Wednesday, July 4, 2012

MAKANAN TERBAIK IBU DIDALAM PANTANG ~ bersalai @ berdiang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin , zaman akk dulu , akk berpantang 3 orang anak dengan mak dan nenek .. syukur nenek masih ada dan segar ingatan , soo banyak lah petua2 dlm berpantang nie yg dia kongsikan bersama akk dan ummi .. ;) bila tiba time makan .. setiap pagi wajib bagi akk minum air sepang kederang ( air rempah ratus akar kayu ) .. segelas .. sblm tuu wajib minum perahan kunyit dan telur ayam kampung , ambil kuning sahaja .. bancuh dgn madu .. perghhhhhhhh maung x yah cakap .. macam mana akk minumm ?? 

akk tutup idunggggg huwaaaaa .. memang masa mula2 nenek suh minum .. pergh nangis ! .. jgn x caya .. yelahh benda baru bagi akk .. bila dah minum , 2-3 kali tuu .. dah rasa ok .. akk minum sebanyak 10 pagi sahaja .. selebihnya akk minum air akar kayu aje ;) ...  ok2 .. kalau nak cerita xceli banyak yg akk nak share kan pengalaman akk tapi sikit2 lah ok .. kali nie akk share sikit petua2 dan amalan2 didalam berpantang dari sudut pemakanan yg lebih specific .. ;)

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. 

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.


Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. 

Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

sumber : tips kesihatan ibu


yg penting masa akk berpantang memang mak dan nenek jaga sgt2 .. x mahu terjadi apa2 yg x patut jadi kan .. cuma bab bersalai @ berdiang tuu .. akk x dpt nak buat masa kecikkan amanina .. sbb masa tuu ingat bila operation x leh berpanas2 nie .. sekali boleh lakk, bila tanya dr .. ok aje .. x menjadi masalah .. tu yg bila anak kedua dan ketiga , sakan akak bersalai ekekek .. dari jam 4 pagi sampai 7 pagi uuuuuuu ;) seronokkk sauna lah katakan ;) kecut batu moyan ! .. itu yg penting ;))

skrg masih ada ke berdiang @ bersalai nie ?? rasanya kalau di kg masih ada .. sbb x susah .. kayu tuu buat sendiri sahaja .. letak kayu api sahaja ;) kalau blogger kakcik , kak zakie dan orang2 lama sure tahu kan ;)




34 comments:

  1. ha... memang baguih sesangattu... kalau akakni berpantang ala kadarjer... jeles tau orang yang memang rajin menjaga kesihatan dalam pantang...

    ReplyDelete
  2. tq for sharing kak ieda!!...very nice info...berdiang tu msh ada lagi zaman sekarang cuma rasa nya bilangan tu blh dikira dgn jari ler.. :)

    ReplyDelete
  3. saya suke entri ni...sbb ada penjelasan dan fakta

    ReplyDelete
  4. good info...boleh simpan ni.

    ReplyDelete
  5. peerrgghhh yg maung tu yg tak tahan tuuuhh!!!

    ReplyDelete
  6. penah tgk mak sendiri berdiang / bersalai tu kak.. sy pun x merasa tu semua..

    ReplyDelete
  7. Wah...info yg sgt bagus utk saya ni...maklumlah dah 4 thn gap...tak ingat sgt pantang larang sume ni...hehe...TQ akak :)

    ReplyDelete
  8. kene simpan dalam pale terus ni kak...senang nnt....lg 6 bulan je..:)

    ReplyDelete
  9. bestnya akak ada berdiang, tina dulu takat bertangas je, pun berpeluh2 mcm apa je masa mula2 tu hehe

    tapi yg minum air akar kayu tu takdelah, sebab ambik jamu pil je, tapi makan minum mmg pantang sesangat =)

    ReplyDelete
  10. tak merasa pun semua tu ..just pantang mkn je kak ... kite tak de mak harapkan MIL je ... dah sihat sikit pantang sendiri je ...

    ReplyDelete
  11. kak ieda mak wani pun sangat2 jg pantang time wani berpantang dulu hihihi....bagus ni kak bagi info mcm ni...badan nk pakai lm jg betul2 la kan hihi

    ReplyDelete
  12. ADA PETUA PANTANG YG SY IKUT ADA YG TAK IKUT, TENGOK SESUAI KE TAK...

    ReplyDelete
  13. pantang ni bagus utk kesihatan kita..tp nak buat tu yg liat..

    ReplyDelete
  14. xpenah berpantang sbb tak kawen lg. hikhihk

    ReplyDelete
  15. kena bagitau mekjah n3 akak ni...

    ReplyDelete
  16. tp zaman skrg ni pantang pon sume dorg mkn kan kak.xmcm dulu.

    ReplyDelete
  17. sara ni liat ms dlm pantang, selalu mak bebel hehe...mak ckp kalo dedulu org bpantang jaga habis..berdian tu rasanya kt kg skrg pon jarang dh kak..

    ReplyDelete
  18. berdiang @ bersalai ni sama x dengan bertangas kak? adoii air kunyit ngan kuning telur pun mak sya buat tuk sya tau kak.. huhuhu bau mmg tak tertahan..

    ReplyDelete
  19. wowieeee..sgt22222 memberi info utk sy kak..mmg timing tepat..hihihi..

    ReplyDelete
  20. thanks kak. berguna nih. terus bookmarks. haha

    ReplyDelete
  21. nak kene suruh bakal bini L bace nih. huhu

    ReplyDelete
  22. ilmu yg berguna ni..

    untung ada mak dn nenek boleh jaga kita sebaik mungkin kan..sy dulu duk ngan mil..ushh malas nk citer la..sedih kalau ingat..

    dn sy xleh makan ikan selar kuning..sbb pernah makan terus turun darah

    ReplyDelete
  23. Kak Ieda, mak saya tau la kot.. hehehe.. saya nak pantang betul2 la kak.. leh slim kan..kan...huhu..

    ReplyDelete
  24. pengetahuan sebelum kawin lagik..hehehehe

    ReplyDelete
  25. kalau dkt trg, mmg ada salai2 ni kak.. saya kalu ikutkan nak buat gak.. tp tu la, dah duk perak ni cara dorg lain pulak...

    ReplyDelete
  26. time pantang munna mmg di jaga rapi oleh mak sebab pantang kat rumah mak....

    ReplyDelete
  27. tp skrg ramai yg cam dah tak ambil kisah pantang lepas bersalin kan kak..

    ReplyDelete
  28. bagus akak kongsi info ni..

    ReplyDelete
  29. nice info kakak...hihihi ina sesuai baca nie...

    ReplyDelete
  30. Ni lh resepi orng dulu2..bakal2 ibu slmt mencuba.

    ReplyDelete
  31. Ni lh resepi orng dulu2..bakal2 ibu slmt mencuba.

    ReplyDelete
  32. Thanks for u info...boleh sy memperbaiki dari apa yg kita telah lalu...

    ReplyDelete
  33. Saya masih mengamalkan bersalai..kecik2 dulu selalu tengok mak, dan semua mak saudara sblh mak bersalai,bertangas,sapu ubat periuk,berbengkung..jadi tertarik utk amalkan..sekarang sdg berpantang slps bersalin anak ke-5 dan teruskan bersalai..Alhamdulillah wpun mak ayah tinggal di kwsn perumahan tp ada tempat utk buat salai..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...