Thursday, July 12, 2012

TIPS MENYUSU BAYI DI BULAN RAMADHAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

hurmm kejap je masa berlalu , x sampai 2 minggu layie kita akan menempuh bulan mulia RAMADHAN al MUBARAK .. huhu x sabar rasanya .. berkobar2 dan bila duk cerita2 akan keunikan bulan nie hati akk mudah berdebar2 .. yelahhh bulan yg penuh keberkatan .. x sabar sgt2 rasanya .. mlm penuh kemuliaan .. semua sebuk bertarawih .. insyallahhh tahun nie nak tarawih penuh .. aminnnnnnnn

oh ya cerita pasal bulan ramadhan sure ramai ibu2 muda yg bersalin dekat2 nak pose nie kan .. officemate akk pun ramai .. hurmm semua duk cerita berkenaan bagaimana nak menyususkan anak di bulan puasa nie .. adakah susu akan berkurangan ?? yelah sbb kita x makan .. kalau tanye pandangan akk ... akk x pernah kena menyusukan anak kecil diwaktu bulan puasa .. so far semua anak2 lahir hujung , awal dan akhir setiap tahun .. so masalah menyusu nie x adalah .. haa satu layie dari segi pemakanan pun kena ambil berat tau ! ... x leh berbuka sesuka hati .. kena lebih hati2 , maklumlahhh bila berbuka semua rasa nak makan kan .. tekak pose ekekek .. ;) jgnnnn nanti angin satu badan menyinggah pula ke bb kita ;))

ok jom akk sharekan info pemakanan di bulan ramadhan utk ibu2 yg menyusu nie ..



Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat.

Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.

Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.

FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.

Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.

Panduan Pemakanan
1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

sumber : carian google 
ada yg besalin dlm bulan puasa tak ?? hurmm kira selamatlah , cuma berpantang lebih senang sbb x tergoda ngan makanan siang2 hari kan ekkeke ..

23 comments:

  1. akk tukar nama blog eh.ptt cm pelik.hehehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih, info yg berguna ni :)
    mana tahu kan di masa depan, berguna untuk sy :)

    ReplyDelete
  3. sy bersalin slalu lepas bulan posa2 dua anak... dan 2-2 anak xnyusu bdn lama.... next baby kena amal la....

    ReplyDelete
  4. Thanks kak. Sesuai utk org mcm saya yg baru dpt baby. Harap2 bley posa penuh lagi thn nih.

    ReplyDelete
  5. thanx akak utk info ni..memang sgt berguna..:)

    ReplyDelete
  6. MQ anak nak dekat 2 tahun pun still bf... Kene jugak ikut tips ni.. Tq dear...

    ReplyDelete
  7. thanks kak sharing pasal ni :)

    ReplyDelete
  8. Salam kak..

    bila akak post info nie jadi teringin pulak nak...hehehehe

    ReplyDelete
  9. tips yg bagus ni kak.. walau sya x nyusukan anak.. tp manalah tahu akan dtg ka.n.. :)

    ReplyDelete
  10. tq for sharing kak ieda, panduan utk ibu2 menyusu

    ReplyDelete
  11. Bila la Myra nak alami semua ni.. Masih mencuba ;)


    p/s: Kak, yg Exabytes tu Akak email sekali tak daily dengan monthly UV antaq kat Exabytes, Myra tak sampai 1 hari diorang proses.

    ReplyDelete
  12. tengs utk info ni kak...

    ReplyDelete
  13. Tima kasih Ieda kongsi tips penyusuan ibu nie.

    ReplyDelete
  14. mg berguna info ini untuk yg menyusukan..

    ReplyDelete
  15. tq kak kongsi info ni


    eh hadiah akak tu cik abg tak pos lg...sory le lambat...dia busy sgt...huhuhu minggu dpean ya kak

    ReplyDelete
  16. turn ema salinkan kakak...memang time tu kurus habis ler..pantang bulan puasa...tp nak mengganti puasa tu yang lotihnya...huhuhu

    ReplyDelete
  17. panduan untuk masa hadapan..hihi

    ReplyDelete
  18. tq kak share info yg bagus ni ;)

    ReplyDelete
  19. bagus info akak share ni..

    ReplyDelete
  20. Tip yg menarik kak ieda...Saya sekrg pun masih lagi menyusukan syifa...

    ReplyDelete
  21. info yg sangat2 bagus utk bakal ibu termasuklah diri sendiri. hmmm... rasa2nya izan pun bersalin akhir2 puasa kot kak ieda.

    ReplyDelete
  22. Thanks sharing..blh la amalkan nnti..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...