Thursday, June 7, 2012

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) MACAM - MACAM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

SURUHANJAYA SPR MENGADAKAN TEMUDUGA PADA WAKTU MALAM


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengkaji beberapa pendekatan baru untuk diguna pakai dalam masa terdekat ke arah mendahulukan rakyat, termasuk mengadakan sesi temu duga pada waktu malam atau hujung minggu. 




Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, berkata temu duga di luar waktu kerja itu dijangka bermula minggu ini untuk memudahkan pemohon menghadiri sesi berkenaan mengikut waktu yang sesuai.

"Temu duga di luar waktu kerja ini hanya akan dibuat mengikut permintaan calon. Cara ini menyenangkan mereka kerana tidak mengganggu waktu kerja yang sedang mereka jalankan, dan tidak perlu memohon cuti untuk hadiri temu duga," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pertemuan Pengerusi SPA bersama media hari ini.


Selain itu, Mahmood berkata SPA akan mengkaji punca kaum bukan Melayu kurang berminat bekerja dalam sektor awam kerana pada tahun lalu, hanya dua peratus memohon kerja melalui SPA berbanding 1.167 juta permohonan. 


"Apakah silapnya? Adakah gaji tidak menarik? Atau adakah peperiksaan yang dijalankan begitu sukar menyebabkan ramai yang tidak layak. Jadi, yang ini kita akan kaji supaya dapat menemui jalan penyelesaian," katanya. 


Mahmood berkata, beliau tidak mahu ada pihak mendakwa hanya kaum Melayu mendominasi sektor awam, sedangkan penyertaan kaum bukan Melayu sangat dialu-alukan untuk mengisi pelbagai jawatan. 

Mengikut statistik, beliau berkata pada tahun lalu, SPA menerima 893,292 permohonan daripada kaum Melayu dan 28,367 daripadanya dilantik berkhidmat dalam sektor awam. 

"Bagi kaum Cina pula, sebanyak 23,547 permohonan diterima dan hanya 3,686 dilantik sebagai penjawat awam. 


"Sebanyak 36,729 permohonan lagi diterima daripada kaum India dan 2,316 daripadanya dilantik. Manakala, daripada kaum-kaum lain pula, SPA menerima sebanyak 170,124 permohonan dan 2,441 dilantik," katanya.

adehhh macam2 hal lah .. leh imagine tak interview mlm2 nie ???


12 comments:

  1. alahai..... kalu dah orang x nak, interview bila2 pon orang x datang jugak kan..
    tapi boleh try kut2 usaha tu berjaya...

    ReplyDelete
  2. kot time ujung mggu tuh okey lah lagik .. nih memlm? Logik sketlah ... sy rasa bukan takat candidate yg taknak dtg. sesilap interviewer pun tak kose nak dtg nnt huhuhuh

    mmg betul macam² lah kak dorg nih huhuhuh

    ReplyDelete
  3. ngantuk dah malam2, letih, lagi la payah nak cemerlang jawab soalan. cam x logik je. huhu..

    ReplyDelete
  4. Adoi mcm2 hal la, tingat sy kn interview mlm sblm akad nikah...haha...interview mlm la...

    Tp ok jgk xganggu waktu kerja kita di siang hari..

    ReplyDelete
  5. mogs ianya memudahkan mereka yg benar2 ingin berkhidmat dengan gomen

    ReplyDelete
  6. tp orait gak tu kak, xyah kacau cuti kita..hehe

    ReplyDelete
  7. Kakak pun dengar dari berita radio pagi ini. Agaknya supaya yg ada kerja siang bolehlah dtg malam utk temuduga cuma kesianlah sikit sipenemuduga kena kerja malam ye..

    ReplyDelete
  8. dah letih mohon kerajaan dari zaman isi borang kat kertas sampailah isi borang online... tak pernah panggil... dah bukan rezeki namanya tu...

    ReplyDelete
  9. Aik!! malam2 pun ada buat temuduga...beku kepala malam2 nak jawab soalan hihihi

    ReplyDelete
  10. ramainya...tapi ok la buat lepas waktu kerja..tak yah cuti2 bagai..hehehe

    ReplyDelete
  11. Salam Ieda. elok juga jika pemohon tiada pilihan hanya boleh hadir waktu malam....mungkin cuti dah tak da atau majikan susah nak luluskan cuti .

    ReplyDelete
  12. Ko orang tau tak SPA biasa akan tanya apa time interview?

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...