بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
alhamdulillahh .. dah niat puasa belum semua nie ?? akak baru balik dari surau , ada program baca yassin dan sembahyang sunnat nisfu syaaban .. syukurrr .. ramai yg hadir ... insyallahh juga akan berpuasa esok bersama ummi dan ayah akk .. semoga kita mendapat keberkatan di hari yg mulia ini .. aminnnnnn ;))
Pengharaman berpuasa tidaklah mutlak tetapi mempunyai PENGECUALIAN berikut:-
- puasa qadha`.
- puasa kaffarah.
- puasa nazar.
- puasa yang sudah menjadi wirid atau adat atau kebiasaan.
- puasa sunat yang disambungkan atau dihubungkan dengan hari di nisfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'ban.
Sumber:
http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2008/bil288-bhgakhir.pdf
http://jomfaham.blogspot.com/2009/08/puasa-selepas-nishfu.html
KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu bererti pertengahan. Nisfu Sya'ban bererti pertengahan bulan Sya'ban, iaitu 15 Sya'ban.
Nabi bersabda, "Allah swt melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)
Pada malam nisfu Sy’aban, ALLAH hanya akan mengampun dosa-dosa mereka yang benar-benar mentauhidkan-NYA dan tidak memiliki sifat tercela seperti suka bergaduh dan bermusuhan.
Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam nisfu Sya'ban.
Nabi bersabda, "Allah swt melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)
Pada malam nisfu Sy’aban, ALLAH hanya akan mengampun dosa-dosa mereka yang benar-benar mentauhidkan-NYA dan tidak memiliki sifat tercela seperti suka bergaduh dan bermusuhan.
Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam nisfu Sya'ban.
SELAMAT BERPUASA SEMUA
dan jgn lupa untuk ambil air sembahyang sblm tidur yaa ;))
jom ramai2 puasa!
ReplyDeletetq kak, tapi tulah yang mak saya bagitau jugak..kalau nak puasa qada' tu boleh..nak puasa sunat tu dah tak boleh kecuali dah memang jadik kebiasaan..salam nisfu syaaban kak..
ReplyDeletenasib baik puasa ganti boleh...masih baki sikit lagi ni :)
ReplyDeletetq berkongsi...saya tak hbs lg puasa ganti nih,,, huhu..insyaallah..sempat..
ReplyDeletethanks for the info kak~ puasa jgn tak puasa ^_^
ReplyDeletethanks for your info..bagus sgt sgt..
ReplyDeleteakak ni memang sekarang asyik duk niat puasa khada' je..sebab tahu dulu2 memang puasa bnyk lagi tak berganti..yg khada' pun berlambak mcm mana nak buat yg sunat ye dak? :)
ye lah dulu zaman tak pandai so sekarang dah tahu sikit2 dan ada kwn2 yg bgtau so insaf lah dah
anyway thanks dik :)
ntah dia dh ganti ke blm puasa.. dulu dia srh ejulz ingtkan dia..
ReplyDeleteSalam perkenalan,
ReplyDeleteDi sini saya berkongsi tentang masalah yang diluahkan iaitu macamana nak berpuasa sunat sedangkan puasa wajib pun masih berlambak.Tak apa bila kita puasa qada pun secara automatik dapat pahala sunat kerana berpuasa dalam bulan atau hari yang disunatkan.Sebagai contohnya berpuasa pada hari isnin dan khamis,bulan2 rejab ,syaaban dsbnya.
sekian terima kasih
insya Allah puasa jugak. harap harap dapat bertahan la sbb meeting sepjg hari hr ni. letih otak..
ReplyDeleteTQ kak sbb menamah ilmu pd kami yg tak serba serbi tau ni ... pengkongsian ilmu cam ni mmg bagus
ReplyDeleteterima kasih kak berkongsi ilmu..
ReplyDeletesdang berpuasa ni tp mcm ada yg kena buka plak jap lg... aduiii sedih betul la...
ReplyDeleteharap berganti cuti yang perlu diganti ^^
ReplyDeleteBila nak ganti nie...CR belum berganti lagi...Besoklah hihihi
ReplyDelete