Monday, August 27, 2012

JOM ! SONNY LANCAR TELEFON PINTAR "KEBAL"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

wahhh dunia semakin canggih .. hp punnn x putus2 kuar yg canggih2 kan .. hurmmmmmmm akk juga yg pakai samsung C3 tuu .. jadilahhhh syukurrrrrrrr allah beri peluang pakai .. sederhana tuu penting ... ( ala2 pujuk hati sbb terkebil2 ngan hp sonny terbaru nie ... muhahaha )

Xperia Go keluaran terbaru Sony Communication Mobile menawarkan rekabentuk menawan dengan spesifikasi yang lebih canggih berbanding siri keluar lain dengan menampilkan telefon tahan calar, kalis air dan debu.

Model ini boleh didapati dengan harga RM999 seunit. Malah lebih menggembirakan apabila Sony turut memberi aksesori percuma kad SD 2GB Micro, pengecas kereta dan kabel Micro USB dengan nilai RM89 kepada pelanggannya.

Dilengkapi paparan skrin 3.5 inci dengan resolusi 320×480 piksel dan dikuasai enjin Bravia Mobile, Xperia Go amat sesuai digunakan oleh mereka yang suka melakukan aktiviti lasak sambil merakamkannya untuk dijadikan kenangan.

Oleh itu, tidak ada masalah jika telefon anda terhempas kerana kadar calar yang berlaku adalah sangat minimum. Selain itu, telefon ini turut dilengkapi kamera rakaman 5.0 megapiksel serta dijana system pemprosesan 1Ghz menggunakan Android 2.3 (Gingerbread).

Didatangkan dengan tiga warna iaitu hitam, putih dan kuning, ia mempunyai format IP67 yang disahkan bermakna bahawa ia benar-benar kalis habuk dan anda boleh menenggelamkannya sehingga satu meter selama 30 minit.

Malah keindahan skrin berdefinisi tinggi (HD) yang diberikan Sony mampu memukau pandangan penggemar telefon jenis pintar ini. Jangan terkejut jika Sony Xperia Go ini mampu berada di tangga paling atas sepanjang suku tahun ketiga ini!


HAH ! .. APA LAYIEEEEEEE ADA REJEKI TUKAR HP BARULAH ekkeke .. 
semakin canggih kan ... tapi tulah .. kalau ikutkan pengaliran zaman nie .. boileh dikatakan setiap bulan ada sahaja hp dan kamera baru yg akan keluar di pasaran .. fuh ! .. kalau macam akk nie .. terkebil2 & terkulat2 lahhh .. sampai jahanam hp akk tuu barulahhhh tukar .. adehhhhhh .. nama saja2 nak tukar yg baru .. sorry lahhh 
( kot banyak keperluan lain yg lebih penting .. huhu )

ps : doa2kan pose qada & sunnat syawal hari nie berjalan lancar .. aminnnnnnnnnnn ;))

18 comments:

  1. cak!

    salam lebaran kak ieda cayam!

    sori lame tak tinggal jejak...

    skang ni henpon mmg canggih2 kan kak..makin baru kite beli makin canggih ade kt pasaran..gitu la tak penah abih2..huhu

    ReplyDelete
  2. saya masih pakai henfon cap ayam...huhu...

    ReplyDelete
  3. tak mampu la nak tukar hp lagi...heheheeh....

    ReplyDelete
  4. Hp kakcik kalau tak suami yang beri, memang tak bertukar la... :)

    ReplyDelete
  5. nak satu...!! tapi apa daya..takde rezeki lagi..huhu

    ReplyDelete
  6. tak pe la kak ... aku pakai nokia c5 ni dah la ....hehehe

    ReplyDelete
  7. hehhe, zt tuka hp sbb encik somi soh tuka..nazak benor dah

    ReplyDelete
  8. Umakaihhhhhh!!
    Canggih nyer kak ieda..
    Ni kalo dpt kat si Aqil ntah apa jdnya.. ;)
    Selamat Hari Raya yer!! ;)

    ReplyDelete
  9. adeh..
    tergoda tengok ni kak, ehhe~

    ReplyDelete
  10. same la kite... saya pun sama pose hari ni... kuatkan semangat...

    ReplyDelete
  11. tak sempat nak ikut trend hp kak..

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya kak..maaf zahir dan batin..skrg hp makin canggih..smpai sy xreti nak gunakannya..heheheh

    ReplyDelete
  13. Tak mampu lah kak. Pakai jer kah yg ada nih ☺☺

    ReplyDelete
  14. ok... noted. mmg suka jugak dgn sony ericsson ni. hehehe...

    ReplyDelete
  15. klu nk ikut keluaran hp baru mmg xterligan ni hihihi

    ReplyDelete
  16. saya ni duk pakai hp tak canggih jer la..huhu..maklumlah tak koje..

    ReplyDelete
  17. tak mampu nak layan phone nie...asyik keluar design baru jer hihihi

    ReplyDelete
  18. Dann musste ich abends kurzfristig schnell ins Krankenhaus. Gedanklich war ich so beschaeftigt, dass auch mir die Tuere zufiel. casus yazılım

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...