Monday, July 16, 2012

RUMAHTANGGA SEBAGAI UJIAN BUAT KITA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua



banyak sekali rumah tangga tidak seperti yang ditunjukkan oleh rasulullah saw kerana kurangnya iman di dada dan jauhnya kita dari ALLAH swt. kekadang kita bahagia tetapi banyaknya kita menderita.

rupanya wang ringgit dan harta kekayaan bukan makin mendekatkan diri kita dengan ALLAH malah menjauhkan. dunia yang kita kejar makin jauh lari tetapi kita tidak pernah puas hati dan sentiasa berkeluh kesah.

sentiasa mengejar dan terus mengejar, tanpa akan ada hentinya,.. rumah tangga bahagia, kasih sayang manusia hanya akan menjadi milik kita apabila kasih ALLAH terlebih dahulu kita miliki.

itulah yang kita kena fokus. atas ehsan dan rahmahNYA, ALLAH sedarkan antara kita dengan musibah dan derita agar kita nampak DIA, agar kita kembali kepadaNYA, agar doa kita kembali bermakna, agar kita kembali sujud kepadaNYA.

andai kita hidup dalam bahagia , suami baik, anak comel, ekonomi kukuh, kita mungkin terus lupa kepadaNYA. sujud kita sekali sekala, doa kita sambil lewa, sedeqah kita asal ada, kita sukar nak nampak ALLAH .

bermula segala masalah dan musibah kerana kejatuhan kekuatan dalaman dan kemusnahan kekuatan rohani kita. kekuatan rohani pula mudah jatuh kerana sifat buruk yang tinggi dalam diri kita. nafsu yang bermaharaja lela, yang kita tidak tekan dan kawal, paling cepat meruntuhkan rohani.


 apalagi jika kita ada hasad dan dengki, cemburu , amarah dan bagai,.. apabila rohani lemah, tubuh mudah sekali dimasuki gangguan makhluk dan gangguan makhluk yang berakar umbi membuatkan sifat buruk semakin tinggi dan kita tidak mampu bangun sendiri untuk nampak ALLAH. lalu, hidup kita tiada perubahan.

kita perlu hancurkan kekuatan gangguan, buang semua sifat buruk dan kena tekan nafsu serta meningkatkan kekuatan hubungan dengan RABB. maka insyaallah , hidup kita kembali bermakna walau apa jua ujian yang datang menimpa.

8 comments:

  1. betul...kebahagiaan pun sebenarnya ujian untuk kita..

    ReplyDelete
  2. setuju... rupanya rumahtangga dan perkahwinan ni bukan benda mudah... jd budak2 skrg, jangan nak galok sgtlah nak kawen muda2 kan kak..., sbb besar sgt makna 'Perkahwinan dan tanggungjawab' tu....

    ReplyDelete
  3. salam ieda.Zaman skrg org lbh bersikap materialistik(betui ka ejaannya..hihi)
    Duit dianggap sebagai 'raja'..tanpa duit tiada bahgia(?)
    Semoga harta yg kita ada..dianugerahkn oleh Allah..makin melipat gandakn amalan & ketaqwaan kita kepadaNYA.
    InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. betul tu..banyak yg tersirat di sebalik perkahwinan tu..moga kite same2 tabah dalam harungi alam perkahwinan ini..

    ReplyDelete
  5. semoga kita tabah dalam mengharungi kehidupan berumah tangga...memang banyak ujian tp diri kita sendiri kena bijak menanganinya

    ReplyDelete
  6. x semua mampu hadapi ujian dalam rumahtangga ni kan..

    ReplyDelete
  7. betul2...ujian yg diberi tak semua org dapat hadapi..

    ReplyDelete
  8. setuju kak ieda....nasib baik saya gan hubby tak pernah gaduh.....hidup berumahtangga memang banyak dugaan....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...