بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
haaa zaman sakit sewaktu haid dah lama berlalu dlm hidup akk .. x tahulah kalau ada diantara anda semua mengalami sakit sewaktu datang haid nie .. rasanya bila usia kita meningkat sakit tu semakin berkurangan dan adakalanya terus x ada kan .. hurmm akk memang x alami lagi sejak mengandungkan anak2 .. skrg lagilah .. tapi akk alami perubahan ketika nak dtg haid tuu .. its normal kan .. macam kuku panjang dan selera makan membuak2 .. haaa tu x lama lah tuu 2-3 ari lepas tuu dtglah haid ..
ok nie akk nak share daun bunga calendula .. haaa uolss pernah jumpe .. hurmm akk pun 1st time dgr daun bunga nie .. tapi bila tgk bunga macam pernah tgk dan biasa tgk kan kan kan .. ok2 daun bunga nie banyak kebaikan dia uolss .. memang setiap kejadian allah itu banyak kelebihan dia .. hanya kita rajin dan x rajin melihat dan mengkaji , daun bunga nie rupenya boleh melegakan sakit datang bulan utk wanita .. haaa bagus kan .. pada daun bunga pula tuu .. kalau zaman akk sapu minyak cap kapak aje .. settle .. ;)
Kelopak bunga herba Calendula dari spesies Calendula offi cinalis telah lama digunakan untuk tujuan perubatan semenjak kurun ke-12 lagi. Calendula adalah tumbuhan semula jadi di negara-negara Mediterranean tetapi kini turut ditanam sebagai tanaman hiasan di seluruh dunia. Walaupun ia turut dikenali dengan nama Pot Marigold tetapi ia tidak sama dengan pokok Marigold yang banyak ditanam di taman-taman.
Calendula merupakan tanaman yang tumbuh sepanjang tahun. Ia boleh membiak dalam hampir semua tanah tetapi ia biasanya boleh ditemui di Eropah, Barat Asia dan Amerika Syarikat. Ia tergolong dalam keluarga yang sama seperti daisy, chrysanthemum dan ragweed. Dahan pokoknya boleh membesar sehingga ketinggian 30 hingga 60 sentimeter.
Bunganya berkembang daripada awal musim bunga sehinggalah musim sejuk. Kelopak bunga berwarna oren-kekuningan bukan sahaja digunakan untuk tujuan perubatan tetapi boleh digunakan dalam masakan.
Calendula merupakan tanaman yang tumbuh sepanjang tahun. Ia boleh membiak dalam hampir semua tanah tetapi ia biasanya boleh ditemui di Eropah, Barat Asia dan Amerika Syarikat. Ia tergolong dalam keluarga yang sama seperti daisy, chrysanthemum dan ragweed. Dahan pokoknya boleh membesar sehingga ketinggian 30 hingga 60 sentimeter.
Bunganya berkembang daripada awal musim bunga sehinggalah musim sejuk. Kelopak bunga berwarna oren-kekuningan bukan sahaja digunakan untuk tujuan perubatan tetapi boleh digunakan dalam masakan.
pic google
Herba Calendula memiliki sejumlah fl avonoid, antioksidan berasaskan tumbuhan yang melindungi sel-sel daripada dirosakkan oleh molekul-molekul tidak stabil yang dikenali sebagai radikal bebas.
Melegakan Ulser
Dalam perubatan tradisional Calendula telah digunakan untuk merawat sakit perut dan ulser, melegakan kekejangan atau sakit perut akibat haid. Kandungan antikeradangan dan juga kesan spasmolitik (meredakan spasma otot licin).
Oleh sebab itulah ia memiliki kesan hebat untuk keradangan dan ulser-ulser kecil dalam mulut dan tekak. Calendula juga dikatakan turut digunakan untuk merangsang penghasilan hempedu, melegakan ulser gastrik dan mengatur masalah haid.
Kurangkan Kedutan
Pakar aromaterapi pula telah menggunakan minyak Calendula untuk penyembuhan kulit. Minyaknya diperoleh melalui cara pengekstrakan kelopak bunga bagi mendapatkan minyak. Minyak bunga Calendula ini juga digunakan untuk menyem buhkan kulit terbakar pada tahap pertama dan juga selaran matahari.
Krim yang dihasilkan daripada Calendula pula digunakan dalam industri kosmetik untuk tujuan mengurangkan kemunculan kedutan dan memberi hidrasi pada kulit. Mana kala titisan air yang dihasilkan daripada rebusan Calendula kadangkala digunakan untuk merawat jangkitan telinga kanak-kanak.
Walaupun terdapat kebaikan dan kegunaan Calendula, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
nie cerita bunga di timur barat dan amerika .. soo kalau di malaysia bunga nie payah nak jumpe ke ?? hurmmm rasanya kalau ada sure dah di xtrackan untuk di jadikan minuman kesihatan dan ubat2tan .. soo kena rajin2 lah cari .. setakat nie .. akk jumpe info ini sahaja .. kalau dah jumpe pasal supliment yg di buat dari daun bunga ini .. insyaallah akk share kan .. sure ramai diantara anak2 gadis diluar sana menginginkannya .. ;))
mudahan berguna untk mereka diluar sana... saya dulu kalau sakit tu saya buat senaman situp.. kalau ada tunggu saya akan guna tungku.. insyallah..
ReplyDeleteByk juga ya khasiat dr pokok bunga yg cantik nie....
ReplyDeletegood info kak :)
ReplyDeletefirst time kenal calendula ni kak ieda...
ReplyDeletefirst time tgk bunga ni, byk jugak khasiat dia kan
ReplyDeletehehe tina kuat workout kak, jadi alhamdulilah tak ada period paid
1st time dgr ni kak.. Tq info yg bagus kak..
ReplyDeletealhamdulillah sy tak pernah rasa period pain..melainkan sakit kepala sikit2 je.
ReplyDeletewah tips yag bagus ni.. x pernah tau sebelum ini tq share yek!
ReplyDeleteBagus nie ieda tapi kakak macam tak jelas bentuk daunnya. Bunganya cantik..
ReplyDeleteMemang kadang tak tahu kalau tak ada yg bagitahu/rajin membaca.
1st time wani dengar pokok ni...tq share kak...klu xshare wani pun xtau lagi :)
ReplyDeleteMMG TAK PERNAH SAKIT BILA DTG CIK P.... CUMA MOOD SEBELUM CIK P DTG SELALUNYA MOOD YG MALAS DAN GARANG... EN ABG MUNNA PAHAMLAH TU KALU MUNNA MARAH2 DAN MALAS NAK MEMASAK TANDANYA CIK P NAK DTG LAH TU
ReplyDeletetgk tajuk je dh x berani nak baca.. hehehe
ReplyDeleteQueen pun baru 1st time dengar dan tahu tntng kelebihan pokok nie.. tp skrg dah xde lg sakit perut sewaktu haid tu... kdg2 jela..
ReplyDeleteinfo yg bagus..dl ms bujang selalu sakit, pas bersalin tak dah..skrg pas bersalin arwah bb no 3 selama-lamanya tak de peroid dh coz uterus dah tak der :) alhamdulillah semua kuasa Allah
ReplyDeletehaaa saya mmg selalu sengugut bila period. thanks for the info akak! :)
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletepaling pun bertungku je. xpun baring, lepas tu hilanglah, tp mood? mmg angin bermacam2 kalau period mai, lebih2 lg kalau sengugut mai sama.haha
biasa tengok bungani boleh yerk.... berguna rupanyer...
ReplyDeleteByk juga ya khasiat dr pokok bunga nie ya....thanks info kak..
ReplyDeletemcm penah tengok bunga ni..tapi x sure sama ke tak..kot2 lebih kurang je rupa..hihi.. cantik bunga ni, mmg byk khasiat tersembunyi setiap ciptaanNya... :)
ReplyDeletebanyak juga khasiatnya pokok ni ya..tapi x pernah pulak sy tangok..pernah tengok tapi x perasan kot..hehe
ReplyDeletetak penah rasa senggugut ... sedar dah period je klu tak tanda dalam kalender..alhamdulillah Allah yg mudah je utk sy ...
ReplyDeletepestime dengar ni...dulu ada kena senggugut gak.tp sekarang ssh dah nak kena..
ReplyDelete