Thursday, August 30, 2012

HELIZA & DIANA AMIR DALAMI ILMU AGAMA DISAMPING MENCARI REZEKI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

sejuk mata memandang kan ... suke sgt2 ngan diana amir dan heliza nie .. aduhhh siapalah jejaka bertuah yg dapat memiliki hati nurani mereka berdua nie .. kalau akk ada anak bujangan .. nak je ku kenen2kan ekekke ... ha dah terbukti kan artis yg berhijrah dan berhijab nie masih diterima dlm duni seni tanahair .. cuma mereka kena lebih slektif lah kan .. surelahh x kan nak main terima aje tawaran yg x sesuai dengan mereka ..

semoga mereka terus dpt menjaga nama baik dan tatasusila muslimah sejati dan seterusnya menjadi IDOLA kepada masyarakat skrg khasnya golongan remaja .. aminnnnnnnnnnnnn


SEKALIPUN bergiat aktif sebagai anak seni, namun tuntutan agama tidak dilupakan. Memilih tampil dengan imej bertudung, nyata bukan satu halangan untuk dua gadis manis ini terus mendapat perhatian. Itulah nikmat rezeki diperoleh Diana Amir dan bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Heliza Helmi.



Yakin dengan ketentuan Yang Maha Esa, Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Ha�shim, 26, me�ngakui dia kini lebih bersikap memilih skrip yang diterima. Ujar pelakon filem 7 Petala Cinta itu, bukan dia ‘demand’ tetapi sekadar memastikan watak ditawarkan pada�nya bersesuaian dengan imej yang kini berhijab.

Diana berkata, apabila sudah berhijab, menjadi kemestian untuk dia bersikap selektif. Jelasnya, dia tidak mahu main ambil saja watak termasuk antagonis bertudung. Menurut gadis kelahiran Birmingham, England itu, menjadi tanggung�jawabnya menjaga imej sebagai aktres yang kini mengenakan tudung.

“Saya percaya dengan rezeki Allah. Justeru, sekarang saya hanya akan terima tawaran yang difikirkan sesuai saja. Saya juga takkan menerima watak antagonis bertudung. Bagi saya, apa yang dicari kini adalah keredaan Allah dan atas sebab itu jugalah,
saya membuat keputusan untuk berhijrah dengan memakai hijab.

“Malah, saya juga selesa melakonkan watak yang terhad. Oleh itu, setiap skrip diterima lebih dulu akan diteliti dan jika tidak sesuai, ia bukan rezeki saya. Biarpun lakonan bidang diminati, tetapi tuntutan agama lebih penting. Jadi, karakter yang dilakonkan mestilah sesuai dengan imej saya ketika ini,” katanya.

Masih mempunyai kontrak setahun lagi sebagai residen artis Metrowealth Movies Production Sdn Bhd, Diana menjelaskan, dia masih belum lagi memikirkan sama ada mahu menyambung kontrak baru atau tidak. Bagaimanapun, katanya, dia selesa sepanjang berada di bawah pengurusan artis syarikat itu walaupun kini bertudung.

Bakal muncul dengan filem Salam Cinta di pawagam pada 6 September ini, Diana yang bergandingan dengan Kamal Adli memaklumkan filem itu adalah penampilan pertamanya bertudung.


Tiada saingan bagi Heliza

BAGI Heliza atau nama sebenarnya, Nur Heliza Helmi pula, dia amat bersyukur tatkala melihat semakin ramai artis muda wanita tanah air kini sudah bertudung. Katanya, perubahan imej berlaku itu tidak pernah diang�gap sebagai satu saingan kepada artis yang sudah bertudung seperti dirinya. 

Ia hidayah Allah.

“Saya suka melihat semakin ramai artis wanita tanah air sudah bertudung. Bagi saya, ia perkara yang bagus memandangkan Malaysia sebuah negara Islam. Oleh itu, tak pernah pula saya fikirkan soal persaingan kerana sedar semuanya perancangan Allah. Hanya Dia (Allah) mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.

“Lagi pun, kini setiap hujung minggu kami akan berkumpul mengikuti kelas agama dianjurkan. Justeru, secara tidak langsung ia mengeratkan hubungan silaturahim antara kami. Malah, kelas agama yang terbuka kepada rakan artis dan media ini membuka peluang untuk sama-sama belajar mendalami ilmu agama.

“Pembelajaran agama diajar meliputi aspek pembacaan al-Quran, akidah serta motivasi diri. Kini, seramai 40 rakan artis termasuk saya dan Diana mengikuti kelas agama ini. Malah, kami dibimbing tenaga pengajar bertauliah. Justeru, kepada rakan artis sama ada bertudung atau tidak, boleh turut serta dalam kelas ini,” katanya.

Menurut Heliza, majlis ilmu apatah lagi berkaitan agama memang seronok disertai jika membabitkan ramai orang. Menurut pengacara program Rasa Halal Antarabangsa itu, walaupun sibuk dengan urusan dunia, persediaan akhirat juga harus diambil kira.

Katanya, mempelajari ilmu agama penting untuk kerohanian manusia.

petikan : hmetro

12 comments:

  1. Kita tunggu jer lah sapa jejaka yg betuah tu yer kak ☺☺

    Seronok tgk bila ramai retis yg dah berhijab.

    ReplyDelete
  2. sejuk mata nengok :-)

    ReplyDelete
  3. comel la mereka berdua...;)

    ReplyDelete
  4. lebih kurang je muka dieorang berdua ni . hehe

    ReplyDelete
  5. mak aih,,, bulu rome bdiri spanjang bc entri ni. semoga mereka dan kita trus dberi hidayah n brada d bwh naungan rahmatNya, InsyaAllah :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...