Friday, June 29, 2012

SEPINTAS LALU KISAH HIDUP USTAZ AZHAR IDRUS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua 

salam pagi jumaat yg indah , penghulu segala hari , syukur kerana di beri kesempatan menghirup keindahan bumi dan semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhoan dlm menjalani kehidupan ini ... aminnnnnnn ..

yuk kenali Ustaz yg sedang popular nie ;))



Nama Penuh: Ustaz Azhar Idrus

Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.

Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)

Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.

Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.

Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com.

Facebook Fanpage: https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Sepintas lalu

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz ke arah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Perubahan

Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bersama lagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.

Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian website www.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.

sumber :  slvrchair (Carigold)


owwwhh ustaz azhar nie ada dua isteri yeee .. baru tahu ;))



26 comments:

  1. aah,dye ada 2 wife.tp xtau lak bini num2 tu 26tahun.heee.

    ReplyDelete
  2. suke gak ustaz ni kak ngan ustaz don tu.....ceramah yg soft, kelaka n bersahaja....

    ReplyDelete
  3. suka juga dgr ceramah2 UAI di utube!

    ReplyDelete
  4. suka bangat ngn UAI ni...hehehee..

    ReplyDelete
  5. wow isteri muda 26taun..cayalah uai hehehe
    el pun minat giler kat uai ni
    hahahahaha
    hebat gak 25taun baru start belajar agama..then skang mcm2 ilmu ada
    plak tu just belajar ngan guru2 agama..igtkan g belajar kat u mn lah cam uni alazhar ke...kagum2

    sllu tgk utube ceramah beliau...yg best psl hantu...dia kata hantu bodoh..kahkahkahhhhh

    ReplyDelete
  6. ye la kak Ieda, saya pun baru tau ni.. tengs kak Ieda, dah kenal dah siap ustaz Azhar dulu dan kini, heeee~

    ReplyDelete
  7. kira UA pernah duduk aloq staq jugak la sebab tgk nama sek tue....anak dah besaq ekk...baguih x sembunyi dia berisiteri 2....

    ReplyDelete
  8. hehe..isteri dua.. pndai uztaz kan..

    ReplyDelete
  9. Baru tahu UAI nie ada 2 isteri....

    ReplyDelete
  10. Cara dia berceramah memikat gologan muda..Alhamdulillah.....semoga lebih ramai golongan belia ni menjadi lebih memahami cara hidup berlandaskan Islam....

    ReplyDelete
  11. UAI ni org kg sara kak! masa skolah2 dulu slalu gk dgr ceramah dia kat surau..xsangka dh jd fenomena UAI lak skang ni..

    bangga kita org kg dia tau! hehe :)

    ReplyDelete
  12. Best ustaz ni bila bceramah,lawak!

    Sy ingtkan dia dah tua dlm 50/60 gitu, xsangkat br 40an...hehe

    ReplyDelete
  13. Tak sangka dia minat photography.. Itulah manusia kalau bersungguh mahu berubah boleh saja kan ieda dan sampai boleh menjadi pembimbing lagi..

    Oohhh... 2 isteri ye..

    ReplyDelete
  14. isteri muda mmg sgt muda.. hehehe ;)

    tula setiap dari kita walau dulunya x berapa bagus x selamanya kita menjadi x berapa baguskan? semua terpulang kpd diri.. kalau kita nak jadi baik.. berubahlah selagi ada masa...

    ReplyDelete
  15. ooo uai ni belajar dkt sek sy belajar dulu jugaklah upenya...

    oo org ladang.. br tau :-)

    ReplyDelete
  16. suka ustaz ni..terhibur dgn ceramah dia.

    ReplyDelete
  17. mudanya isteri ke 2 uztad... :)

    ReplyDelete
  18. suka dengar ceramah dia..:)

    ReplyDelete
  19. bzru tau dy ade w2 org wife...mude lak tu yg sorang lagi...:)

    ReplyDelete
  20. Bab 2 bini yang rasa??? Dasyat jugak yer....

    ReplyDelete
  21. wahh suke ustaz ni..tq sharing kak!

    ReplyDelete
  22. suka dgr jawapan yang spontan giler tu..

    ReplyDelete
  23. Saya pun baru tahu dia menpunyai dua isteri...Yang kedua tue muda betul hihihi

    ReplyDelete
  24. Sama gak baru tau UAI ada 2 isteri..

    Isteri kedua muda belia lagi :D

    ReplyDelete
  25. izan tau UAI ni ada 2 isteri masa beli majalah anis bulan mac aritu... suka tgk family besarnya yg sangat2 bahagia...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...