Friday, July 13, 2012

SUDAH2 LAH MENBANDINGKAN ORANG ~ KASIHAN NABIL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

cukup2lah membanding kan org .. kesian nabil .. x pasal2 menjadi mangsa keadaan kann .. dah dia x der jodoh ngan irma .. sebuk org duk banding2kan dia dgn suami irma .. eloooooooo sekurang2nya nabil bukan DUDA ! hahhahahah ... kenyataan kan ...

 soo sama2 kita doakan mereka berdua bahagia .. dan jelas disini nabil dan isterinya menjalani kehidupan yg cukup bahagia kerana mereka x sabar dah nak menimang cahaya mata !! ... ;) akk suke nabil .. dia sgt2 sepontan dan bersahaja orangnya .. ;)


Kesian dengan pelawak dan juga Deejay suria FM, Nabil kerana dibandingkan dengan suami bekas kekasihnya iaitu Irma Hasmie. Apa tidaknya, agak ramai juga yang cuba membandingkan suami Irma Hasmie dengan Juara Raja Lawak Musim 2 tersebut. Tidak kurang juga yang mendakwa suami Irma Hasmie jauh lebih baik daripada Nabil.

Nabil pula memberi respon positif apabila ditanyakan mengenai hal ini kerana baginya sekarang, kebahagiaannya adalah bersama isterinya yang tercinta. "Saya rasa, ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada saya kerana saya sudah lama tiada kena mengena dengan kehidupannya. Lagipun, saya punya keluarga saya sendiri.

"Jika benar seperti dakwaan orang itu, baguslah untuk Irma dan sebagai orang yang pernah mengenali dirinya saya doakan semoga dia bahagia dan cepat-cepatlah timang cahaya mata," katanya yang telah pun mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihannya, Nazirah Ayob sejak setahun yang lalu.
Nabil dan Irma sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama tiga tahun bersama, namun cinta mereka putus di tengah jalan.

Nabil yang hanya terima apa jua pandangan yang diberikan terhadap dirinya berharap pihak yang bijak menilai dirinya itu akan dapat memberikan tunjuk ajar kepada yang lain supaya menjadi lebih baik.

"Saya rasa, kalau pihak tersebut boleh menilai diri saya sudah tentu dia seorang yang sangat bagus. Jika begitu, saya rasa lebih baik dia ajar dan ajak saudara terdekatnya untuk menjadi lebih baik daripada menilai orang lain tanpa mengenali seseorang itu," tegasnya.

Dalam pada itu, Nabil memberitahu, dia sudah semakin teruja untuk menyambut kelahiran orang baru biarpun isterinya baru sahaja hamil empat bulan. "Saya akui teruja untuk menimang cahaya mata pertama. Selama dia hamil, rasanya saya pula yang lebih terasa penat dan mengidam bermacam-macam berbanding dia. "Pelik juga sehinggakan saya kini lebih kerap dan suka makan daging kambing pula," tambahnya yang melangsungkan perkahwinan pada 30 September tahun lalu.


semoga isteri nabil selamat sehingga ke kelahiran kan kan kan ;)



32 comments:

  1. susah nak puaskan hati org..ade je yg mengata..selagi nama manusia ..

    ReplyDelete
  2. tu org kate kak...mulut tempayan besar camne pun leh ditutup...tapi mulut manusia?.....

    ReplyDelete
  3. org kita ni dh xde keje gamaknya.asek nk bandingkan org je.

    ReplyDelete
  4. tulah kak... ada saja yang nak jatuhkan maruah orang..

    ReplyDelete
  5. jodoh pertemuan ajal maut semuanya Allah yg tentukan.

    ReplyDelete
  6. isteri nabil cantiknyaa!!

    ReplyDelete
  7. masing2 kan dh bahagia..yg lepas pun lepaslahh..

    dan kalau suami irma duda sekali pun kenapa? berdosa ke kahwin duda?? jgn dia rampas laki org cukup laa.......

    jgn sempit sgt pemikiran kita ni...yg bujang tu pun lum tentu bagus dlm semua hal gak..kita manusia tak sempurna kan..

    ReplyDelete
  8. tak payah la nak membanding2 kan orang.. lihat diri kita dulu :)

    ReplyDelete
  9. Biasalah org kita.. Kenapalah sibuk urusan org lain. Org mcm ni nampak sgt takde kerja. Suka menjatuhkan maruah org lain.

    ReplyDelete
  10. Semua manusia hanya boleh merancang saja ieda tapi ketentuan semuanya dah tertulis di Loh Mahfuz. Kena terimalah tak baik membandingkan yg itu-ini...

    ReplyDelete
  11. Semuanya dah tertulis di azali..

    yang penting sekarang masing2 dah bahagia.. semoga berkekalanlah hendaknya ^_^

    ReplyDelete
  12. moga mereka bgia bersama pasangan masing2 kan...kite doakan yg terbaik sahaja..

    ReplyDelete
  13. mmg x patut pn kita banding2kan.. semua ini kan ketentuan Allah.. jika membandingkan samalah kita mempertikaikan perancangan Allah...

    ReplyDelete
  14. itulah manusia...tak boleh tgk org lain seng....yg berlalu biar berlalu..tak perlula nak banding2kan org nih...

    ReplyDelete
  15. Salam Kak Ieda, memasing dah ade keluarga, doa yg baik2 buat mereka, sudah2la nak banding2 kan org....

    ReplyDelete
  16. Biasalah kak, mulut org...susah nak tutup.

    ReplyDelete
  17. doakan kehidupan mereka berdua aman damai..itu lebih bagus :D

    ReplyDelete
  18. bila dah jadi selebriti...mmg ada je kesalahan yg org nak cari kan...apa2 pun semoga mereka bahagia dgn pasangan masing2

    ReplyDelete
  19. kan kak..ramai yg duk banding2 husband irma ngan nabil n farid kamil..nabil pun dh ade family die sendri..farid kamil pun ade haluan die sendri..xfair bagi dieorg kan kak..

    ReplyDelete
  20. manusiakan... Mmg cam tu...
    Ada jer yg tak puas hati..tengok org bahagiakan...

    ReplyDelete
  21. aduyai. np lah org nih... hmmmm

    ReplyDelete
  22. isteri nabil pun cun la dari irma..hihi

    ReplyDelete
  23. Jodoh tu rahsi Allah swt..
    Kenapalah kita manusia yg x ada apa2 hak utk persoalkannya..
    Biorkan org bila melalak mcm tu..
    Yg pntg kebahagian milik mereka & mereka x kaco kebahagian org lain kan kak ieda..
    Akak & anak2 sihat?!! ;)
    TC & Happy Weekend.. ;)

    ReplyDelete
  24. Jodoh tu rahsi Allah swt..
    Kenapalah kita manusia yg x ada apa2 hak utk persoalkannya..
    Biorkan org bila melalak mcm tu..
    Yg pntg kebahagian milik mereka & mereka x kaco kebahagian org lain kan kak ieda..
    Akak & anak2 sihat?!! ;)
    TC & Happy Weekend.. ;)

    ReplyDelete
  25. ada jerk yang x puas hati kan... iskiskisk manusia oh manusia

    ReplyDelete
  26. alahai manusia ni, sepatutnya wat is pass tu lupa2kan ajelah x yg nak banding2 lagi

    ReplyDelete
  27. dah takde jodoh nak buat camnekan..biasalah mulut org.

    ReplyDelete
  28. susah ni nak puaskan hati semua org...ada jer yg xkena....masing2 dh punya pasangan biarlah mereka bahagia dgn pasangan masing2...:)

    ReplyDelete
  29. dah xdew jodoh nak wat mcm mana..sebok jew diowng..jalani la kehidupan msg2..jgn sebok2

    ReplyDelete
  30. biasa la tu. duda pun duda hensem. dah jodoh irma dengan duda. masing2 dah ada keluarga sendiri. apa la nak kecoh2 sgt kan? biarlah masing2 happy dgn pilihan masing2.

    ReplyDelete
  31. Jodoh pertemuan semua tue...Allah dah aturkan....Nak buat camna mulut orang tidak boleh di tutup...Sabar jerlah Nabil...Tapi saya suka Irma gan hubby dia sweet jer hihihi

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...