Tuesday, June 26, 2012

SINDIKET WANG PALSU RM 100 DI TUMPAS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

semoga hari2 yg kita lalui penuh keberkatan dan menyinar , walau didalam hati masih terluka .. namun tidak mahu dikenang kisah semalam .. walau tidak tahu bila ia akan berkesudahan .. melihatkan wajah anak2 di pagi hari membuatkan akk bertambah kuat , ku cuba tersenyum .. go ieda gooo .. huwaaaaaaaaaaa :( ok2 .. x mo sedey2 kan .. semoga hati ini kuat dan semakin kuat ... ( selagi mampu .. ) ... 

haa nie pagi2 lagi dah baca kisah panas tentang pemalsuan wang RM100 nie .. wahhh dah semakin berani sindikit nie kan .. sedap2 aje mencetak duit sesuka hati .. pastu sebarkan pada org ramai, nasib baik dlm urusniaga DADAH  .. huhuhu ... tapi x mustahil pengaliran wang itu akan sampai ke kita2 .. RM100 tuuu .. nasib baik dapat ditumpaskan .. kita sebagai rakyat kenalah berhati2 kan ... hurmm akk jarang pegang duit sekeping RM100 nie .. biasanya kalau guna RM 50 lah kan ... tu pun akk tgk skrg nie , mana2 pusat membeli belah @ kedai akan ada mesin scan duit .. haa uols perasan tak ??? hurmmmmmmm


KANGAR: Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) merampas wang palsu berjumlah RM17,200 yang dipercayai untuk digunakan dalam urusniaga dadah di kawasan pantai Pulau Ketam dekat sini, awal pagi Isnin.

Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman berkata wang itu ditemui kira-kira pukul 3.40 pagi semasa pasukan UPP kawasan Kuala Perlis melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di sini Isnin, beliau berkata, dalam rondaan yang diketuai Komander UPP kawasan Kuala Perlis Inspektor Azizan Saman, pasukan itu terserempak dengan seorang lelaki mencurigakan di kawasan tersebut.

Beliau berkata, lelaki terbabit yang menyedari kehadiran UPP bertindak melarikan diri ke kawasan hutan paya berhampiran dan gagal dikesan.

"Hasil pemeriksaan di kawasan itu menemui satu beg sandang berwarna hitam yang kemudiannya dibawa ke pejabat UPP Kuala Perlis untuk pemeriksaan lanjut dan menemui 172 keping wang kertas RM100 bernilai RM17,200 dipercayai wang palsu.

"Turut dijumpai ialah peralatan menghisap dadah, satu ketulan kecil yang disyaki ganja serta dua paket kecil serbuk dipercayai dadah," katanya.

Zakaria percaya lelaki terbabit menggunakan wang palsu itu bagi urusniaga dadah dan kes tersebut diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri untuk disiasat mengikut Seksyen 489A Kanun Keseksaan kerana menyimpan wang palsu.

Beliau berkata, UPP memberi tumpuan di kawasan berkenaan yang dikenal pasti antara kawasan sering berlaku kegiatan penyeludupan dan rampasan itu adalah kalipertama membabitkan wang palsu dalam jumlah yang besar.- BERNAMA

 ps : ciannn kat zahrien siap tanye mana ayah ?? huhuh tuk mie cakap "ayah x balik , kena kerja jauh " ... oh anak andai dirimu mengerti .. hari ini ke TADIKA tuk ayah yg hantar .. be good boy ye sayang ...

16 comments:

  1. samalah kak.. saya pun jarang pegang 100 ni.. biasa plg besar pun 50 je la..

    *akak sabar ye kak.. semua ni dugaan untuk akak.. sy doakan akak kuat utk hadapi dugaan ni...

    ReplyDelete
  2. byk tu..

    sabar ek, insya allah semuanya kembali jernih

    ReplyDelete
  3. pandai tul kan kak sindiket tu...duit pun le tiru hah....kang berleluase laaa duit palsu kat pasaran negara kan....lagi bertambah laa isu2 kongsi gelap semua nieh....

    ReplyDelete
  4. Banyaknye wang palsu tu...

    *Akak sabar ye...Moga akak tabah untuk hadapi semuanye...

    ReplyDelete
  5. * Slalu dpt duit kertas yg koyak, cnth rm5 yg cepat koyak.. harap2 x dpt la duit palsu rm100 ni, aamiin....

    ReplyDelete
  6. rm100 tu besar harganya. senang2 je org cetak kan?

    ReplyDelete
  7. ada plak wang palsu 100 ye... izan pun jarang sgt pegang duit besar2 ni. biasa 50 ringgit je dlm simpanan.

    kak ieda sayang... jangan2 sedih ye. tiap dari kita pasti melalui masa2 yg memilukan camni. izan doakan akak terus kuat menghadapi dugaan ni ye. be strong kak!

    ReplyDelete
  8. akak kena move on demi anak2 yer...akak ingat tu!!

    kami kat sini semua sayangkan akak...teruskan berdoa...

    ReplyDelete
  9. Kalau kakak dapat duit palsu itu mesti kakak tak tahu ieda.

    Ieda.. kuat dan cekalkan hati. Gelombang dan kemelut pasti akan ada reda dan penyelesaiannya.. mohon padaNya.

    ReplyDelete
  10. harap2 tak mengalir kepada kita,
    nk pegang 100 pun dah susuah, jgn la
    pulak palsu.. huu

    ReplyDelete
  11. hurm... akak ieda nape tetibe sedih di pagi hari... no no no...kak ieda kene kuat, ceria kan hidup kak di samping anak2.. anak2 la yg buat hidup ibunya ceria tol tak sis,

    pasal wang palsu ni, mmg kalo dpt ditumpaskan alhamdulillah la.. tapi, ade gak yg dpt lepas dan masih bebas... kne hati2 la kan...

    ReplyDelete
  12. zaman skrg ni mmg mcm2 kan kak.. semuanya nk kaut untung...

    akak... sbar eh.. Allah sdg menguji.. byklah berdoa dan memohon kpdNya

    ReplyDelete
  13. diaorang ni tau nk sng jer kan..ishh..

    ReplyDelete
  14. akak sabar yer kak dugaan tu...wani selalu pgg 50 jer 100 jrg...

    ReplyDelete
  15. Walaupun tak kerja note Rm 100 selalu jugak pegang...Zaman sekarang tau nk sng jer kan..ishh..duit...duit...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...