Sunday, July 15, 2012

EZANI SUKE BERSEDERHANA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua 

ha ada yg masih kenal ngan Dr Ezani nie ?? juara masterchef malaysia pertama kan .. hurmm alhamdulillah , skrg dia dah bertambah berjaya .. suke tgk dia .. dia sgt2 bersederhana orangnyee ... akk suke tgk rancangan Soal Wanita tu disebabkan ada dia lah .. boleh dikatakan x pernah miss tau .. dan rancangan tuu pun banyak pengisian yg bagus .. ;)


KUALA LUMPUR: Juara MasterChef Malaysia musim pertama, Dr Ezani Farhana Md Monoto tidak menganggap dirinya seorang selebriti kerana dia lebih selesa menjalani kehidupan yang ringkas dan bersederhana.

Ezani, 26, berkata, status selebriti yang digalasnya sejak tujuh bulan lalu tidak membawa perubahan besar atau drastik kerana dia memilih untuk tidak terlalu menonjol atau popular secara tergesa-gesa.“Saya memilih untuk menjalani kehidupan yang ringkas dan sederhana. Publisiti dan glamor bukan sesuatu yang saya cari. Secara kebetulan, selepas memenangi pertandingan MasterChef Malaysia, sekaligus saya menjadi selebriti.

“Sebab itu saya tidak mahu terlalu menonjol atau mencari populariti dengan terburu-buru. Biarlah semuanya berlaku secara semula jadi,” katanya ketika ditemui mStar Online.Namun, graduan pergigian dariUniversiti Adelaide, Australia ini berkata, itu tidak bermakna dia mahu mempersia-siakan kepercayaan dan peluang yang diberikan pihak Astro sepanjang mengikat kontrak pengurusan bakat dengan organisasi itu selama tiga tahun ini.

“Saya bersyukur dengan pelbagai peluang yang saya terima. Banyak perkara baru yang saya pelajari dan ceburi yang menyeronokkan.“Cuma saya masih kekok dan tidak tahu untuk menonjolkan diri kepada khalayak. Bagi saya, biar ia berlaku dengan sendiri menerusi kerja yang saya lakukan,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya, Ezani berkata dia kini aktif bergelar hos di samping Noor Laila Aniza dan Amie Sofia bagi program bual bicara Soal Wanita pada setiap malam Sabtu pukul 8.30 malam di TV AlHijrah.

sumber : mstar

suke dgn kesederhanaan beliau , individu macam nielah yg patut menjadi idola 
anak2 remaja kita skrg ! 
OH YA TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN2 BLOG YG MEMBERIKAN UCAPAN SEMPENA ANNIVERSARY AKK SEMALAM .. SGT2 TERHARU .. SEMOGA ALLAH MEMAKBULKAN DOA2 KALIAN .. AMINNNNNNNN ;)
 


18 comments:

  1. ek.. akak ader ucap ke blum?

    Selamat ulangtahun perkahwinan..mg bahagia & kekal buat selama2nya

    ReplyDelete
  2. salam Ieda...cantik Ezani nikan>
    Happy anniversary tuk ieda.Semoga bahgia hingga ke akhir hayat.Aminnn

    ReplyDelete
  3. Ezani...mmg suka tengok dia ni..bersederhana saja orgnya kann...

    ReplyDelete
  4. baguslahh Ezani ni kan.... ntah sapalah juara Master Chef selebriti plak, CiM suka Dr.Fazley (hehehehe Doktor lagi)

    BTW, Happy Anniversary...

    ReplyDelete
  5. bgs prinsip dia
    x mcm stgh org tu
    dah jd selebriti secara drastik bermegah2 pulak hiksss

    ReplyDelete
  6. sederhana itu lbh baik drp berlebihan kan...moga kekal cara begitu...

    ReplyDelete
  7. Baguskan kalau ade celebriti yg berkualiti mcm ni..bkn harapkan rupa shj...betul tak kak :))

    ReplyDelete
  8. bijak dan yang penting bawa imej muslimah...tahniah :)

    ReplyDelete
  9. tak semua orang macam dia. harapnya kekal bersederhana la adanya.

    ReplyDelete
  10. hari tu ada tengok dia...

    ReplyDelete
  11. Baguslah..bersederhana tu lebih baik...~

    Akak..Happy anniversary ye..moga kekal bahagia hingga ke syurga..^^

    ReplyDelete
  12. sy x berapa tengok la master chef masa tu..;)

    ReplyDelete
  13. Saya pun suka dia...dan suka tengok soal wanita..

    ReplyDelete
  14. hi Kak Ieda, hi Dr Ezani.. tak penah tgk la cite Soal Wanita tu..nnt leh tgk next week, kak Ieda remind saya eh, hehehe!

    ReplyDelete
  15. dari masterchef lagi nampak ezani ni besederhana...bagus la dia ni :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...