Thursday, July 26, 2012

BEKALKAN ANAK-ANAK TENAGA DIKALA BERPUASA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam semua


sekejap je masa berlalu kan .. hari nie dah pun 6 Ramadhan kan .. haa mcam mana puasa uolss ?? akk .. alhamdulillahhh .. setakat hari nie akk dah berjaya puasa selama 2 hari .. yeayyyyyyyyyyy ... harap2 dptlah menghantar puasa dan menyambut raya nanti .. aminnnnnnnnn ;) ok .. kalau cerita pasal berpuasa nie , kebanyakan dari kita memang teruja bila anak2 berjaya puasa kan .. akk pula setakat hari nie memang sabriena & amanina dah berjaya puasa selama 6 hari .. insyaallahh tekad mereka adalah nak berjaya puasa sehingga ke hari raya .. syukur sgt2 bila dgr anak2 ada perasaan macam tu kan .. sbb kalau amanina dan 3 tahun penuh dan sabriena dah 2 tahun penuh ... syukur ! ...

pada akk lah waktu yg mencabar bagi anak2 berpuasa nie adalah di waktu sahur mereka .. liatt nak bagun x yah cakap lah kan .. agak2nyaaa zaman kita dulu macam tuu ke ?? ekekke akk x pernah tanye ... dan kalau mereka dah bangun tuu cabaran nak bagi mereka makan memang lah .. ekkek payah kan ... haaa mereka makan selepas dlm 5-10 minit duk termenung ekeke .. tul tak ??? kalau akk pula bila mereka dah bangun , makan .. akk akan make sure mereka makan buah kurma sebiji dua .. haaa utk pastikan perut mereka lebih kuat dan x terasa lapar .. 

rasanya tips2 dibawah banyak membantu .. moh kita lihat 

Kurma
Kurma sememangnya terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera. Jadi, ia sangat baik untuk diambil setiap hari agar mampu membekalkan tenaga mencukupi sepanjang hari. Malah amalan sunnah Rasulullah SAW turut menganjurkan kita untuk berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lainnya.

Selain daripada tenaga segera yang dihasilkan, kurma juga mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B, riboflavin, tiamin, zat besi dan serat yang ternyata baik dalam mengekalkan keperluan zat pemakanan sepanjang bulan puasa.

Minum air kosong
Kanak-kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa. Oleh kerana itulah, selain daripada memberinya makanan berkhasiat, anda perlu menggalakkan dia untuk minum lebih air kosong berbanding minuman-minuman yang lainnya. Pengambilan air kosong dalam jumlah yang mencukupi turut membantu dirinya menyingkirkan toksin yang terhasil di dalam tubuh.

Jangan Makan Terlalu Banyak
Panduan ini sangat penting! Elakkan dirinya untuk makan dalam jumlah yang terlalu banyak hanya kerana mahu memastikan diri kekal kenyang untuk tempoh seharian berpuasa. Perbuatan sebegini tidak membawa apa-apa erti kerana ia sama sekali tidak dapat membantu anak anda kenyang dan terus bertenaga sepanjang hari.


 Ketika Bersahur
1. Pastikan makanan yang diambil anak adalah seimbang seperti yang disarankan Piramid Pemakanan.
2. Jangan biarkan anak minum terlalu banyak air. Ini bagi mengelakkan perutnya menjadi tidak selesa dan perlu kerap berulang-alik ke tandas.
3. Pastikan anak bersahur lewat agar dia tidak cepat rasa lapar dan letih.

Waktu Berbuka Puasa
1. Didik anak berbuka puasa dengan kurma, buah-buahan atau air terlebih dahulu mengikut sunnah Rasulullah SAW.
2. Sebaik-baiknya berbuka dengan minuman tanpa ais untuk mengelakkan rasa lesu selepas berbuka.
3. Jangan makan dalam jumlah yang terlalu banyak ketika berbuka.
4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak, berempah dan pedas.

anak dara akk yg makan penuh pinggan :)

kalau waktu berbuka x yah cakaplah kan .. x suh makan punn dah terconggok duk depan meja ... ahahhaha yg x pose punnn macam org berpuasa lagaknyeee ...
x perlah janji mereka happy .. bila mereka xcited tuu bukan ape .. mereka suke sbb dah berjaya puasa seharian utk hari tersebut ... ;) kita kena support .. belikan apa yg mereka rasa nak makan .. tapi akk tidaklah akan penuhi semua .. sikit2 dan bukan kahhh puasa selama sebulan .. soo apa yg mereka nak makan akk tunaikan hari demi hari ... ;)



25 comments:

  1. betul kak ieda..waktu sahur mmg pyh. Siap tatang pinggan masuk bilik suruh Qayyum makan kak..takpelah..mak sanggup berkorban janji anak puasa..hehehhe..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya anak2 k.ida. Mmg betul kalau mkn buk lg cepat lapar ;) mmg sama jelah masa saya kecik2 dulu. Puas lah mak kejut. Lps basuh muka.. termenung je tgk nasi.. hehe.

    Tips yg bagus :)

    ReplyDelete
  4. bukan budak je liat bangun sahur..yg dah tua lagii liat nak bangun kak hewhew..sepuluh kali kejut baru bangun =P

    bagus ank2 akk dpt puasa penuh.semoga depa bertahan utk tahun ni.

    ReplyDelete
  5. bgus anak2 akak kak ida dpt posa penuh hihi...mmg la time sahur ni liat sikit nk bangun dh sedap tido katakan hihi

    ReplyDelete
  6. slm kak.
    he he he..baru ari ni tinggal komen sbb ari2 sblm ni xdpt baca blog akk...

    semua yg akk share kt dlm n3 ari ni mmg betul...

    ReplyDelete
  7. ehehe..teringatla zmn kecik2 dulu payah beno nak bgn sahur..haha

    ReplyDelete
  8. setuju dgn ieda nak bagi anak2 yg kecik semangat nak puasa kenalah tunaikan apa yg dia nak.. anak akak yg tadika tu tahun ni tahun kedua dia berpuasa.. alhamdulillah.. masih puasa penuh lagi.. tahun lepas (5 tahun) dpt puasa 5 hari je yg penuh.. yg lain semua puasa sekerat hari hehe.. harap tahun ni dpt buat lebih baik dr tahun lepas.. & apa2 yg dia teringin akak belikan lah.. bagi dia seronok puasa...

    ReplyDelete
  9. tips ni ima nk guna utk diri sendrik sbb dua org tu kenit lagi ... mak die ni cam tak alah berpuasa plak .. perut berangin je ... senak2 ...alahai .... tahun lepas mengandung pun steady je

    ReplyDelete
  10. suka dgn entry akak ni tau...sb bagi izwa ilmu lagi almaklum la kan anak izwa 1st time berpuasa..hehehe...baru 6 hari puasa tapi izwa dah hilang idea nak bagi dia ape...

    ReplyDelete
  11. salam sis..

    Melentur buluh dari rebungnya
    Dah jadi buluh di buat meriam
    Bersahur bersama alangkah indahnya
    Kadang tertidur dalam diam

    Kerenah anak banyak ragamnya
    Bijak ibu bapa mencari punca
    Susah bersahur apa caranya
    Tajuk di beri untuk sis Ieda...

    Bukan semua budak serupa
    Tirana ini degil orangnya
    Jarang untuk sahur bersama
    Beratkan tidur rugi jawabnya..


    Tiranaaduka

    ReplyDelete
  12. budak2 ne aktif..tiap hari ada saja aktiviti dorg..sbb tu tenaga cepat habis.. tips2 ne mmg berguna kak..

    ReplyDelete
  13. Samalah ngan anak kak Nurul liatnya nak bangun sahur,dah bangun tu duduk di meja mkn boleh lg nak mengalamun nie.

    ReplyDelete
  14. Amalan memakan buah kurma tu yg paling bagus kan sis...tinggi serat..kalau dapat mkn 5-6 biji pun dah cukup kenyang...

    ReplyDelete
  15. selagi dorg berselera mkn ok lah tu.akk masak sedap sgt.tu penuh pinggan tu.

    ReplyDelete
  16. sahur memang kena makan kurma 2,3 bijik untuk taknak bg lembik..hehe

    ReplyDelete
  17. anak Amy pun susah nak suruh makan sahur. makan kokokrunch aje tiap pagi.

    ReplyDelete
  18. saya ni pun rasa malas je nak makan time sahur..hihi

    ReplyDelete
  19. thanks for the tips..

    suke tengok anak akak, berselera dia makan...

    ReplyDelete
  20. mekasih akak utk tips ini..hehehe

    ReplyDelete
  21. Kurma memang membuatkan kita bertenaga..
    Banyak khasiat kan ;)

    ReplyDelete
  22. mmg time kejut sahur la paling liat sekali. huhuhu...

    ReplyDelete
  23. Betul tue kak ieda...kurma memang memberi tenaga...malam tadi saya sahur makan kurma 2 biji...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...