Friday, July 13, 2012

5 TIPS MUDAH UNTUK KELIHATAN CANTIK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

Wanita sering didedahkan dengan mitos cantik dan secara tidak langsung ia mengheret wanita kepada gejala obses dengan kecantikan. Sebenarnya, tidak salah untuk sentiasa kelihatan cantik dimata umum, akan tetapi anda haruslah bijak memilih sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri.

Di sini terdapat 5 mitos cantik yang perlu anda ketahui :
  
 
Mayonis Adalah Perapi Rambut Terbaik

Perkara ini bukan sekadar mitos, kerana mayonis sememangnya mampu memberikan kesan perapi terbaik untuk rambut anda. Ini kerana, kandungan minyak dan telur yang terkandung di dalamnya dikatakan kaya dengan asid lemak dan protein yang mampu memberikan khasiat serta membantu menyuburkan rambut anda.

Ubat Gigi Mengubati Jerawat?
ini adalah benarUbat gigi sememangnya mengandungi mentol dan ramuan aktif yang mampu mengeringkan jerawat dengan cepat, berbanding membiarkan sahaja ia sembuh dengan sendirinya. Namun begitu, ramuan aktif ini dikatakan mampu membuatkan kulit sensitif menjadi kering, jadi bagi individu yang mengalami kulit sensitif dinasihatkan agar sapukan sahaja krim jerawat dan lupakan penggunaan ubat gigi.

Timun Memadam Lingkaran Mata Bengkak
Perkara ini adalah fakta. Difahamkan bahawa segala benda sejuk mampu menyelamatkan puffy eyes, jadi timun merupakan sejenis sayuran yang sesuai untuk diaplikasikan pada mata bagi memadamkan lingkaran mata bengkak.

Hanya Orang Gemuk Mempunyai Selulit
Ini merupakan satu mitos yang sering kita dengar. Sebenarnya, tidak perlu menjadi gemuk untuk mempunyai selulit, ini kerana semua orang terdedah untuk mempunyainya. Lazimnya, selulit dipengaruhi oleh jantina, genetik serta gaya hidup. Jadi fakta yang mengatakan senaman yang kerap boleh mencegah dari hadirnya selulit adalah salah sama sekali.
  

Tidur Terlentang Cegah Kedutan

Ini adalah satu fakta. Ini kerana, apabila anda tidur dalam posisi yang mengiring,anda akan menghasilkan kesan ‘garisan tidur’ dan akan menyebabkan ia kekal sebagai satu kedutan. Jadi ubah posisi tidur anda hari ini dan mula berjaga-jaga dengan posisi tidur bagi mencegah kedutan.

Sumber : Glam.com

17 comments:

  1. tu la org kurus pn ada je selulit...sape ckp xde..huhuu

    ReplyDelete
  2. wah kak nice tips...kena ikut ni hihihi

    ReplyDelete
  3. kuruspun ada selulit???

    ReplyDelete
  4. Baguslah info ni... Suke sgt...

    ReplyDelete
  5. paling susah nk hilangkan selulit

    ReplyDelete
  6. errr sya tidur ikut sunnah nabi kak... mengiring ke kanan... :) kalau tido telentang ni confirm x leh tido...

    ReplyDelete
  7. bagusnya tips ni..sape x nak cantikk kannn hihi

    mayonis lady's choice tu leh x letak kt rambut?

    ReplyDelete
  8. Betul ke ni??mayonis tu cam pelik je..hehe

    ReplyDelete
  9. yang mayonis tu betul ke? Bolehlah cuba ni kan...hehe

    ReplyDelete
  10. Letak timun tu mmg efektif. Cuma tak rajin je. Betul. Kurus pun ada selulit.

    ReplyDelete
  11. nk surutkn jerawat pernah guna ubat gigi, tatau la mitos ke hape.. hahah, mase duk hostel dulula..
    haa, kering kulit muka..

    betul tu, kurus pun ade selulit pe..
    huhu, abes tu nk wat camne kalo x senaman erk.. ?

    ReplyDelete
  12. utk jadi ensem ada x kak..? hehe

    ReplyDelete
  13. alamak suka tidur mengiring la sambil peluk bantal..

    ReplyDelete
  14. makaseh.. low cost ni, amat berguna :)

    ReplyDelete
  15. Hi good sharing! Pls visit my blog as well. Tq.

    healthyandyouthful.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...