Sunday, July 22, 2012

Bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Bukit Hangus, Mati Dibunuh

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ya allahhhh disaat orang mengerjakan terawih pada malam pertama ramadhan , terjadinya kejadian seumpama ini .. huhuhuh memang kita tahu syaitan dikurung sewaktu ini tetapi ini bukan syaitan lagi .. entah apa yg perlu di gelar oleh manusia sebegini !!! ... diharap kita semua lebih berhati2 .. keadaan terdesak sesiapa sahaja mampu melakukannya .. cuma x tahu motif kejadian pembunuhan ini .. takziah buat keluarga arwah .. sgt2 terkejut dengan berita macam nie ..


ALOR SETAR: Bekas Ketua Wanita Umno cawangan Bukit Hangus, Halimah Yunus, 66, ditemui mati berlumuran darah di rumahnya di kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher kiri, oleh suaminya, Mee Hashim, 63, dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah mereka kira-kira 9.20 malam.

 
Beliau berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan itu kerana tiada barang berharga yang hilang ketika kejadian. Senjata yang digunakan juga masih belum ditemui. Katanya, ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah manakala rumah jiran yang terdekat terletak kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian.

Sementara itu, Mee berkata beliau menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah semasa pulang ke rumah selepas menunaikan solat Tarawih di surau. "Waktu tu arwah penuh darah tapi boleh bercakap lagi, dia bagi tau ada seorang lelaki tikam dia. Kemudian saya minta tolong jiran bawa arwah ke hospital Sik," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Sabtu.

Katanya, dia dan arwah hanya mempunyai seorang anak perempuan berusia 46 tahun yang telah berkahwin dan tinggal bersama suami di Sungai Petani. Mee berkata terdapat kesan pecah masuk di pintu belakang rumahnya namun tiada barang berharga yang hilang termasuk barang kemas yang dipakai arwah isterinya.

Menurut Mee, isterinya seorang yang sangat mengambil berat tentang hal masyarakat dan mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang kampung."Arwah tinggal seorang diri di rumah waktu saya pergi sembahyang tarawih malam tadi sebab dia tak sihat sejak kena sakit penat (asma) beberapa tahun lepas," katanya. BERNAMA

8 comments:

  1. Bulan yg mulia nie pun...ada jugak kes bunuh...takut pulak rasanya.

    ReplyDelete
  2. Eida...memang syaitan dh di ikat tapi ni skrg ni manusia tu yg dah jd syaitan...takde belas kasihan kat warga emas kan....kesian dia
    AlFatihah utk arwah

    ReplyDelete
  3. syaitan dah melatih manusia tu jadi macam dirinya..maka.. tak perlu lagi hasutan syaitan..sifat syaitan dh sebati dlm diri c pembunuh.. wallahualam..

    Takziah tuk keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  4. semoga keluarga mereka tabah... ermmm..sedihnya!

    ReplyDelete
  5. itulah pg2 dah disajikan berita sebegini, sedih sgt2, naperlah ader manusia begini dimukabumi ini.

    al fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  6. Allah..seramnya...org kg abah lynn ni..Sik..

    ReplyDelete
  7. Innalillah. Takziah dan alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kesian. Lebih2 lg di bulan puasa. Semoga jumpa org yg melakukannya.

    ReplyDelete
  8. Berita tragis di awal Ramadan. :-(

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...