Friday, July 27, 2012

MAMAT SEPAH PERLU LEBIH BERHATI - HATI ~ zed zaidi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

akk suke dengan cara ZZ nie menegur artis .. dia memang bagus lahh terserlah kematangan dia ..  cayuk2 semoga SENIMAN lebih berjaya selepas ini .. adoyaiiiiiiii terlebey sudaaaaaaaaaa eekkeke


“Jangan salahkan Mamat. Bagi Zed dia adalah mangsa keadaan,” ujar pelakon serta Presiden Seniman, Zed Zaidi mengulas mengenai kontroversi  pelawak Mamat Sepah yang ditemplak ramai gara-gara menyebarkan foto kemalangan Zed Zaidi di laman sosial miliknya, baru-baru ini.

“Kesian dia, kita tak boleh nak salahkan dia. Bagi Zed, dia seorang yang prihatin. Zed sendiri tak rasa ralat sangat sebab benda ini dah banyak kali berlaku. Perkara ini bukan berlaku pada Zed saja malah sebelum ini pun arwah Bob Kuman, arwah Osman Kering, Dato’ Aziz Sattar dan Remy Ishak juga pernah menjadi mangsa zaman media baru ini.

“Cuma, di sini Zed ingin menegaskan, apa saja yang berlaku, tidak kira sama ada kemalangan, kematian atau sakit, kita perlulah dapatkan pengesahan yang sah dulu sebelum keluarkan sebarang kenyataan. Kalau boleh, hubungi Seniman terlebih dahulu untuk mendapatkan sebarang pengesahan,” ujar Zed ketika dihubungi sebentar tadi.

Ditanya mengenai tindakan Mamat memaki serta mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan di Twitter miliknya, Zed memberitahu, “Saya rasa apa yang berlaku menjadi satu tekanan untuk dia dan mungkin sebab itu dia bertindak sedemikian. Saya harap dia lebih bijak berkomunikasi dan lebih profesional selepas ini kerana sebagai artis, setiap gerak geri kita akan diperhatikan.”

Mengulas mengenai penutupan akaun laman sosial Mamat, Zed menjawab, “Itu terpulang kepada dia untuk menutup akaun kerana ia adalah hak masing-masing. Cuma nasihat saya, selepas ini, jika ada komen yang menyakitkan hati kita, jangan layan sebab nanti kita yang sakit hati.

“Nasihat saya, selepas ini kita kena lebih berhati-hati untuk bercakap dan bertanggungjawab dengan apa yang kita dah lakukan. Perkara ini bukan untuk Mamat saja tapi untuk semua orang,” ujar Zed mengakhiri perbualan.

petikan : gua


SELAMAT BERBUKA SEMUA

berbuka ape hari nie .. akk plan nak buat MEE KARI .. jom berbuka !!



18 comments:

  1. tak mudah melatah..
    sy pun suka ZZ ni..hihihi..

    ReplyDelete
  2. tahniah utk zz atas kelahiran baby

    ReplyDelete
  3. Dunia artis..lagu tu la...
    Hehehe..akk masak mee kari ya..sedapnya. kalau dekat dgn muka tak malu sue dtg tumpang berbuka..hihihiii

    ReplyDelete
  4. Suka jugak zz nie..tak cepat melatah...hihihi

    ReplyDelete
  5. salam..

    hehe..x berapa minat dgn zz ni..


    mee kari? besh3..

    ReplyDelete
  6. saya rasa dia ada tokoh. bagus lah.

    ReplyDelete
  7. kak, mintak semangkuk mee kari tu..
    sedapnya... heheh

    ReplyDelete
  8. As salam kak,

    Selamat berbuka! Kami baru je lepas bersahur utk hari ke 8 berpuasa insya'ALLAH... Masak mee kari...ngam jugak tu! :))

    ReplyDelete
  9. mee kari masih berbaki ke? nak semangkuk..

    ReplyDelete
  10. xde gmba ke mee kari tu kak?? huhu

    ReplyDelete
  11. kelakar betul la mamat nei,
    syok sgt nk sebar berita~

    ReplyDelete
  12. yang sibuk sebar pic org watpe..sebar la pic sndri

    ReplyDelete
  13. mamat...mamat...ari tu dia gak yg letak gambar fida tak pakai tudung (imej dari cermin kete tu)..mm

    ReplyDelete
  14. bagus ZZ ni. tak cpt melatah ye.

    ReplyDelete
  15. bagus zz xcpt melatah

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...