Monday, July 2, 2012

CARA CEGAH KEHAMILAN terbaik ~ EJAKULASI LUAR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

akak rasalah dah ramai diantara kita yg tahu bagaimana kaedah utk merancang keluarga nie kan .. ekekek masa akk dulu kaedah2 nie akk banyak kali baca .. maklumlahhh , akk operation soo x leh main sedap nak beranak aje kan .. ekeke ayat ! .. yelahh tu yg ummi akak cakap .. beranak2 juga x jaga dalaman macam mana kan .. badan nak pakai lama .. servis kena selalu mantops !! wahahahah .. ayat ummi akk lah nie .. ;) insyaallahhh kalau luar dlm kita jaga , suami nak cari lain jugak .. x puas hati jugakkk x der arahh lahh kan .. dah takdir namanya tuu sbb kita dah punn usaha .

Sbb tuu bila akk dlm pantang , akk jaga betul2 .. x sentuh ais sehingga menggandung anak kedua dan seterusnya .. sbb apa ?? sbb sejukkk dan x elok sgt utk peranakan kita .. maklumlah org perempuan nie totally different ngan lelaki , urat dia x putus2 punn ekekek .. ok2 .. adehhh kalau omel x mau stop .. yelahh akk memang sayang kalau org perempuan x jaga badan nie .. cantik luar tapi dlm huhuhu suami duk cerita dlm FB .. wow statement nak mati muahahah  !!!


ok2 .. nie bab lain wokeh .. bab merancang keluarga .. jom akk share kan info nie yg akak ceduk dlm FB .. ada juga kebaikan FB nie .. TQ bila ada yg sudi share kan info2 bernas macam nie .. ;)


pic : google

Penggunaan kaedah perancangan keluarga tidak betul

Lelaki sebagai suami dan peneraju rumah tangga juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai perancangan keluarga serta kaedah pencegah kehamilan kerana kehamilan yang tidak dirancang boleh menimbulkan tekanan emosi suami isteri.

Kehamilan adalah tanggungjawab kedua-dua pihak, justeru memerlukan kerjasama suami isteri untuk merancang sebaik-baiknya sebelum mengambil keputusan menjadi ibu bapa, terutama apabila belum bersedia, supaya kehadiran anak itu tidak terlalu cepat, terlalu lewat atau sangat rapat.

Kehamilan yang tidak dirancang dan tidak dikehendaki berlaku di seluruh dunia. Peningkatan kehamilan luar nikah bukan saja membimbangkan ibu bapa dan pemimpin masyarakat, tetapi menjadi perhatian pakar perubatan kerana banyak kehamilan begini berakhir dengan pengguguran tidak selamat atau pembuangan bayi.

Malangnya, dalam era teknologi yang membolehkan kita mendapat pelbagai maklumat dengan hanya menggerakkan jari, masih ramai pasangan tidak tahu kaedah pencegahan kehamilan yang ada di negara kita.

Masih ada orang percaya wanita tidak akan mengandung pada kali pertama mengadakan hubungan seks, menjalankan aktiviti seksual ketika haid atau hanya ‘bermain di luar’. Sehingga kini ada 10 hingga 15 jenis kaedah pencegahan kehamilan yang ada di negara kita.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk merancang keluarga ialah:
  • Kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi atau ejakulasi di luar).
  • Halangan (kondom).
  • Pemandulan.
  • Pil perancang (wanita.
  • Alat intrauterin (IUD).
  • Sistem intrauterin (IUS).
  • Implan.
  • Suntikan.
  • Kondom dan pemandulan adalah kaedah yang boleh digunakan pada wanita dan lelaki. Manakala kaedah lain adalah untuk wanita. Setiap kaedah ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.“Pil perancang bukan saja mencegah kehamilan, tetapi turut ada manfaat lain seperti haid lebih ringan, tetap dan kurang senggugut; mengurangkan risiko pembentukan sista ovari, kanser ovari dan uterus; mengurangkan penyakit keradangan pelvik, meningkatkan ketumpatan tulang serta memperbaiki tekstur kulit. Cuma masalahnya ialah kepatuhan pada jadual pengambilan kerana ia perlu dimakan setiap hari.  “Kondom juga antara cara pencegahan kehamilan yang baik dan murah. Ia juga dapat mengelak masalah jangkitan penyakit seksual,” katanya ketika pelancaran Hari Pencegahan Kehamilan Sedunia pertama yang diadakan serentak di 50 negara, baru-baru ini.
Kaedah terakhir ialah pemandulan yang dilakukan melalui pembedahan. Kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkan kaedah ini kerana ia tidak boleh ‘diundur’. Ini bermakna, individu yang menggunakan cara ini tidak berpeluang lagi mendapat anak.

“Setiap pasangan perlu tahu mereka ada banyak pilihan untuk merancang keluarga. Paling penting, selepas ini tiada lagi orang melakukan pencegahan kehamilan berisiko tinggi dan terlarang seperti menggunakan racun sperma (spermisid) atau pancutan air pada vagina selepas persetubuhan,” katanya.

NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

kalau zaman tuk2 akk dulu , mereka x ada makan pil2 nie .. kebanyakan dari mereka mengamalkan "buang luar " @ ejakulasi luar ... haaaaaaa kaedah yg sgt2 berkesan .. sampai ada diantara sedara2 mak bertanyakan macam mana mak boleh jarakkan kehamilan .. sbb dulu pil2 nie kira mahal kalau di hsp ;) akk amalkan cara nie masa kecikkan sabriena dan zahrien .. cuma zahrien akk mula makan ubat masa dia 2 tahun .. sblm2 tuu akk amalkan cara ini .. ...;))


38 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

nice entry kak...bleh tambah ilmu nih!

-Sara- said...

terbaiklah entry ni kak! :)

~ yus ~ said...

hehe....

apa pun mmg kena ada persetujuan bersama untuk kaedah pencegahan kehamilan yg mana pasangan tu nak guna kan...

nice sharing ieda...

noradzlina.kamdani said...

oppps...klu pancut luar pun ms make love tu zmn tgh subur ssh gak nk bajet kak....he he he. sperma tu bole berenang-renang sbb bendalir lelaki dan perempuan tu msh membolehkan sperma tu ke arah telur...once sperma berjaya masuk gak ke dalam...dia bole hidup utk 72 jam dlm kawasan rahim.

YanaMIB said...

hekhek sy pn amlkn merancang secara natural jek..ejakulasi luar giteww =P

eh hebat gilaa a akak xminum ais lama2 mcm tu..sy ni abeh je pantang 44 hari trus carik ais..tp mula2 idak la belasah byk2..rs sket2..kang terkejut lak bdn..habis je pantang 100 hari baru bedal ais hari2..muahaha xthn aa kak cuaca panas terikkkk skrg..adeyy =)

SYANI said...

Setuju dengan kaedah ni.. Dah 5 tahun apply.

AzuraFazil DIN said...

amboi kak ... tajuk entry di ptg2 hari ni ... gempak gitu ..

emm x berani nak plan sdiri2.. last2 sibbaik di perkenal kan dgn MAKJUN ANGGUN BISTARI .. zr dh mlm 3thn psl czer kan .. syukur sgt2 okkkk , bdn mantop.. hari2 abg cayang ..

nw zr sah jd dealer

Salina@IbuAqil said...

Ina guna kaedah IUCD kak..
Sbb 2 thn lepas pas bersalinkan Aqil guna kaedah yg "lepaih luaq" ni..
Tp "terkantoi" gak..
Tp x ada rezeki kami..
Dlm x sdar ina ngandung {sbb period x tetap slalu lewat}..
Rupanya "adik" Aqil dah ada kat dlm..
Dia jatuh jgk sbb masa tu ina ada amik sejenis ubt Steroid utk antibodi darah.. ;,(
X ada rezeki kami..
Pas daripada itu doktor pakar nashat pakai IUCD sbb ina agak "subur" ler jugak walaupun berpenyakit..
Dan disebabkan tahap kesihatan x berapa bagus ada faktor2 yg x mengizinkan..
Setelah dinasihatkan bnyk pihak..
Ina & suami kena rancang..
Sbb membabitkan bnyk pihak antara ibu & anak.. ;)
X per kn kak..
Kita merancang namun segala rancangan Allah tu adalah terbaik..
Kan kak?! ;D Miss u kak ieda.. Muahxxxxxx!!

mama_umar_maryam said...

;)..amalkan yg tradisional jugak ;)

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi kak.. sy mmg pantang ais ni.. lgpun sy n hubby mmg xminum ais.. biasa suam je...

sy pun dlm pantang mmg betoi2 jaga... opah sy pun ckp cam mak akak gak..hihii

Mooniqueen said...

MQ pun ejakulasi luar jua... N maybe salah satu still menyusukan anak sampai sekarang...

aanie said...

servis mantop ye kak...hehe..terbaek la....

hmm, selain dr x minum ais, akak pantang apa lagi ek smpi skrg?

Wanieys said...

mmg kena pantang betoi2 kan nak pakai lama ni hikhikhik..tambah ilmu lagi ni kak nice entry hihi

izz iizza said...

menarik entry ni...sy dari dulu sampai sekarang pil perancang jer la yg sesuai..lain-lain macam implan, kondon, suntikan, dn buang luar...memang x menjadi..maksudnya ada ajer yang x kena..:)

Eye_nee said...

Amalan org dulu2 kan sis...masih lagi berguna sampai hari ini..tp kena betul2 pastikan selepas ejakulasi luar tu...cepat2 bangun dan berdiri serta buat tekanan sedikit dibawah perut atau @ari2 perut supaya apa saja bendalir boleh keluar...

Deq's Qienz said...

nice n3 la kak, tp sy makan ubat dulu, dah berenti bulan 7thn lepas konon² nk lekat la kasi cik Qhayra baby pulak, last² xlekat² lagipon smpy skrg, period pon gelong..thn lepas posa penuh thn nih arap² penuh jugak la..hehee

eima said...

aku pun tak de mkn pepe ubat sbb risau kesan sampingannye ... buang luar & kondom itu kami amalkan ....hikhik

~Sweet Honesty~ said...

adehh..tersipu2 tau kak baca entry ne..hihi..tpi xpe, pengetahuan sblm nikah..huhuhu

Ibu Lala said...

good entry. tapi cane nak tau kalau servis tu tak mantop ek. cer citer sket...

MamaEma said...

setakat niema makan pil perancang jer..

syariza09 said...

hahahaha...terbaik tu

ratu siput said...

RS memula dulu merancang sndiri.pastu guna stokin.pastu try injection tp tak sesuai sbb period jd lama sampai sebulan lebih..pastu tak tetap cam selalu.now ngah free dr perancang.sbb CK pun takde kan.puasa ni dia balik kena cri perancang baliklah...igt nk try pil...tp tu la kena jumpa doc dulu tgk camne sbb pil skang pun byk sgt jenis kan..taktau mana yg sesuai..

mia-ina said...

kaedah ejakulasi luar tu ok..tp semuana bergantung pd kehendak & kerjasama suami gak..laki ni mcm2x jenis..klu yg jenis bg kerjasama & kecian kan isteri yg bersalin czer..pasti dia setuju....+ klu dia tgk isteri dia bersalin

tp ada gak golongan laki yg kata:-

"x yah dok plan la..klu allah dh bg,rezki la,"

huhu..camne2?

kak tini (umialya) said...

mmg guna kaedah ni, kdg2 terkantoi gak le,MAKA kena ambk emergency kontraseptif jawabnya

etiey.com said...

Tq for sharing. Sblm ni tak permah amik tahu pasal perancangan keluarga sbb tak lernah merancang. Ada rezeki ada...

Bila pregy anak kedua ni, dah beberala gynae tanya, lps ni nak merancang ke tak? Ermmm bisnes derang atau mmg nak jaga kesihatan latient dia.

khairul said...

# 1 paling senang kot kui3x

fieda said...

kak..saya rancang sendiri jer..tak pernah mkn ubat..alhamdulillah la teratur jer sampai la ni..

Papa Mifz said...

hmmm...segan lak nak komen kak...hehehe

Mama Gee said...

k.ieda sorry off topic...tlg email alamat as soon as possible...k.ieda sorg yg belum bg alamat ni...tq

QueeN TerataI said...

cara yg sya gunakan dr dulu lg.. smp lahsekarang.. hehehehe

amirah said...

sy dulu guna kaedah ni gak..skrng ni tgh brkira2 nak guna kaedah apa..

Myra Jay said...

Myra belum ada baby takleh rancang camni..hehee ;)
Sebab tengah berusaha hingga kini nak dapat baby. :)

Nice sharing kak ;D

Che Rosliza Che mat said...

merancang sendiri..pancut luar...hubby tak kasi cr telan pil dan bermacam-macam kaedah lagi hihihi

mimi aizul said...

thanks entry yg bagus... i baru bukak iucd... ni tgh cari kaedah2 lain pulak tok merancang.. hubby i x nk pancut luar...kena la cari kaedah yg tbaik supaya x tersangkut

faizul badri said...

Untuk cegah kehamilan boleh guna maajun anggun bestari.... ramai dh try.... insyaAllah...
http://www.muslimchoices.com/?p=anggun_bistari

alif omar said...

Di mna sya bleh dpt pil elak hamil

Kenari Putih said...

Wah, byk tu kan teknik, tapi ramai yg tereksiden jugak. Auw.. tp tu la teknik tembak luar ni kdg2 ada suami xnak kerjasama tu yg potensi tereksiden tu >_<

nursuzilla said...

Nice info sis... pengalaman berharga tu :)

Labels

Suke (845) Makan - makan (410) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (282) family (271) anak-anakku (236) Dunia (218) artis (203) Wanita (195) Tentang Aku (177) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (64) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) Pelik (22) blog (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) pekerjaan (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...