Wednesday, June 27, 2012

RAS ADIBA TIDAK PERNAH DIGANTUNG KERJA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ish2 ... lain kali selidik dulu sebelum mengeluarkan berita kepada umum ...  huhuhuhuh


Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa penyampai berita sambilan ntv7, Ras Adiba Radzi telah digantung dari tugasannya, gara-gara keputusannya untuk membotakkan rambutnya. Tindakan Ras Adiba sebagai menyokong kempen Jom Botak Majlis Kanser Nasional untuk membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.

Menurut artikel The Star itu, seorang sumber dari ntv7 mendedahkan bahawa Ras Adiba telah terlebih dahulu berkongsi keputusannya untuk membotakkan rambutnya. Tetapi pihak pengurusan stesen televisyen itu dikatakan telah memberitahunya jika dia membotakkan rambutnya, dia tidak akan dibenarkan membaca berita. Hanya selepas rambutnya tumbuh semula, barulah dia boleh kembali bertugas.

Sebentar tadi, GUA telah menerima satu kenyataan rasmi dari pihak Kumpulan Komunikasi Korporat Media Prima Berhad, sebagai menjawab dakwaan bahawa Ras Adiba telah digantung dari tugasannya.

"Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa perbincangan bersama Ras Adiba Mohd Radzi berkaitan penampilan terbarunya sebagai menyokong usaha kempen amal membotakkan rambut masih berjalan.

Kami telah menyokong usahanya dengan memberi liputan berita kepada inisiatif tersebut agar membawa kesedaran di kalangan orang awam. Pada waktu ini, Ras Adiba tidak pernah digantung dari tugasannya sebagai penyampai berita sambilan ntv7.

Media Prima sentiasa menyokong mana-mana usaha menimbulkan kesedaran kanser di seluruh negara."

sumber : GUA 

dah macam mana .. x pasal2 media prima kena kutuk ngan rakyat ! .. hurmmm lain kali selidik dulu , baru terbitkan berita .. huhuhu apa2 punn bab RAS ADIBA botakkan kepala tetap akk x setuju ....... bukan kerana program MAKNA itu .. TAPI fikirkanlah sejenak ..


24 comments:

  1. saya pun tak setuju cara dia sokong kempen tu dgn botakkan kepala...dah melanggar hukum tu....

    ReplyDelete
  2. kalu dia pakai tudung lagi cantik kut...

    ReplyDelete
  3. Kalau ikutkan dalam Islam perempuan tidak boleh berbuat seperti perwatakan lelaki begitu juga sebaliknya... harap-harap sama-sama kita beringat ye ieda...

    ReplyDelete
  4. erm, kalu dia botak kepala lepas tu pakai tudung... baru sesuai kan...

    ReplyDelete
  5. ayokk smp nak botak kan kepala plak .. xleh just pakai kulit kepala palsu ker? sama jgk kan ..

    ReplyDelete
  6. yg penting MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA... itu je yg kita semua perlu ingat sentiasa.. dan sbg manusia pun kita jgn sesuka hati nak kutuk org nak kata org..

    ReplyDelete
  7. banyak cara lain lg kan kalau nak menyokong pun hmmm

    ReplyDelete
  8. loo jadi isuni plak kak yeak...betul tu jugak, takkan nak bagi pembace berita botak kuar tv kot...tups2 rumors plak...ke dieorg sorok sesuatu ni kak...nak cover line kononnyer....

    ReplyDelete
  9. yup rasa mcm x perlu kot smp botak kepala
    byk cara kite bleh tunjuk sokongan kita

    ReplyDelete
  10. dr ko tu berbotak
    baik ko bertudung..ada gak pahala
    tul x kak hahaha
    laser betul mulut saya
    cam la aku ni baik sgt
    hahahaha

    ReplyDelete
  11. byk lagi cara nak sokong kempen tu...tak perlu sampai nak botakkan rambut...

    ReplyDelete
  12. tak faham la dgn sikap sesetngah manusia ni, apa dia ingat bila botakkan kepala tu dpt tarik ihsan ke, dpt perhatian org lain ker? iskkk byk lg cara lain blh buat...

    ReplyDelete
  13. Nak kasi paper diorang naik la tu... Tu yg cepat2 keluarkan news yang taktau sahih ke tak... MQ pun rasa nak botak kan rambut la... Pakai Tudung bukan nampak pun... Atleast sm2 bagi sokongan...

    ReplyDelete
  14. tah la reti ni ...pelik2

    ReplyDelete
  15. betul tu. niat tu dah betul tapi cara tu yang salah. adeh...

    ReplyDelete
  16. pakai tudung lagi bagus kann..lagi senang..hee.

    ReplyDelete
  17. munna pun tak setuju.... lagi baik dia salurkan dgn cara yg lain...

    ReplyDelete
  18. banyak lagi kot cr lain nak sokong kempen tu selain dr botak kepala...pakai tudung terus kan lebih afdal...yg wajib dipenuhi

    ReplyDelete
  19. ye la kak..nk sokong pun ada cara lain kak..ni nk menyerupai lelaki plk..

    ReplyDelete
  20. isk3..kenapa terburu2 melaporkan berita yg tak tepat..kena saman nnti baru tau...

    k.ida..nnti emailkan g alamat ya :)

    ReplyDelete
  21. macam-macam la diorg ni..

    ReplyDelete
  22. laaa dah botakkan kepala lak ke..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...