Friday, July 6, 2012

MARI BERPANTUN ~ BUAT ANDA SEMUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam semua

salam pagi jumaat yg indah , penghulu segala hari , terasa kedinginan sayu2 kicauan burung ... mengiringi perjalanan akk ke tempat kerja .. terasa keindahannya , syukur kerana masih mampu bernafas sehingga ke saat ini , menghala nafas lega diatas kurniaan allah tatkala menjelamnya pagi yg indah ini ... 

selamat sampai ke office jam 8.00 pagi nie .. yuk kita segar2 kan minda dipagi jumaat indah ini dengan pantun dibawah .. semoga hari2 kita berlalu dengan bahagianya .. aminnnn ;)


HARI JUMAAT, HARI MULIA

Mentari pagi sinarnya asli
Senja datang membuai rasa
Tunduk menghadap pada ilahi
Tugas kita sebagai hamba

Pokok ditebang tumbang serata
Puyuh bersarang mati kepanasan
Ikut nafsu badan binasa
Ikut akal terangi jalan

Hitam manggis putih isinya
Berbatu jauh bau cempedak
Berbuat baik sesama manusia
Janganlah kita tolak-menolak

Jangan dikeji pada si buta
Hatinya tajam umpama tinta
Apala guna panjang usia
Jika pahala ditandingi dosa

Gendang dipukul bertalu-talu
Pekak si gajah bertelinga batu
Buruk perbuatan disekati malu
Tuntutan agama diingati selalu


Nurkilan oleh azmuddin bin ismail


Kicau burung di pohon pala.
Tempat bermain di pohon kelapa;

Solat Jumaat berganda pahala.
Solat lain jangan dilupa. 



 ps : sok bermulanya cuti hujung minggu .. oh terasa lega .. hari nie dah ada rasa2 macam santai2 bekerja .. ekekek memang macam tu selalu kan .. ;)

15 comments:

  1. Tak pandailah nak berbalas pantun ni...

    ReplyDelete
  2. hebat juga ni!
    hari ini hari jumaat
    esok pula hari sabtu
    jangan leka walau sesaat
    tingkatkan amalan setiap waktu ....

    ReplyDelete
  3. pantun 2 kerat kite reti la sikit2 ;p

    anak kera memekak-mekak
    salam hari jumaat untuk akak :)

    kuikui
    :D

    ReplyDelete
  4. Sambil berjalan meraba-raba
    masih terjatuh di tanah rata
    bulan Ramadhan hampir tiba
    panjang umur berpuasalah kita

    ReplyDelete
  5. ai tak pandai berpantun ..hehehe

    ReplyDelete
  6. bermain pantun pula kak ieda pagi ni..:)

    ReplyDelete
  7. sya ni bab pantun mmg failed kak.. hehehe

    ReplyDelete
  8. siap ada pantun gitew...

    ReplyDelete
  9. dah tumpul skil berpantun ai.. ;)

    ReplyDelete
  10. alahaii sara failed lah bab2 membalas pantun ni kak..hehekk

    ReplyDelete
  11. amboi berpantun kita pagi ni ye kak

    ReplyDelete
  12. naik basikal pergi kerja
    letih mengayuh sakit pula kepala
    hari hari kak ieda pergi kerja
    esok cuti jadi surirumah pula....


    heheehhe

    ReplyDelete
  13. pandai berpantun akak...wani xpandai nak berbalas pantun ni hikhihik

    ReplyDelete
  14. saya tak pandai la kak..

    ReplyDelete
  15. sikit2 bolehlah...

    gunung daik bercabang tiga
    lidah manusia bercabang dua
    berbuat baik sesama kita
    semoga bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...