu dgn malam lailatul qadar.
ReplyDeletejoinlah k.ida.. :)
Sentiasa berdoa akan bertemu malam Lailatu Qadar :)
ReplyDeleteAkak, join qiamullail tu :)
10 malam terakhir tengah sibuk buat kuih raya la...
ReplyDeletemuaahahahha
cpt sgt Ramadan ni berlalu, da nak berakhir... semoga dpt tingkatkan amal kita, InsyaAllah,....
ReplyDeleteSemoga berpeluang untuk kita bertemu Lailatulqadar insya Allah
ReplyDeletebukan senang nak jumpa malam lailatul qadar kan
ReplyDeletekalo malas mmg tak jumpa la kan huhu
semoga kita bertemu malam lailatul qadar itu...amin...
ReplyDeleteDoa yg rasulullah ajarkan pada Aisyah kalau jumpa laitulqadr itulah yg kita baca setiap kali usai solat terawih kah ieda... 10 malan terakhir memang sebaiknya kalau dah letih bersolat, membaca quran, boleh jadikan doa ini bagaikan zikir walau sambil baring pun tak apa...
ReplyDeleteJangan-jangan malam tadi tak malam lailatul qadar... sedihnye... tp semalam dgn ari ni panas menggila... insyaalah mungkin x kot... ya allah aku mohon pada mu... ampunkan la dosaku... terimalah amal ku yang tak seberapa ni dan terimalah segalah doa ku... amin...
ReplyDeletesama2lah kite hayatinye...
ReplyDeleteSemoga kita di brkati dengan malam tersebut..
ReplyDeletebukan senang nk jumpa malam lailatulqadar..kalau jumpa sangat bertuah
ReplyDelete