Monday, July 9, 2012

KOMEN ANNE ISU MASA LAMPAU ALIFF

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

hurmm pada akk lahh , memang suke dan sweet sgt2 pasangan nie .. tapi buat ANNE tunggulah dulu .. selami hati ALIFF betul2 .. berkawan dan cubalah menyesuaikan diri .. maklumlah aliff masih muda .. baru berusia 21 tahun .. ohhh mudenyaaaa .. berbanding anne yg dah memang matang jauh dari aliff .. sayang kalau mereka berkawin awal dan akhirnya bercerai .. org cakap biar kita fikir semasak2nya .. agar kita x menyesal dikemudian hari .. 

mgkin masa dan kematangan seseorang memberikan kita peluang utk menilai adakah dia benar2 layak buat kita dan membimbing kita .. rasanya anne sure tahu tanggungjawab aliff pasti lebih berat kerana sanggup menerima dia sebagai JANDA 2 anak .. dan sudah pasti ia bukanlah sesuatu yg mudah .. DIK , KALAU ADA JODOH X AKAN KEMANA ! .. percayalah pada QADA dan QADAR dlm kehidupan kita .. walau apa2 punn akk memang suke dgn mereka berdua nie .. ;))

KUALA LUMPUR, 6 JULAI 2012: Hubungan antara Anne Ngasri dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz bukan lagi rahsia. Ramai yang sudah tahu keintiman kedua selebriti ini dan khabarnya hubungan mereka mendapat restu kedua buah keluarga.

Jarak usia mereka bukan halangan bagi Anne kerana pada dirinya Aliff seorang yang jujur dan ikhlas. Bercakap pasal jodoh dan ikatan perkahwinan, Anne hanya berserah pada takdir. Yang penting adalah kebahagiaan yang dia dan anak lalui sekarang.

 

"Untuk lelaki dalam usia sebegitu, saya rasakan Aliff seorang yang jujur dan budiman. Anak-anak saya sangat selesa bersama dengannya dan perkara yang mengejutkan saya bila dia menggelarkan dirinya 'daddy'.

"Keserasian antara kami berdua dapat saya rasa tetapi diharapkan kami diberi ruang masa untuk mengatur apa yang terbaik untuk saya, Aliff dan juga anak-anak. "Perancangan kearah kebaikan itu ada cuma bagi saya tidak perlu terburu-buru kerana keluarga sudah mengetahui dan mereka juga membiarkan saya dan Aliff membuat keputusan sendiri,"jelas Anne mengenai hubungan cintanya bersama Aliff Aziz.

Ditanyakan tentang kisah silam Aliff Aziz yang pernah menggegarkan industri hiburan tempatan satu ketika dahulu kerana terlalu sosial, Anne tenang menjawab persoalan itu.

"Semua orang pernah melalui fasa sebagai remaja dan pada saya itu bukan alasan atau sebab untuk saya menghukum dia kerana kisah silamnya itu. Yang penting sekarang dia mula untuk belajar menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

"Saya dapat lihat dia kini semakin matang dan mulai memberi tumpuan pada kerjaya. Banyak perubahan yang dapat saya lihat dalam dirinya walaupun dia baru melangkah ke usia 21 tahun," ujarnya lagi yang memandang positif tentang hubungan dan jejaka yang bertakhta dihatinya itu.

Anne Ngasri ditemui di majlis pelancaran Bawal Exclusive bersama Swarovski Elements di sekitar Kuala Lumpur semalam dan usai majlis tamat dia berkejar ke lokasi penggamabaran Sepai yang menampilkan Aliff Aziz sebagai pasangannya dalam drama bersiri tersebut.



40 comments:

  1. hmm apa2 pun doakan yg terbaik utknya..dan jgn silap menilai...huhu

    ReplyDelete
  2. moga bahagia Anne..pikirla yg terbaik utk mase depan mu...

    ReplyDelete
  3. harap yang baik2 saja buat mereka... :)

    ReplyDelete
  4. Harapnya tidak terburu-buru. Jadikan pengalaman sebelum ini sebagai pengajaran.

    ReplyDelete
  5. betul cakap akak tu..kalau dah jodoh tak akan ke mana..

    ReplyDelete
  6. ambil masa dulu, dn belajar dari pengalamn yg dulu2! .. apapun dokan saja yg terbaik

    ReplyDelete
  7. semoga bahagia yer

    ReplyDelete
  8. 3 anak kak...huhu...kena kenal lama skit kut supaya baru keluar sikit sebanyak true colour nya orang kata

    ReplyDelete
  9. anak anne dah 3 kak, tapi saya harap biar dia fikir sebaiknya, time cinta memang best, tapi part tanggungjawab tu la kan..rasanya anne lebih faham..

    ReplyDelete
  10. kami doakan yg terbaek buat mereka. usia bukan penghalang kebahagiaan. isnyaallah :)

    ReplyDelete
  11. falsya pun suke tgk anne nga alif nie..;D

    ReplyDelete
  12. kurang suka gan aliff..sebab aliff nie playboy...Bagi pendapat saya Anne kena betul2 kenal hatibudi aliff nie...huhuhu

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Ieda

    moga mereka ada jodoh

    ReplyDelete
  14. sama2 doakan terbaik buat mereka

    ReplyDelete
  15. tah la ... muda2 lagi galak nk kawen pastu jd cam kes artis popular tu ... kawen laki muda asek lari dr rumah je ... hrrmmm suka hati la

    ReplyDelete
  16. Ada jodoh tak kemana..
    doakan yg terbaik buat meraka..

    ReplyDelete
  17. Kak ieda, Mintak tolong, try tukar link Aju kat blog Akak kepada yang baru ni

    http://ajumohit.com/feed

    Tengok entri terkini Aju update tak kat link baru tu? Tq kak ieda

    ReplyDelete
  18. Ape pn semoga bhagia anne dn ank2..

    ReplyDelete
  19. klu dh jodoh x ke manakan kak.. semoga mereka bahagia.. suke tgk anne.. comel sgt!

    ReplyDelete
  20. dorang mmg sweet :D

    anne tak nampak mcm dah ade anak,hihi

    betul tu kak, nak kawin ni kene pk masak2 T.T

    ReplyDelete
  21. sgt terlalu mude tuk seorg lelaki begelar suami ..

    x gune jgk kalau kawin cpt2 pehtu cerai .. bior ler seorg nk jd suami tu blaja dulu erti keluarga.. jgn nk pk sonok je

    ReplyDelete
  22. Yg penting persefahaman dlm perhubungan....InsyaAllah...

    ReplyDelete
  23. oh mereka berdua couple ke...baru tau..

    ReplyDelete
  24. bru 21 dak aliff ni rupenyee..huhu

    ReplyDelete
  25. YG PENTING JGNBERTINDAK TERBURU-BURU...

    ReplyDelete
  26. salam Ieda..betul tu,Ann kena pikir betul2.Kdg2 llaki muda ni tiada pertimbangan bila membuat keputusan...
    Semoga andai dia jodoh yg trbaek yg Allah aturkn utk Ann...
    Sama lah kita mendoakn kebahgiaan mereka..kekal hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  27. x tahu pulak diorg ni ber couple..

    ann dh anak 3 dh kan..emm boleh ker aliff nk pikul tanggungjawab tu..

    ReplyDelete
  28. hrp btullah penilaian dia tu.. tp utk dia yg beranak 3 mcm lg ssuai mncri lelaki yg lbh matang kot..pdpt sy jelah..hihi

    ReplyDelete
  29. sama cantik sama padan
    tpi ketara sgt aliff nmpk lg muda dari anne..huhu
    pape pun moga derang bahagia hgga ke syurga..amin

    ReplyDelete
  30. Tok!! Tok!! Tok!!
    Assalamualaikum!!
    {x jawab dosa} muahahahhaha
    Akak!! Akak!!
    Ina dtg sini..
    Miss u kak..
    Muahxxxx Muahxxxx!!
    {ntah apa meroyan ptg2 ni.. ;p}
    Neway, betul kata akak..
    Kalau jodoh x kemana..
    Kalau itu memang jodoh kita x siapa dpt menghalang..
    X akan cepat seminit x akan lambat walau sesaat.. ;D
    Kak!! X rindu ke bebelan mesra giler2 remaja adik mu ini?!! :P

    ReplyDelete
  31. adajodoh tak ke mana. huhuhu...

    ReplyDelete
  32. mula2 mcm tak percaya kisah dorang sbb aliff tu kan muda lagi kan.. tp apa2 pun bleh jadi..

    ReplyDelete
  33. Ni semua jodohlah...kalo tak bercinta tetiba jodoh pun ada jgk. Kkdg bercinta bagai nak rak...last2 tak kawen jgk. Semua tu jodoh lah.

    Tp sebagai manusia yg Allah berikan akal..kena laa pikir betoi2 utk membuat keputusan muktamat sbb kawen ni bkn perkara main2. Ia bagai mendirikan sebuah masjid.

    Masa bercinta semua indah...nmpak matang lah itu lah inilah. Tp bila dh kawen baru tau mcm mana diri pasangan kita yg sebenar...
    Kena bersedialah..

    ReplyDelete
  34. nape la artis skrg suke cari laki yg muda2 yea?? dh trend ke?? tpi kalo dh jodoh nk bt mcmana...

    ReplyDelete
  35. hope sampai ke jinjang pelamin dan bahagia lepas ni :)

    ReplyDelete
  36. a'aa aliff ni muda sgt kn.. br 21...

    ReplyDelete
  37. harap2 sangat anne dpt fikir masak2 slbm buat keputusan kawen lagi... moga Allah permudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  38. ermmm...muda bebenor la budak aliff ni..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...