Sunday, July 1, 2012

JIKA ITU TERBAIK BUAT HAIRIE OTHMAN ~ SERTAI PAS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

bab2 pandangan dan pendirian seseorang nie adalah diluar kuasa kita utk menyangkal atau mendesak .. semua terpulang kepada individu itu sendiri .. sebagaimana yg kita lihat AMY search juga ada menyatakan pendirian beliau menyertai UMNO .. terpulang kepada setiap individu itu jika itu pilihan dia .. kerana hak mengundi dan menyokong adalah hak individu itu sendiri .. tiada paksaan .. janji kita dpt berbakti kepada rakyat , membuat dan menilai sesuatu yg difikiran elok untuk kepentingan semua ..

Demi PAS, Hairie Othman Lupakan Lakonan


Hero filem 'Leftenan Adnan', Hairie Othman, mengakui yang dia kini sudah meninggalkan dunia lakonan semenjak menyertai parti politik pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, PAS. Jelas Hairie, kali terakhir dia terlibat dengan pengambaran drama ialah pada Januari lalu iaitu untuk drama Waris yang kini sedang ditayangkan di TV3.

"Selepas ramai yang tahu tentang penyertaan saya di dalam PAS, saya langsung tidak menerima sebarang tawaran berlakon. Tapi saya tidak kisah kerana sekarang ini saya sibuk dengan aktiviti ceramah yang dianjurkan oleh PAS. Malah, saya juga tidak rasa menyesal atau terkilan meninggalkan kerjaya lakonan yang sudah 20 tahun saya ceburi. Sudah sampai masanya saya berubah. saya mahu menjadi insan yang lebih baik. Ini adalah perjuangan saya," ujar Hairie yang ditemui selepas majlis forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor Atau Kerana Prinsip, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada Khamis.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 41 tahun ini juga mengakui pendapatannya sebagai penceramah PAS tidaklah semewah bayaran yang diterima sebagai pelakon. Namun, perkara itu tidak menjadi halangan kepadanya yakin rezekinya berada di tangan Allah bukan daripada pihak lain.

"Waktu mula-mula hendak sertai PAS, memang ramai kawan-kawan yang ingatkan  bahawa keputusan saya itu mungkin membuatkan saya berhadapan dengan masalah tiada tawaran kerja. Tapi saya percaya rezeki itu di tangan Allah. Memang sekarang saya sudah tidak berlakon, tetapi saya dapat peluang lain iaitu berceramah. Alhamdulillah, program ceramah saya sudah penuh sehingga bulan Ramadhan ini. Kalau tidak, susah juga saya hendak sara kehidupan sekeluarga" ujar Hairie lagi.

Sementara itu, lelaki ini turut menbidas pendapat sesetengah pihak yang mengatakan golongan artis ini dipergunakan untuk meraih sokongan masyarakat kepada sesebuah parti politik. Bagaimanapun tidak menyangkalkan kehadiran artis dalam sesebuah ceramah atu program politik boleh menarik kehadiran masyarakat lebih ramai.

"Saya tidak setuju kalau ada yang mengatakan golongan artis dipergunakan. Ini kerana kalau dipergunakan ia bermakna seseorang artis itu tidak bersetuju atau dipaksa untuk menyertai sesebuah parti. Tetapi kalau dia lakukan secara sukarela, bukanlah dipergunakan. Macam saya sendiri, saya rela PAS menggunakan khidmat saya untuk menarik lebih ramai pengundi atau untuk tujuan berkempen," ujar Hairie.

petikan  : Gua.com


 apa2 pun semuanya terpulang kepada kita untuk menilai .. pada akk semua parti itu adalah baik dan bagus cuma kita harus membuat penilaian terhadap pemimpin & pemerintahan itu sendiri .. itu sahaja .. yg lain2 tepuk dada tanya selera ..

buat hairie ... benar ... rezeki ada dimana2 .. semua ini datangnya dari allah , bila2 masa dia nak beri dan nak tarik balik itu ditanggannya .. kita hanya merancang dan berusaha utk mendapatkannya .. selebihnya berdoa dan terus berdoa agar rezeki yg kita cari mendapat keberkatan darinya .. ;) apa2 punn akk minat dia !!!

 

10 comments:

  1. betul tu, tepuk dada tanya selera

    ReplyDelete
  2. nsemnya hairi nihh..manis sahaja..

    ReplyDelete
  3. sy pun suka dia...hihi

    ReplyDelete
  4. Yang Baik Itu Datang dari DIA..

    ReplyDelete
  5. Pasal politik...tiada tawaran berlakon...kesiannnya...Sabar jerlah..

    ReplyDelete
  6. @Che Rosliza Che mat sedih kan .. hakikat masyarakat skrg nie ..
    apa salah org nak sertai apa2 pun , yg penting dia nak cari nafkah , berlakon pun bukannye nak pakai baju parti politik yg kita sertai .. huhuh betapa kolotnya pendirian org skrg ! .. erghhhhhhhhh

    ReplyDelete
  7. @Ena ye ena .. percaya rezeki dan segalanya di tangan tuhan .. insyaallah ;)

    ReplyDelete
  8. hak individu tuh kalau harie rasa itu yg terbaik buat dia hihihi...rezeki Allah S.W.T yg tentukan...janji sentiasa berusaha :)

    ReplyDelete
  9. itu hak dia sbg rakyat.. terpulang pd dia nk sertai siapa2 pun... sya ok jer.. hehehe

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...