Tuesday, August 7, 2012

JANGAN PUTUS ASA UNTUK JADI PELAJAR CEMERLANG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

khas untuk anak2 yg akan menghadapi peperiksaan samada percubaan atau yg betul2 periksa .. akk dulu x pernah ada kata2 perangsang macam nie .. biasanya mak dan ayah je cakap buat betul2 dan baik2 .. maklum lahh jaman2 akk dulu mana ada blog @ fb .. soo kena pandai2 sendiri memotivasikan diri ... ;))



Jika kita rasa belajar itu susah, jika kita rasa kepala kita pening dan jika kita rasa hampir putus-asa untuk belajar, jangan bimbang, pelajar cemerlang juga rasakan perkara yang sama. Susah, pening dan rasa mahu putus-asa itu adalah normal, bukan bermaksud kita lemah. Apa yang akan membezakan kita dengan pelajar lain ialah walaupun kita rasa pening, susah dan mahu putus-asa, kita teruskan juga berusaha untuk belajar.

 
 
Namun, tahukah kita apa yang berlaku di bawah permukaan air itu? Sedarkah kita yang di bawah permukaan air itu kaki itik sedang bekerja keras mengayuh hampir ke semua arah bagi memastikan itik kekal timbul?
Kita tidak nampak usaha kerja keras mereka kerana apa yang kita nampak adalah di bahagian permukaan sahaja, sama seperti itik yang sedang berenang. Itik kelihatan sedang bergerak tenang di atas permukaan air tetapi sebenarnya di bawah permukaan air, kakinya bekerja keras mengayuh air agar ia kekal timbul di permukaan.

Pernahkah adik-adik semua tertanya-tanya mengapa pelajar cemerlang kelihatan tenang sahaja. Walaupun mereka cemerlang dalam peperiksaan, mereka masih ada masa untuk masuk pelbagai persatuan, bertanding dalam aktiviti sukan dan mewakili sekolah dalam banyak perkara. Adakah mereka tenang kerana semua perkara ini MUDAH sahaja buat mereka?

SUDAH TENTU TIDAK!

Sama seperti prinsip itik berenang tadi, pelajar cemerlang juga bekerja sangat keras untuk mencapai kejayaan. Walaupun mereka nampak tenang, fikiran mereka sentiasa bekerja dan berfikir untuk mencari jalan ke arah kejayaan. Jika pelajar KURANG CEMERLANG rasa belajar itu susah dan memeningkan kepala, pelajar CEMERLANG juga rasakan perkara yang SAMA. 

Bezanya, pelajar cemerlang teruskan belajar dan bekerja keras kerana mereka tahu, usaha mereka akan membawa mereka ke arah kejayaan. Mereka tidak merungut tentang susah belajar kerana ia adalah sebahagian daripada proses mencapai kecemerlangan. 

Bayangkan bagaimana kalau itik merungut setiap hari, “Ishhh…susahlah nak kayuh-kayuh air ni…tenggelam sajalah senang!”


kepada yg masih belajar tuu nak ambil final exam di U @ Kolej , buatlah yg terbaik utk kejayaan masing2 .. x der sesiapa yg akan bantu selain diri kita sendiri .. kata2 semangat nie akk baca berulang kali ... bukan utk diri akk tapi akk nak praktikkan buat anak2 akk yg sedang belajar .. memang payah nak memotivasikan anak2 nie kalau bukan dari diri mereka sendiri .. cabaran itu bukan lah mudah .. macam akk sebagai IBU x kan nak tgk aje kan .. mulut nieeee x habis2 berleter huhuhu


ps : baru balik dari klinik bawa zahrien .. alhamdulillah dr cakap cuma tonsil dia agak bengkak .. tgk lepas makan ubat bukan main ligat dia berlari .. adehhhhhhh tepuk dahi akk nie ;))


20 comments:

  1. Tu la k.atie doakn anak k.atie buat yg trbaik sepjg mggu percubaab PMR ni..

    Pg tadi cal lagik...dia risau sebenarnya.Puas la k.atie bg kata2 semangat & gtau IBU sentiasa doak Adik.

    Lps tu,dgr cam dia lega sgt sbb Ibu byk bagi kata 2 peransang utknya.

    K.atie pon syukur sgt dpt tenangkn hatinya

    Aminnnnn

    ReplyDelete
  2. kepada semua yang bakal menduduki exam, anda telah berusaha, kan?.. jadi jawab dengan tenang dan sentiasa berdoa :)

    ReplyDelete
  3. saya merasa yang sama masa belajar dulu... bukan senang nak lulus... dan bukan senang nak senang... usaha itu perlu...

    ReplyDelete
  4. semoga zahrien cepat sembuh..

    ReplyDelete
  5. betul.. takda siapa yg boleh tolong kecuali diri sendiri....

    ReplyDelete
  6. teringat time belajar dulu...hehehe....

    ReplyDelete
  7. nasihat yg bagus..
    good luck untuk semua..

    ReplyDelete
  8. a'aa betoi kak, jgn putus asa kan...

    *alhamdulillah.. nsb xda yg teruk.. siap leh berlari..hihi

    ReplyDelete
  9. bukan senang nak senang kan kak.....

    ReplyDelete
  10. setuju ngan akak.kita ni klu anak nk exam ibu2 yg kecut perut.anak wat muka selamber je.kita lak gerun

    ReplyDelete
  11. biarlah kite membebel2 camne pon..utk kebaikan anak2 xper..semoga anak2 kite berjaye dlm hidup :)

    ReplyDelete
  12. bila dah jadi ibu ni baru tahu betapa risaunya hati ni tiap kali anak2 nak ujian / periksa. kadang2 ibunya yg over kan kak...

    apapun kita sentiasa doakan yg terbaik buat anak2 tiap2 kali mereka menduduki peperiksaan.

    ReplyDelete
  13. anak Alin pun ada percubaan..kesian dorang struggle ms puasa

    ReplyDelete
  14. yg penting jgn give up...xder sapa yg nk tolong diri kita melainkan kita sendiri yg tolong diri sendiri eheeee

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah...lega zahrien dah okey kak....rupenye tonsil bengkak yeak....sakit tu kan kak.....tapi takpe kak, aktif tu pentande baik tu heeheheheehh

    suke nasihat akak nie....bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah....

    ReplyDelete
  16. teringat zaman belajar dulu...banyak main dr belajar.kalau blh ulang semula waktu..huhuu

    ReplyDelete
  17. alisha pun demam gak ni ... hari nia bah die cuti jg kat rumah

    ReplyDelete
  18. ya betul! kalau la itik malas mesti bulu dia tak cantik kan..hehehhe

    ReplyDelete
  19. nasihat yg bagus..kak...
    Semoga Zahrien cepat sembuh..

    ReplyDelete
  20. anak saya upsr kak bulan depan..semoga berjaya hendaknya..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...