Saturday, July 21, 2012

FADHILAT SAHUR DI DALAM PUASA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

sahur .. sahur .. sahur ... ekkekeke kalau di jakarta sana .. ketuk2 keleiling desa 2 kampung @ persekitaran perumahan menandakan masuknya waktu sahur .. seronok sgt2 suasana itu .. ramai2 berjalan sekeliling kampung mengajak kita bersahur .. alhamdulillah walau akk xpose , namun tetap bangun menemani family bersahur ... sudah pun jam 5 pagi .. selesai sahur kami dan hanya menanti azan subuh ... insyallahh semoga amanina & sabriena dapat bertahan kerana ini adalah puasa tahun ke 3 buat amanina & tahun ke 2 buat sabriena


Tak lain tak bukan, perbezaanya adalah dengan adanya makan sahur. Puasa mereka tanpa disertakan dengan makan sahur, manakala dalam Islam, kita hendaklah bangun bersahur. Sesungguhnya amalan bangun sahur inilah yang membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud: “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

# GALAKAN UNTUK BERSAHUR

Sahur maerupakan satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas ummat Islam. Anjuran bersahur ini dapat dilihat dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Hadis ini menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa, walaupun hanya dengan seteguk air.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW juga ada menyebut tentang kelebihan buat orang yang bersahur, (maksudnya): “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

# SUNAT MELEWATKAN SAHUR

Kita bukan sahaja disunatkan untuk bangun makan sahur, tapi kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur, kerana itulah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh). Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama Nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh). Zaid ditanya: “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadith yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir. Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi.

# KEPENTINGAN SARAPAN PAGI

Kajian menunjukkan makanan paling utama dlm masa 24 jam ialah sarapan pagi. BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yg tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis. Kajian sama juga menunjukkan, mereka yg sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yg jarang bersarapan pagi.

Hal ini menjadi lebih penting kpd kanak-kanak yg berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yg kecil. Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dlm darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan pd pelajaran. 

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudharatan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur juga dikira sebagai suatu ibadah kerana ia merupakan sunnah, dan waktu bersahur juga merupakan masa yang dipenuhi keberkatan.



pagi2 nie ...makan minum semua dlm keadaan lesu .. biasalah kan .. sib baik anak2 akk relax aje .. walau liat2 nak bangun .. tetap juga bangun macam biasa .. fadhilat bangun sahur tuu kena ada walau x banyak yg mereka makan .. tapi anak2 akk makan semacam .. ekeke macam org makan dinner aje .. adehhhhhhh .. x perlah ;)) , hurmm akk suh mereka makan kurma juga .. bagi kuat sikit perut tuu ..
awal2 lagi dah tanye , berbuka kul berapa ibu ???
hoh !!!! ;))



10 comments:

  1. Selamat berpuasa buat akak sekeluarga:)

    ReplyDelete
  2. awal pg lg akak suh anak2 mandi, bagi segar sikit nak bersahur..

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa ieda, budak2 mmg begitu kerenahnya. Anak akak tak lalu pula mkn pagi, kena paksa.
    Penting sekali kena mkn sikit, atau kurma sebiji dua.

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa kak..anak2 saya tadi kena kejut kul 5 pagi nasib baik la msg2 sng bangun..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ieda

    terima kasih
    ilmu kita kongsi bersama


    Selamat Menjalani Ibadah Puasa

    ReplyDelete
  6. @kak tini (umialya) oh anak2 saya takut sejuk kak .. ekeke tapi ok je lepas tuu mereka mandi ;)

    ReplyDelete
  7. @~~zana@pb~~ aah kak .. makan kurma .. anak2 saya sahur makan nasi .. lepas tuu saya suh makan kurma sebiji sorang .. kasi kuat sikit badan tuu ;)

    ReplyDelete
  8. @fieda ye ke .. ok lah tu .. anak2 akk pun akk kejut kul 5 , tapi akk bangun kul 4.30 walau x leh pose ekeke ;0 semangat sahur !

    ReplyDelete
  9. Ita bgun kul 4.40 msak untuk bdk2...ita minum air dgn kurma je...
    Takleh nk mkn nsi

    ReplyDelete
  10. selamat berpuasa kak..Tahun nie...anak sulong saya belajar puasa..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...