KUALA LUMPUR - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) meminta umat Islam makan hanya di premis yang mempamer logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (Main).

Setiausaha Agungnya, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata sikap ini akan memaksa pemilik premis, yang masih berdegil untuk memohon sijil halal Jakim atau Main, segera membuat permohonan serta tidak hanya memberi pelbagai alasan tidak berbuat demikian.

"Jika pengguna Islam sewenang-wenangnya mengunjungi premis makanan tanpa mengambil kira status halalnya, maka peniaga juga tidak melihat kepentingan untuk mereka mendapatkan pensijilan halal yang sah," katanya kepada Bernama hari ini.


Beliau berkata walaupun Jakim tidak mewajibkan semua premis makanan mendapatkan logo dan sijil halal, pengguna Islam perlu sentiasa mengambil tahu serta mengenali sijil halal yang benar-benar sah.



cth kedai HALAL di malaysia 
sumber : gugle

Laporan media hari ini menyebut masih ramai pengusaha restoran dan kedai makan gagal mempamer logo halal yang diiktiraf Jakim di premis masing-masing walaupun sudah diberi tempoh enam bulan untuk berbuat demikian. Menurut laporan itu, antara alasan pengusaha ialah kelewatan Jakim mengeluarkan sijil halal yang dipohon.

Setiausaha Agung Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Nahar Md Nor pula berkata, pengguna Islam perlu mengubah sikap sambil lewa dalam memilih premis makanan untuk menjamu selera.


Beliau berkata umat Islam seharusnya memilih tempat yang tidak meragukan dan sentiasa memberi kerjasama seperti membuat laporan serta aduan terhadap mana-mana premis yang menggunakan logo dan sijil halal yang tidak diiktiraf.


"Kita negara Islam, jadi tidak semua perlukan sijil halal, contohnya
restoran di kampung yang memang terbukti status halalnya kerana pada kebiasaannya, ia dikendalikan oleh warga tempatan beragama Islam.

"Yang menjadi keutamaan untuk mempamer logo dan sijil halal Jakim adalah kepada premis makanan yang meragukan serta sering menjadi kunjungan umum, terutama masyarakat Islam seperti restoran mamak," katanya.





sepenuhnya DISINI



berhati2 lah semua .. kerana jelas disini pihak JAKIM hanya meletakkan logo HALAL itu kepada restoran2 yg diragui status HALAL mereka , yg kebanyakannya di kunjungi oleh orang2 islam .... kalau akk memang akk akui x akan makan ditempat yg memang meragukan akk .. specially rest2 mewah nie .. takut .. dari takut baik x makan kan .. huhuh , dah makan jadi darah daging lak ..

perkara HALAL & HARAM x boleh diambil MUDAH oleh kita orang2 ISLAM