Tuesday, July 31, 2012

REZEKI ADA DI MANA - MANA ~ BANYAKKAN BERSABAR YE ABBY

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

akk sgt2 salute kat abby abadi nie .. apa yg dia lakukan adalah yg terbaik bagi diri dia .. bukan kita utk mempersoalkan .. masuk mana2 parti atau mengkikut mana2 parti juga adalah HAK masing2 .. tiada istilah paksaaan .. harap kita semua menyokong dia dalam apa jua yg dia lakukan .. nak2 dia skrg adalah ibu tunggal .. banyak cabaran dan tekanan yg akk rasakan dia terpaksa hadapi . Semoga dia lebih tenang utk menghadapi semua ini .. dugaan dan ujian dari allah jelas dan nyata lebih hebat bila kita lebih mahu mendekatkan diri kepadanya ...


KL, 31 JULAI 2012: Murai Batu tak tahu nak cakap macam mana bila dapat tahu bahawa kontrak pelakon Abby Abadi sebagai duta tudung syarikat Al-Humaira Comtemporary telah dibatalkan secara rasmi sejak 4 Julai lalu.

Pembatalan itu khabarnya telah dibuat sendiri pengasas Al-Humaira Contemporary, Hani Elia menerusi kenyataan yang dibuat menerusi akaun twitter peribadi milik Abby Abadi: "Sy terkilan, Sy berbisnes akak. Penglibatan akak dlm politik sedikit sebyk effect bisnes saya - @hanieliarousli (Al-Humaira Contemporary)".


Tapi, sekurang-kurangnya ia menjelaskan bahawa penglibatan Abby Abadi dalam bidang politik sememangnya ada memberikan sedikit kesan kepada bisnes Al-Humaira Contemporary.


Dari sudut apa? Adakah disebabkan dia ahli Pakatan Rakyat khususnya Pas? Murai Batu rasa tidak. Sebab Hani Elia langsung tidak menyebut pun tentang hal itu. Malah, rasa Murai Batulah yang sebenar-benarnya orang bukan marah pun Abby Abadi ni masuk Pas atau apa pun parti pembangkang yang lain.

petikan : murai 

akk suke dengan kata2 murai nie ... semoga menjadi renungan buat kita .. biarlah dia dgn hidup dia .. dia pilih pasti ada sebab dan pasti dia tahu dan sedar akan risikonya .. soo kita sebagai peminat jgnlah cepat melatah atas tindakan dia .. berilah sokongan sekurang2nya menyokong dia sebagai seorang IBU yg mencari nafkah buat anak2nyaaaaaa


Tak payah hendak gaduh atau hendak tunjuk siapa salah siapa betul. Sebenarnya tidak ada satu pun parti politik yang betul di muka bumi Tuhan ini. Tiada satu pun pemimpin yang betul. Rasulullah sendiri pun terpaksa memohon bantuan meminta petunjuk dan hidayah daripada Allah Swt bila berada di dalam keraguan. Jadi kita fikir-fikirlah. Apapun Murai Batu rasa gembira bila melihat Abby Abadi amat tenang berhadapan dengan dugaan yang melanda dirinya itu. Seperti yang ditulisnya dalam akaun peribadinya:

"Tentang kontrak 'Duta tudung' tu, takpe Sahabat2ku, rezeki dmana2. Sy trima itu mmg bkn rezeki Sy. Insyallah, ada je rezeki lain nnti".

Kemudian ada seseorang bernama Yusry menghantar tweet di akaun Abby Abadi.

@abby_abadi112 keep up Abby. If u interested I can offer you Muslimah Wedding Dress Photo Shooting Contract for my boutique. Will support U. Retweeted by abby abadi

petikan : murai 

25 comments:

  1. Sy selalu beli tudung kt alhumaira tu kak.. sy tahu butik tu pun dr instgram abby abadi gak .. :-)

    Apepun moga abby & alhumaira same2 maju walaupum dh x bersma lg...

    ReplyDelete
  2. kesian dia kan..xpe..betul tu..rezki ada di mana2..moga abby tabah hadapi apapun cabaran lepas ne..

    ReplyDelete
  3. Rezeki ada dimana2. Latest sue tgk td dah ada page" kami boikot butik al-humaira" klu x silap. X tau la part mn yg bleh menjejaskan butik dia. X dl suka dgn butik ni. But now dah rasa lain pulak.

    ReplyDelete
  4. saya tak nampak pun kat mana yang menjejaskan butik dia tu..sebab nya bukan orang tau pun abby tu pakai tudung dari butik mana..heheh..
    ke dia saja je nak publisiti murahan gitu..mungkin cara ni kot boleh buat butik dia dikenali ramai..dengan aniaya orang..
    kesian..

    ReplyDelete
  5. cam pilih kasih pulak ek.. bukankah negara kita ni demokrasi?

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah,rezeki tuk anak2 sentiasa ada.Semoga Abby tabah selalu..

    ReplyDelete
  7. cantiklah abby bertudung.. wah.. dpt offer wedding dress ;)

    ReplyDelete
  8. Betul tu kata abby tu, rezeki ada di mana2 :)

    ReplyDelete
  9. @diana ye D .. entah ape2 je butik tuu .. dah tuu kalau org2 pas tuu pakai jubah dan tudung fareeda tuu macam mana lakk .. tuu
    wardina tuu x der pon org duk sebuk2 tanye dia .. ok je .. huhuh

    ReplyDelete
  10. @kak tini (umialya) ye kak
    manusia suke judge org dan buat penilaian yg x betul .. hak di tangan masing2 kan huhh

    ReplyDelete
  11. @ibh_sue hoh ye ke sue .. hurmm tu lah .. tu yg benci bukak fb nie ..

    ReplyDelete
  12. salam kak,
    selamat berpuasa...

    Rezeki Allah yang tentukan...
    ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  13. tul rezeki ada di mn2...xplu rsau cz Allah y tntukan sglanya...

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Ida... sian Abby, takpe la Abby, mesti dpt byk offer tempat lain kan..kan... rezeki di mana2... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  15. Bumi Allah ni Luas.. rezeki ada di mana2..

    Jaga diri, tingkah laku, tutur kata dan semuanya.. bila dah berubah org sekeliling mengharapkan dia "sempurna" pdhal abby hanya manusia biasa yg tetap juga melakukan kesilapan.. sama seperti insan2 yg lain.. kita doakan yg terbaik utknya..

    ReplyDelete
  16. mmg l ahak tp wat pe nk kecoh2 ko masuk party mana ... diam2 dah la... undi adalah rahsia kan ....

    mmg la rezeki di mana2 tp kadang tu tindakan kita yg menyebabkan rezeki tu tak de .... hmmmmmm

    ReplyDelete
  17. insyaallah .. rezeki ade dimana² .. yg penting usaha

    ReplyDelete
  18. sian Abby ni kan. macam keliru identiti pun ada. perubahan mendadak yang menimbulkan kontroversi. cuba dia cakap macam ni mula-mula dia berhijrah dulu tu kan....

    apa-pun, percayalah pada Allah.

    ReplyDelete
  19. betul kata abby rezeki ada di mana2....

    ReplyDelete
  20. Cian Abby...xpe bumi Allah ni luas, xde rezeki kt ctu, ada la kat tempat lain, tu tgk da ada rezeki dtg, janji jgn demand je..

    ReplyDelete
  21. ..Usahlah takut kehilangan sesuatu rezeki..Kerana Allah telah menetapkan rezeki buat setiap umatnya..selagi gigih berusaha InsyaAllah tetap akan ada..

    ReplyDelete
  22. betul tu, jgn risau rezeki bukan sesiapa yg beri. Allah yang beri

    ReplyDelete
  23. Sekrg dah terukkan...isu politik pun boleh membuatkan kita hilang rezeki...tak suka...Kesian Abby...Itu hak dia untuk memilih parti apa yang dia nak sokong...

    ReplyDelete
  24. macam-macam hal la..emmm

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...