Monday, July 9, 2012

MERAWAT KESAN HITAM DI SIKU ~ lemon , sireh & minyak zaitun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

Memiliki kesan hitam pada pada bahagian siku dan lutut pasti merisaukan sesetengah individu yang mementingkan penampilan dan kecantikan tubuh badan. Pada dasarnya, pembentukan kesan hitam yang terdapat pada bahagian siku dan lutut ini berpunca daripada tekanan yang sering dilakukan oleh aktiviti harian seperti melutut dan mendagu.


Khasiat yang terkandung dalam buah lemon difahamkan mampu menghilangkan kesan hitam pada bahagian siku dan lutut. Caranya adalah :
  1. Ambil sebiji buah lemon dan belah kepada 2 bahagian.
  2. Ramas lemon pada bahagian siku dan lutut sebelah kanan. Setelah itu biarkan ia basah selama 10 minit.
  3. Lakukan perkara yang sama pada bahagian siku dan lutut sebelah kiri.
  4. Setelah itu, cuci bersih siku dan lutut dan sapu losyen untuk kulit.
  5. Ulangi langkah ini sehingga warna hitam hilang.
   

 
 Terdapat banyak khasiat yang boleh diamalkan dengan pengambilan daun sirih, antaranya adalah dapat merawat kesan hitam pada bahagian siku dan lutut. Caranya mudah sahaja iaitu :
  1. Ambil beberapa helai daun sirih.
  2. Sapukan dengan sedikit kapur dan minyak zaitun.
  3. Gosokkan pada bahagian siku dan lutut dalam beberapa minit.
  4. Amalkan setiap hari sehingga kesan hitam beransur hilang.


Vitamin E yang terkandung dalam minyak zaitun dikatakan mampu meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Sebab itulah minyak zaitun sesuai digunakan sebagai bahan merawat kesan hitam pada siku dan lutut. Caranya adalah dengan menyapu minyak zaitun tersebut pada bahagian yang hendak dirawat. 

Amalkannya dua minggu sekali dan anda akan merasai hasilnya.
Bagi individu yang ingin menghilangkan kesan hitam pada siku dan lutut, anda boleh mengamalkan tips ini sebagai petua penjagaan kulit seharian.


ps ; pagi2 nie akk ke hsp temankan hubby cuci luka .. nampak gayanya benang still x boleh buka kerana luka masih berdarah .. pelik juga bila x debekalkan ubat kuning .. so semalam dan mlm tadi abang pakai minyak gamat aje .. ok ke ??


25 comments:

  1. Salam ieda.Terima kasih atas pengkongsian petua ni..

    ReplyDelete
  2. petua org lama juga yg berhasil khen...senang!

    ReplyDelete
  3. Petua menarik..Thx for sharing kak..^^

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Ieda, terima kasih atas petua ni...

    kalo celah ketiak hitam leh tak wat rawatan camni kak? heeee~

    ReplyDelete
  5. eh lieya suke petua ni kak....sbb lieya ni kulit putih tapi kat situ tu gelap sikit....jenuh tenyeh ngan scrub...lepas ni lieya cube lemon lak la....stok lemon mmg ade jek kat umah ni sbb en laki suke minum lemonade heehehehe....

    ReplyDelete
  6. good info ! baru tahu nie . hikhik

    ReplyDelete
  7. bagus ada petua ni..

    ReplyDelete
  8. boleh try tips ni kak.. sylah antara yg ada mslh ni.. hihi

    ReplyDelete
  9. Eh.. baguslah ieda. Kakak tak tahu pun mudah sebenarnya..

    ReplyDelete
  10. petua yang bagus ni kak ieda :)

    ReplyDelete
  11. petua yang bagus ni...

    ReplyDelete
  12. kalau guna benda semula jadi mcm ni memang bagus..

    kalau luka sy sapu minyak gamat jugak kak..so far ok je..

    ReplyDelete
  13. hurm, memacam khasiat lemon ni rupanya yerk..

    erm, bukan kak ieda ke yang pesan kalu boleh elakkan sapu luka ngan minyak gamat... kalu cream x per, coz nanti kesan tu jadi hitam kan.. masz sekarang mmg guna cream gamat kalu kena luka, alhamdulillah bila baik, luka tu jadi elok, x der la hitam bekas tu.. sori kalu silap yerk..

    ReplyDelete
  14. salam sis...
    nice prtua tu....
    tapi dok kene amal seminggu baru ada kesan

    ReplyDelete
  15. oohh bagos klo rajin diamalkan nii ..tq kak! :)

    **hop hubby kak ieda cpt sembuh..

    ReplyDelete
  16. semoga hubby Kak Ieda cepat sembuh..

    ReplyDelete
  17. thanks share info nih...:)

    ReplyDelete
  18. gud info ni... sya ni mmg dah jrg baca majalah. Kebiasaannyakan petua2 mcm ni mmg byk dimajalah2kan... :)

    p/s: ok je kot sapu minyak gamat tu

    ReplyDelete
  19. tima kasihh2... nanti leh cuba buat kat umah :)

    ReplyDelete
  20. saya selalu pakai lemon senang dah mudah bukan untuk menghilangkan kesan hitam disiku....untuk membersihkan kuku pun boleh pakai lemon

    ReplyDelete
  21. petua nie memang bagus di amalkan...tq kak...share petua nie..

    ReplyDelete
  22. kena amalkan selalu la ni..

    bolehla kak..letak je gamat..

    ReplyDelete
  23. rajinkah saya? hmmm...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...