Friday, July 6, 2012

IBU DERA ANAK KEMBALI KE PANGKAL JALAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

pagi2 nie tadi baca kisah ibu muda yg pernah mengemparkan kita dengan video yg dimuat turun di UTUBE berkenaan penderaan kepada bayinya yg baru berusia 10 bulan ketika itu .. dia dah kembali INSAF ! ... oh yaaa .. haa sbb dia baru kuar penjara 2-3 hari lepas .. aduhhhhh geram pun ada kan .. macam x leh terima kenyataan apa yg dia lakukan .. hurmmmmmmmmmmm

RINDU...Ika melihat gambar anaknya ketika ditemu ramah wartawan Harian Metro. Gambar kecil, laporan Harian Metro 10 Mei lalu.


KUALA LUMPUR: “Saya terima hukuman ini (penjara) dengan ikhlas. Malah, kalau lebih berat pun tidak mengapa sebab sedar saya pernah menyeksa anak.

“Bagaimanapun, saya berharap satu hari nanti dapat bertemu semula anak dan menjaga dia seperti dulu...saya tidak mahu dia tinggal dengan orang lain dan biar kami melalui susah senang bersama,” kata Ika (bukan nama sebenar), wanita yang pernah menggemparkan negara apabila klip video penderaan bayi perempuannya berusia 10 bulan dimuat naik ke laman YouTube, Mei lalu.

Ibu muda yang baru dibebaskan dari Penjara Kajang, beberapa hari lalu selepas setahun di sana, mengakui insaf dengan perbuatan kejam yang pernah dilakukan dan berazam lebih menyayangi anaknya pada masa akan datang.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku tahun lalu, Ika berkata, dia tidak pernah menyakiti bayinya sebegitu teruk kerana sedar ibunya berpesan supaya dia menjaga zuriatnya sebaik mungkin.

“Pada hari kejadian, saya dan anak dihalau dari rumah oleh kenalan yang menumpangkan kami berdua, bekas teman lelaki pula menghantar pelbagai mesej (SMS) menyakitkan hati.

 dia dah insaf erkkk ?? x percaya .. walau kenyataannyee adalah benar .. namun jauh disudut hati akk .. akk x benarkan bb dia dijaga oleh dia .. harap2 ibu angkat bb tu teruslah menjaga bb tuu .. biarlah dia mencari kehidupan baru dan mulakan dengan wajah baru .. rasanya ok kann , lagipun dia masih muda .. biarlah bb yg pernah dia dera tuu duduk dgn ibu angkat yg baru itu .. lebih SELAMAT untuk masa depan dia

akk takut sangat kalau2 dia meroyan lagi .. huhuhu sian kat bb tuu .. agaknye bb tu dah besar dan dah boleh jalani hidup ngan baik kan .. kalau ibu nie nak jumpe anak dia .. jumpe jelah .. kenapa nak ambil pula .. memanglah hak dia tapi fikirkanlahhh utk masa depan anak itu ..skrg pun ibu muda nie x nampak masa depan yg boleh dia berikan kepada anak kecil dia tuu .. so ???
 


28 comments:

  1. kita doakan moga dia berubah ke arah kebaikan.. tentang anak tu, biarlah antara dia dan keluarga angkat tu..

    ReplyDelete
  2. bgs la kalau die dh insaf kan kak..ape perasaan die kan bile die tgk balik video tuh..

    ReplyDelete
  3. apa alasan dye dera anak dye tu?

    ReplyDelete
  4. rara: dia kata tension. sy pon rasa sama macam penulis cakapkan tu. mungkin ada baiknya bb tu trus dijaga oleh ibu angkat dia sebab kita takkan tahu ape yg akan jadi in the future... mungkin kejadian tu berulang kembali..who knows kan?

    http://skuterlady.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Alasan sbb tertekan smpi boleh dia dera anak sndri? Bistuh ... kalo lepas2 nih dia tensen lagik cemana? tak ke anak dia jadik mangsa jugak nnt? Haraplah dia berubah ....

    ehmmm ... takut pisang berbuah 2x jek ... :(

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...:) doakan yg terbaik buatnya...aminnn

    ReplyDelete
  7. ya...jangan bagi dia jaga lagi baby tu...sekarang ni baby tu tengah bahagia dengan keluarga baru...bukan mahu menilai...tetapi tekanan yang diterima tidak sehebat manapun sehingga dia sanggup untuk memukul anaknya sebegitu...ibu apa macam tu? patut dilindungi bukan disakiti...nasib baik baby tu panjang umur lagi...nak jumpa pun bila dah besor panjang lah...i dont think she's ready just yet...

    ReplyDelete
  8. semoga dia benar benar insaf dan berubah...

    tp rasanya bb dia biarlah keluarga agkt tuh jge....btul ckp akak tuh mn tau kot kot angin kus kus dia dtg xpsl2 jd lg...

    ReplyDelete
  9. err sy perasan kak ieda yg emosi dlm citer ni...hikhikhik jgn mara haa...

    ReplyDelete
  10. saya setuju dengan akak...belajar kawal emosi dulu...kesian pd anak kecil yg taktau apa2..bila emosi dn hidup dh stabil bolehla difikirkan..mak mana yg tak syg anak..

    ReplyDelete
  11. takut perubahan yg hanya seketika... knplah ada ibu yg mcm ni.. erm..

    ReplyDelete
  12. kunjungan silaturahmi sambil follow 1819...
    sudilah kiranya follow kembali sahabatku

    ditunggu follow balik
    terima kasih sebelumnya...

    ReplyDelete
  13. risau jugak takut berulang kejadiaan yg samakan...apapun semoga peristiwa ni mjadi pengajaran untuk diri dia dan kita semua...

    ReplyDelete
  14. owh, dah kuar penjara erk... x yah la ambik bb tu, takut nanti pisang berbuah dua kali plak..

    ReplyDelete
  15. sy xmaafkan si pompuan nie...jgn bg dia jg baby dia tu..

    salam kak...akak sihat?lama xjgk cni n drop komen...rindu akak n anak2...

    ReplyDelete
  16. Hmm..mungkin dia meroyan kot..tapi biarlah baby tu dgn keluarga angkat dia..

    ReplyDelete
  17. binatang pn sayangkan anak..ini kan dia kak ieda.. apa yg dia buat dlm video tu salah..tapi dia pn manusia biasa x sempurna.. jd pengajaran jg utk kita semua tau..

    ReplyDelete
  18. kalau dia dh berubah alhamdulillah la...tp minta jgn la ambik blk anak tu kalau kehidupan anak tu dah baik dgn keluarga angkat dia...tkt juga nanti mai meroyan dia jd pulak kan susah tu

    ReplyDelete
  19. Harapnya betullah dah insaf tapi sebaiknya biarlah anak yg dulu didera dibela terus keluarga angkatnya. Takut kakak sekali dia dendam "engkau punya pasal aku kena penjara setahun" huh... harap-harap taklah..

    ReplyDelete
  20. Betul tu kak, dia dah penah buat ANAK SENDIRI macam tu, tak mustahil akan buat sekali lagi..

    Takut memikirkan... huhuuu

    ReplyDelete
  21. ibu jahat ... even ade masalah pun kite taks anggup nk pukul anak tanpa sebab.... kejam

    ReplyDelete
  22. rata2 dari kita sering meletakkan kesalahan pd ibu...mana BAPAK yg menghamilkan ibu ini..jika dia pun sama2 mahu bertanggungjawab..siibu tidak akan sampai begitu tertekan sehingga sanggup melakukan anaknya sedemikian..salah laku siibu mmg tidak dapat dinafikan..sampai bila2 pun sukar kita percaya dia akan berubah...namun memberikannya 1 peluang kan tidak salah....Sekadar pendapat....

    ReplyDelete
  23. salam sis,,,
    saya follow blog sis dan...
    saya simpan link sis dalam blog saya...
    maaf tanpa keizinan nie....

    ReplyDelete
  24. semoga dia berubah hendaknya.. amin..

    ReplyDelete
  25. migrain saya terus...hehehe waras rupanya dia nihh

    ReplyDelete
  26. adoii...ngeri bile teringat balik video tu..

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah kalu dah insaf.... xblh ingat psl video tu... sedih sungguh rasa...

    ReplyDelete
  28. kalau datang meroyan dia mesti dera lagi huhuhu...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...