Tuesday, July 10, 2012

SIAP SEDIA PISAHKAN ANAK DARI TEMPAT TIDUR KITA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haaaaaaaaaaa dulu memang akk ada banyak masalah nak pisahkan anak2 dari tidur dgn akak dan suami ,... bermula dengan kakak nina , seterusnya sabriena dan kini zahrien .. yg paling mudah nak pisahkan adalah amanina dan sabriena .. dah besar seusia 3 tahun akk dah jinak2 kan mereka tidur di bawah , tapi still dlm bilik , lepas tuu lama kelamaan , akk asingkan mereka .. ye memang ada masa2 mereka bangun dan tidur balik ngan kita tgh2 mlm .. 

ekekek lucu .. masa tuu terperanjatlah kan duk tercongok kat depan pintu .. hurmm akk x marah .. akak ajak mereka tidur sama .. sbb mereka dah cuba kan .. so selepas tuu esok dan esoknya akk asingkan lagi dan akhirnya mereka lali ..

hurmm berlainan pula kes ngan zahrien nie .. agak liat sikit .. dah lama juga akk mula asingkan tempat tidur dengan nya .. ada masa2 ikut mood dia .. dia nak juga tidur ngan akk .. tapi kalau dia tidur , akk make sure dia tidur bawah dan tidak sekatil dgn akk dan suami .. hurmmm skrg pun masih dlm proses .. soo sure uolss ada masalah yg sama dgn akk kan ?? kat sini akk share kan info nie .. tips2 nie akk copy paste dari FB kawan2 yg sudi share link dia kepada akk .. ;)


Anda berhasrat untuk memisahkan tempat tidur dan bilik anak dengan anda? Jika ya, anda harus melatihnya dari awal agar mereka faham kenapa mereka harus tidur berasingan dan apa yang seronoknya punya bilik sendiri.

Memindahkan anak ke tempat tidur sendiri bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah terbiasa tidur dengan kita sejak dari bayi lagi. Pada peringkat awal, mungkin akan berlaku penolakan daripada si anak. Untuk mengatasinya si ibu atau ayah perlu menjelaskan kepada si manja tentang faktor usianya kini.


18 T ip Yang Boleh Dijadikan Panduan :

1. Sediakan bilik yang selesa untuk si manja anda. Ini tidak bermakna anda perlu hias biliknya dengan perabot mewah dan sebagainya. Sebaliknya memadai jika bilik tersebut bersih dan kemas. 

 2. Berikan masa kepada anak untuk membuat persediaan mental dan emosi. Terangkan kepadanya bahawa dia sudah besar dan perlu belajar tidur sendiri. Pastikan tidak ada sesiapa yang cuba takut-takutkan dia apabila tidur sendiri nanti. 

3. Persediaan mental dan emosi. Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sesuatu yang baru. Jadi, sebaik-baiknya beritahu pada anak-anak anda bahawa mereka perlu tidur sendirian lebih awal dari jangka masa yang anda sasarkan. 

 4. Anda boleh melatih si kecil untuk tidur di biliknya pada siang hari. Temankan dia terlebih dulu dan bacakan buku cerita yang memberi manfaat kepada si kecil. Lakukan sekerap mungkin dan cara ini pasti dapat membantu membiasakan anak anda.

5. Ajak si kecil anda menghias bilik tidurnya. Pasti dia teruja apabila benda yang disukainya menghiasi ruang privasinya. Sebagai contoh, jika si hero sukakan kereta, terapkan elemen permotoran dalam bilik tidurnya. Begitulah sebaliknya.

6. Pastikan ada ruang bermain dalam bilik anak-anak dan pastikan hiasan bilik tidak terlalu sarat. Elakkan meletak barang-barang kaca yang mudah pecah. Ia berbahaya.

7. Bagi anda yang mempunyai lebih daripada seorang anak dan sama jantina, katil dua tingkat mungkin pilihan yang tepat untuk jangka masa panjang, terutama bagi kediaman yang mempunyai bilik yang terhad.

8. Andai katil bayinya dahulu boleh diubahsuai menjadi katil kanak-kanak, ini menandakan anda berhadapan dengan satu proses yang agak mudah. Anda boleh menunjukkan kepada si manja bahawa dirinya tidak ‘diusir’ daripada tempatnya yang lama.

9. Sejurus si manja anda berpindah ke biliknya sendiri, kekalkan rutin tidurnya dan biasakan si manja buang air kecil dahulu sebelum tidur. Anda tidak perlu mengubah waktu tidurnya kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada si manja nanti. Masalah lain yang mungkin timbul, anak anda mungkin boleh berasa terlalu ‘bersemangat’ sehingga dia sukar tidur.

10. Anda boleh melayani kerenah si manja yang pada awalnya mungkin akan terus bermain, keluar masuk bilik meminta segelas air, meminta anda membacakan buku untuknya, berulang alik ke tandas, minta ditemani. 

11. Cuba selidiki kenapa si manja anda suka tidur dengan anda? Mungkin si manja takut dengan kegelapan? Atau wujudnya rasa cemburu dalam diri mereka apabila si adik masih boleh lagi tidur dengan anda sedangkan dia tidak? 

 12. Berikan mereka benda yang boleh membuatkan si manja rasa selamat dengannya. Contohnya sebuah patung besar yang boleh membuatkan si manja rasa ‘berteman’ apabila tidur.

13. Sediakan pencahayaan yang bersesuaian untuk si manja. Kebanyakan kanak-kanak memang takut dengan kegelapan. Jadi belilah lampu-lampu ‘fancy’ khusus untuk si manja.

14. Latih anak-anak untuk mengemas bilik mereka sendiri. Walaupun lipatan selimut mereka tidak begitu kemas, biarkan dan beri mereka peluang untuk memperbaikinya.

15. Bersabar adalah kunci paling utama. Memang tidak mudah untuk mengajar si manja tidur sendirian di biliknya. Dan ia mungkin tidak akan berhasil hanya dengan satu malam.

16. Amalkan membaca doa sebelum tidur dan Surah 3 Qul. Latih anak-anak untuk turut membaca doa ini setiap kali sebelum masuk tidur. Insya-Allah doa ini akan meningkatkan keyakinan kita sendiri serta anak-anak bahawa Allah akan sentiasa melindungi mereka.

17. Jadi, pada peringkat awal peralihan ini ibu bapa memerlukan tahap kesabaran ekstra. Pimpin si manja ke bilik semula setiap kali dia keluar dari bilik tidurnya.

18. Dan yang terakhir, anda boleh menerapkan sistem ‘reward.’ Seperti beli ‘sticker’ atau pelekat bergambar dan lekatkan di papan khusus untuk menunjukkan berapa kali si manja tidur tepat pada waktunya dalam satu minggu.

sumber :FB

ia memang bukan sesuatu yg mudah .. tapi kita kena usaha .. sampai bila kan anak2 nak tidur ngan kita .. hurmmm kena cuba walau kita rasa sayang sgt2 kat dia .. pada akk bermula usia mereka 3 tahun , kita dah boleh jinak2 kan mereka tidur asing cth tidur asing tilam @ tidur dibawah sebelah katil kita .. than barulah asingkan didalam bilik mereka sendiri .. insyaallahh berjaya .. x percaya ?? cubalah !! .. ;))

30 comments:

  1. oooo.... start usia 3 tahun da bole la kan

    ReplyDelete
  2. salam Ieda.Ingat dulu anak pompuan k,atie masa mula2 pisah tpt tido...tghmlm dah trconggok kat sebelah kita.maunya xtrkejut.hikhik

    ReplyDelete
  3. assalam akak maaf lmbt sinngah blog akak..utk awaiting komen tuh akak
    amek setting then ke komen pastuh di scroll down then jmpa Comment Moderation ?
    then klik always.oke?

    ReplyDelete
  4. oooo....3 tahun dah leh pisah tidurnya dengan kita...
    Tapi sis nanti tgh malam dia meraung..cam ner..?

    ReplyDelete
  5. boleh try tips nih nanti,

    ReplyDelete
  6. Anak kakcik dah masuk sekolah menengah pun sesekali teringin nak tidur sebilik dengan kakcik. :)

    ReplyDelete
  7. Ammar sekarang ni mmg dah tidur bilik sendiri.. Alhamdulillah prosesnya mmg mudah. Dia dgn sendirinya nak tidur di bilik sendiri.

    ReplyDelete
  8. bagusla kak ieda info ni..anak jue pon akan masuk 3 thn bulan 11 ni..bolehla latih sikit2..tapi maybe slow²..die skrg dlm dunia baru..(masuk taska)..takut tergezut plak :)

    ReplyDelete
  9. Baru 3,mlm ank saya yg sulung tu tdur sendiri.. Mudahn melektlh.. Yg germ tu abhnya bgi muka.. Kita mati2 an berkeras mau ank tdur asing

    ReplyDelete
  10. bagus info ni kak ieda... mmg nak pisahkan budak berdua tu tidur dgn munna... skrg ni diaorg tidur kat bawah....

    ReplyDelete
  11. tips yang bagus ni kak ida. nti blh cuba :)

    zahrien tk puas lg bmanja dgn ibu ayah die tuuu kak... hehe

    ReplyDelete
  12. anak sy senang juga nak pisah tidur, mungkin sebab saya pisahkan awal kot...

    ReplyDelete
  13. good tips la kak.. sy pun tgh usaha nak asingkan aidil nih.. sokmo x berjaya.. huhu..

    ReplyDelete
  14. salam perkenalan..
    bagus tips ni,saya pun sedang fikir nak asingkan tempat tidur anak saya, sebab akan dapat adik tak lama lagi. Sebelu m ni saya memang plan nak letakkan dia tido di katil sebelah dulu sebelum pindahkan ke bilik lain sebab umur masih kecil lagi...risau ada ape2 wkatu mlm.

    ReplyDelete
  15. Tips yg berguna,kak Nurul pun skrg tgh berusaha nak pisahkan anak2 tido sekali dlm bilik.

    ReplyDelete
  16. ya kak sy pun ada masalah utk ini.
    tq share info nnt bolehlah sy praktikkan.

    tp kerjasama antara suami pun kena kuat.ni bila kita dah mental kuat berpisah tido dgn ank..bapak dia pulak yg over hmm dah tu bila nak mula? sabar jelah.

    ReplyDelete
  17. baca utk pengatahuan akan datang..hihihi

    ReplyDelete
  18. anak sy yg bongsu masih tidur ngan sy kak ieda walau dh 11 thn tu..bagi tidur kt bawah..penakut yg amat..camner nk tido sorang..kalau kakaknya balik dari asrama boleh la dia tidur ngan kakaknya..:)

    ReplyDelete
  19. saya buka sorang yang tidur sekali tapi 2 orang!banyak kali dah angkat dia tido bilik asing,dia boleh bangun tengah malam berjalan masuk bilik kami...tu yang 5 tahun..yang 2 tahun tu tak pelah lagi..

    ReplyDelete
  20. Thx for sharing kak...
    kena praktikkan ni...
    tapi Qis ni kalau tido masih nak nyusu ngan lily..dah nyenyak baru leh lepaskan...

    ReplyDelete
  21. nice article kak..mmg susah nak pisahkan anak2 dr tido dgn kita kan..dlm process gak nie..:-)

    ReplyDelete
  22. kagum ngan omputeh deme ni siap tggl time bb kecik lagi..thx kak for the infor sgt2 berguna nie

    ReplyDelete
  23. Blh la practice ni bile ank dh 3 thun..thanks..

    ReplyDelete
  24. js praktikkan anak2 ada katil sendiri tp still msh satu bilik...after 5 thn baru mrk tidur di bilik sendiri...jadi mrk dh biasa tidur sendiri wp duk satu bilik...jadi takde masalah time tidur di bilik sendiri...setkat ni mmg menjadi...hihi

    ReplyDelete
  25. kakaieda tips yg bagus ni nanti klu nk asingkan qalief boleh ikut tips tu..thanks tau akak :))

    ReplyDelete
  26. saya maira masa umur 3 tahun dh start dah...mula2 tu saya temankan dia masa nk tido..dah lena saya lari la masuk bilik..lama2 dah ok dia masuk sendiri jer bilik dia..masa minggu pertama mula2 teruk jgk..menangis terjerit bile dia sedar tgh mlm..dia takut..

    ReplyDelete
  27. Anak cr pulak...bila hubby cr ada rumah...sibuk nak tido gan abah dorang...bila tak ada mereka tidur berdua...boleh pulak huhuhu

    ReplyDelete
  28. kena cuba kan...lelama nanti baru dorang biasa

    ReplyDelete
  29. mula-mula rasa susah.. nanti bila dah biasa dia pun tak kisah dah.. ;)
    tips yang berguna bagi mereka yang sedang mencuba..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...