Wednesday, August 29, 2012

HUKUM BERPUASA SUNAT BAGI ISTERI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua


alhamdulillahh komp dah ok .. senyum sikitttttttttttt ( sampai ke telinga suke ati muhahaha) ... haa hari nie dah 3 hari akk puasa qada dan sunat syawal .. syukur allah bagi peluang sekali lagi .. insyaallahhh nak cukupkan 8 hari .. soo lagi 5 hari .. ;) sblm tuu akk nak share artikel nie ..
mari kita sama2 renungkan, bagi yg belum memulakan puasa sunat syawal & qada puasa ramadhan harap lepas nie , dpt lah kita ilmu dengan artikel di bawah nie ye .. akk dpt dari email seorang kawan .. 


Kenapa perlu izin suami ?

Dua hadis sahih sebagai nas:


1. HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud: Seorang isteri tidak boleh berpuasa selagi suaminya ada di rumah, kecuali atas keizinannya.


2. HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah: Janganlah seorang wanita itu berpuasa walau satu haripun jika suaminya berada di rumah tanpa izinnya, kecuali puasa Ramadhan.


Di sini ada khilaf ulamak.


Pertama: Kebanyakan ulamak berpendapat keizinan suami hanya terbatas kepada puasa sunat, manakala puasa nazar, puasa qadha’ dan puasa Ramadhan tidak perlu izin suami. Imam Nawawi menjelaskan dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim Jld 7 pg 115.


Kedua: Sebahagian ulamak berpendapat wanita perlu meminta izin utk berpuasa selain puasa ramadhan. Ini bermakna jika puasa itu selain puasa Ramadhan, dia perlu mendapat izin suami. Sayyid Sabiq berpendapat demikian.


Ketiga: Isteri tidak perlu mendapat keizinan suaminya utk berpuasa apabila suaminya musafir, atau sakit atau uzur yang mana dia tidak mampu mengadakan hubungan seks. Ini adalah pandangan majoriti ulamak berdasarkan hadis dalil di atas. Ini juga pandangan Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah)


Rasional kenapa perlu mendapat keizinan suami sebelum berpuasa.


Imam Nawawi menjelaskan: suami berhak mengajak isterinya jima’ bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.


al Imam al Hafidz dalam kitab al Fath: hak suami ke atas isterinya lebih kuat daripada amalan sunat dan kebajikan yang lain. Kerana itu hak suami wajib dipenuhi, maka kewajipan harus didahulukan daripada hal-hal sunat.


Komentar Syaikh Muhammad Ali Qutb (Tuhfatul ‘Aris wal ‘Arus): Islam memberi perhatian yang serius terhadap hubungan seks antara suami-isteri, lantas Islam melarang isteri menentukan sendiri kegiatan yang dapat menghalang keinginan seksual suaminya sekalipun kegiatan itu berupa ibadah sunat. Maka Islam mewajibkan para isteri mendahului hubungan sek yang diminta suami daripada ibadat sunat.


Sebagai balasan atas hak yang diberikan kepada suami, Islam memberi hak kepada isteri yang wajib dipenuhi oleh suaminya, iaitu suami tidak boleh melakukan kegiatan yang sangat meletihkan atau menyebabkan kelemahan pada jasmaninya kerana dengan keletihan itu si isteri telah kehilangan hak untuk menikmati hubungan seks dengan suaminya.


Sumber: http://darululumonline.wordpress.com/2011/08/29/hukum-isteri-minta-izin-suami-untuk-ibadat


dalam apa jua situasi , kita perlu minta izin kan .. kalau dulu kita minta izin dari mak dan ayah .. skrg bila dah berkahwin , pastinya minta izin dari suami .. kalau dia x beri , pujuk lahhh .. insyaalllahhh rasanya apa yg baik selalu mendapat persetujuan dari suami dan dia x akan membantah kan kan kan .. ;) disamping kita mencari pahala nie kita juga mendapat keredhaan dari suami kita juga ..

12 comments:

  1. Baru tau kak..tq for sharing...

    ReplyDelete
  2. dilla tak penah mintak izin kalu nk pose...tpi slalunye malam sebelum pose tu dilla akan cakp dulu esok nk pose..

    kire mintak izin tak ek mcm tu? huhuhu...

    ReplyDelete
  3. baru tau kena minta izin... thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. Mak selalu pesan..
    Nak buat apa2 jgn pandai2 sendiri..
    Tanya "laki" kamu dlu.. ;)
    Dulu sebelum kawin pelik je dgr..
    Skrg dah kawin baru ler faham.. ;D
    TQ kak..

    ReplyDelete
  5. Thanks kak. Selamat berpuasa sunat.

    ReplyDelete
  6. Izin tu mmg penting... tp kalau dpt suami yg memahami.. kita bgtau je nak puasa InsyaAllah suami tak keberatan.. :)

    ReplyDelete
  7. Tq sbb berkongsi sgt berguna...ibu pn puasa ada 4 hr lg...

    ReplyDelete
  8. :)... perkongsian yg baek

    ReplyDelete
  9. selain bulan ramadhan wani mmg xpuasa klu husband kat rumah hihi....maklumla duk jauh2 ni hihihi

    ReplyDelete
  10. ieda dh 3 hari ye..nk buat qada skali ke tu??
    akak hari ni baru masuk 2 hari..bkn akak pose sorang kat umah ni..ngan somi dan 2 orang anak akak pun pose jgk. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. nice share kak...untuk isteri2 yg solehah...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...