Wednesday, July 25, 2012

JOHAN TWITT CINTA BUAT NABILA HUDA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

huuhu semalam memang x der mood nak update .. entah lahhh bukan malas .. tapi banyak situasi x kena semalam di pejabat .. letih , lesu , x bermaya .. macam2 lagilah .. sooo akk tinggalkan blog dengan entry catriona tuu sbb suke tgk bb dia .. dan dia yg semakin cantik tuu ..

semalam malam punn lepas balik terawih .. mood konon2 nak tgk blog lah kan .. sekali internet umah akk buat hal lah pulak .. semua bahagian x leh nak respons .. semua kuar server not found ! .. perghhhhhhh menguji betul ... last2 tutup komp .. senang citer .. sakit ati pun ye jugak kannn ..

ok2 .. malas nak cerita pasal mood semalam .. pagi nie .. mood is getting better !!! .. nak2 baca kisah ABIL & BOTAK nie .. waaaaaaaaaaa mereka bercinta ye ... alhamdulillah .. x da kata nak dikatakan oleh akk .. semoga perhubungan mereka ini baik2 sahaja .. dan yg penting harap2 kedatangan ramadhan ini memberikan keberkatan buat mereka berdua .. dannnn harap2 ABIL akan berubah dan akan menjadi lebih matang dan kalau boleh janganlahhhh CEKCI-CEKCI sgt kan kan kan ;))


PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari menjelaskan luahan hati yang dibuat dalam Twitter miliknya pada 20 Julai lalu adalah sememangnya ditujukan kepada aktres Nabila Huda.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 26, berkata, luahan yang mempunyai unsur-unsur cinta dan sayang itu adalah menggambarkan hubungan akrabnya dengan wanita berkenaan buat masa ini.

"Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain."Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih.

"Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, petang Selasa.



Tambah Johan, dia meletakkan ungkapan cinta itu sebagai satu perasaan yang besar untuk dilalui bagi sesebuah pasangan dan lebih suka sekiranya perasaan cinta antaranya dan Nabila mula terbit apabila kedua-dua mereka berkahwin.

"Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak."Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah.

"Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung," tuturnya yang meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usia 28 tahun.
Dalam pada itu, walaupun ramai yang mempersoalkan keberaniannya meletakkan entri tersebut, Johan tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu kerana ia adalah salah satu tanda penghargaan kepada Nabila yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.

sumber : mstar

kira romantik jugak si johan nie .. siap twitt2 ayat cinta lagi di twitter .. hurmmm x takut hilang peminat wanita ke ?? .. harap2 peminat dpt menerima kenyataan ekekek .. sbb dia dulu pernah ceritakan ciri2 wanita pilihan dia pada pemberita ... haaaa agaknya abil nie adalah salah seorang wanita pilihan yang menepati citarasa dia dokkkk  ;)) apa2 punnn semoga berbahagia ... 


19 comments:

  1. kita doakan yg terbaik buat mereka

    ReplyDelete
  2. romantik jugak johan ni :-)

    ReplyDelete
  3. semoga diorang bahagia lah hihi

    ReplyDelete
  4. cocok n padan dowang berdua ni...

    ReplyDelete
  5. semoga mereka berdua kekal bahagia kan..kan ;)

    ReplyDelete
  6. dia ni memang pandai bercakap..mulut manis...sapa2 dengar pun sejuk je cuping telinga nih...eheheh

    ReplyDelete
  7. artis ni kan, suka nak sembunyi kan? hehehe...cakap je lah kalau bercinta haha

    ReplyDelete
  8. kita doakan yg baik2 jerlah...=)

    ReplyDelete
  9. Sungguh kakak tak sangka
    ini dikatakan cempedak menjadi nangka

    ReplyDelete
  10. kita doakan yg baik2 saja...

    ReplyDelete
  11. muga mereka kekal bahagia dan bersatu...


    p/s : pasal akak tanya letak banner tu..ada kod banner tu kan kak..amik tu dan paste dkt HTML/Javascript dkt page element..yg selalu kita guna tuk letak kod2 tu..kalau untuk diletakkan kat entry,letak dibhgia HTML.

    ReplyDelete
  12. sweet je johan ni..huhu

    ReplyDelete
  13. semoga ada jodoh mereka :)

    ReplyDelete
  14. dua2 pun kurang minat...apa2pun asalkan derang bahagia...jgn kuar cerita yg tak besh sudaaaa

    ReplyDelete
  15. sesuai la dorang ni...

    ReplyDelete
  16. Doakan yg terbaik...kalau jodoh tak ke mana..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...