Monday, July 30, 2012

DUIT RAYAAAAAAAAA ~ Felda RM43.2 Juta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam semua

wahhhhhhhhhhh TAHNIAH2 ... 2-3 hari nie akk duk dgr & baca dari berita pasal duit raya org2 felda nie .. wahhhhhh dasat !!!! .. sakan lahh orang2 felda beraya yeee .. haaa nak pi cari umah orang2 felda lahhh .. hurmmmmmm apa2 punn dah rejeki nak dapatkann .. x kan nak tolak kan .. sooo syukur atas pemberiaan allah nie ..


pic google

SIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan pemberian wang Hari Raya berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda. Najib berkata pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka.

Beliau berkata kadar ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda. Katanya 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta.

Najib berkata demikian pada majlis perasmian Program Rahmat Ramadan peringkat Kebangsaan di padang Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya di sini. Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. Bayaran pada tahun ini bertambah RM0.6 juta atau 1.39 peratus berbanding bayaran tahun 2011 iaitu RM42.6 juta.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan sagu hati kepada jawatankuasa masjid di semua Felda berjumlah RM792,500, peruntukan untuk Program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000 dan Program Ihya Ramadan kawasan Parlimen Felda RM540,000.

"Semua janji kita tunaikan... itu pun (selaras dengan ajaran) Islam. Walaupun Felda dah disenarai (di Bursa Malaysia) bantuan yang sebelum ini diberi kita teruskan. Jadi duit raya tetap kita beri kepada peneroka," katanya.

selanjutnya  : mstar


 dari mana kerajaan dpt duit tuu ?? ahahhaa entohhh ... walau dari mana jua kerajaan perolehi duit utk insentif kepada rakyat ..kita hanya mampu bersyukur diatas pemberian itu .. biar kerajaan jawab ... ahahha kita nak jawab macam mana kann ..
apa2 punnnnnnnnnnn akk nak cakap ini aje pada orang2 FELDA .. tapi janji jangan marah TAU !!!!!

v


v


v


v


v












v

BOLEH LAHHHHHHHHHHHHHHHH !!! ;))



22 comments:

  1. hari tu org gomen dpt duit raye, ni org felda plak...untung nyee..dh rezki kan..org swasta ni tumpang gembira ajerlah....:p

    ReplyDelete
  2. rezeki terpijak kak....best le org felda....sonok tgk..rezeki masing2kan kak.....lagi pun kate dah nak pru harusle amik hati rakyat jelate wakaakakakaka....

    ReplyDelete
  3. Eiii bestnya MIl... Tahun ni ida beraya kg hubby.. syok ah! Hubby anak felda.. =)

    ReplyDelete
  4. dah ada yang dapat duit tu..

    ReplyDelete
  5. felda kan kaya ngan hasil tanaman,getah, sawit sume tu kak..getah n sawit tu tetiap minggu naik harga, mana felda tak kaya! ehehe

    ReplyDelete
  6. berbaoi penat lelah peneroka felda..peneroka yg awal2 dulu lahh

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, tumpang gembira.....

    ReplyDelete
  8. takde sape nak bagi saya duit raya ke..huhu

    ReplyDelete
  9. rezeki diorangkan kak.. tumpang gembira jugak wlupun bkn org felda.. hehe..

    ReplyDelete
  10. PIL orang felda, boleh kecek2 sikit tahun ni... Menantu hantu betul kan... Hehe..

    ReplyDelete
  11. untung org felda..
    gomen pun dpt 1/2 bulan gaji..

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete
  13. sakan la raya org2 felda...rezki mereka kan..kita tumpang seronok je la tgk..mn tahu rezki kita dtg dri arah lain plk kan...

    ReplyDelete
  14. untung depa dapat det raya..kita dapat pa kayap ja muahahaha

    ReplyDelete
  15. banyaknya...rezeki...orang felda..

    ReplyDelete
  16. Boleh ngendeng kat mak and mak mertuaku huhuhuhu

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah... rezeki mereka kan.. :-)

    ReplyDelete
  18. rezki murah betul utk orang2 felda ye...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...