Friday, June 22, 2012

PEMILIHAN NAMA ANAK ~ BUKAN EKSPERIMEN IBU BAPA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua


masa akk preggy anak yg sulung , x tahu nak pilih nama apa .. akk x lah tgk dlm buku , search dlm internet mahupun bertanyakan kepada sesiapa .. nama yg akk berikan pada anak , akk dan suami yg tentukan sendiri , kami tgk kesesuaian kemudian barulah akk search maksudnya daripada ummi , ayah , along akk , pak saudara akk ( dia ustaz ) . mana yg sesuai dan mana yg x perlu .. yeee x perlu .. kalau panjang2 tapi makna x ada .. susah juga kan terbelit2 lidah nak nyebut .. tapi zaman skrg nie akk tgk , nama2 memang indah2 , nak2 artis2 kita .. penuh makna dan ada kalanya x tahu makna apa .. ekekek .. macam2 kan .. org kata nama nie adalah seruan pada seseorang itu .. kalau baik .. baiklah orangnya .. insyaallahhh

dan kalau uols perasan lah kan .. org2 zaman dahulu .. time2 mak2 dan nenek2 kita .. nama lain panggilan lain ... haaa itu ketara , terjadi pada suami dan adik beradiknya .. cth .. nama suami akk Mohd Sakimi .. tapi panggilan manja kawan2 dan saudara mara ABAS .. haaa apa kena mengenakan .. soo nama dan panggilan tuu , dah kekal sampai skrg huhuh payah nak ubah .. sedih kan .. ;) ... 

dan paling wierd bila nama adik dia yg cantik2 MOHD ZARIFI mereka panggil 'NDEK' .. aci !! ... konon disebabkan dia pendek .. huhuhu ciannnnn .. soo panggilan tuu dah kekal dgn panggilan tu , sampai anak2 buat punn dah panggil dia dgn panggilan AYAH NDEK ... hahhaha .. patutlahhh x tinggi2 BIL akk tuu .. duk seru nama tuu aje ekeke ..


Ramai ibu bapa tercari-cari nama bersesuaian untuk bayi yang bakal dilahirkan. Ada yang gemar menggabungkan nama dan tidak kurang juga menggunakan nama panjang, asal sedap dipanggil biar berjela-jela pun tidak mengapa.

Islam menitik beratkan pemilihan nama kepada bayi yang baru dilahirkan kerana nama adalah lambang identiti seseorang dan akan digalasnya sepanjang hayat sehingga akhirat nanti.

Tanggungjawab Ibu & Bapa

Naib Yang Dipertua (1) Persatuan Ulama Malaysia (Pum), Prof Madya Dr Fauzi Deraman berkata, nama adalah terjemahan kepada perkataan al-Ism daripada akar kata al-Wasm yang bermaksud tanda, akan diketahui dan dikenali seseorang serta menjadi tanda banginya. Ada juga pendapat mengatakan ia berasal daripada perkataan al-Sumuz yang bermaksud tinggi sekali gus memberi gambaran ketinggian dan keluhuran empunya nama.

“Memberikan nama yang baik kepada bayi antara kewajipan kedua ibu bapa terhadap anaknya, nama menjadi hak milik anak yang mesti dipenuhi sang ayah. “Dalam satu kisah di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khatab, seorang anak datang menemui beliau dan bertanya mengenai hak anak ke atas bapanya dan Umar menjelaskan memilih ibunya, memperelokkan namanya dan mengajar mengenai al-Quran,” katanya.
Abu Darda turut meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: 

“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-namamu. (Hadis Riwayat Abu Daud)


Maksud yang baik

Nama dikategorikan elok dan indah ialah nama yang sedap disebut, mempunyai pengertian yang baik, ianya terhindar daripada makna dan sifat yang dilarang Islam atau sekurang-kurangnya nama-nama asing serta mengelirukan.

Fauzi berkata, panggilan yang baik memberikan kesan jiwa atau rohani kepada pemiliknya untuk berkelakuan baik. Walaupun nama itu lebih kepada aspek maknawi, tetapi pengaruhnya terhadap luaran juga besar. Ada sesetengah orang sanggup menjaga dan mempertahankan namanya lebih daripada menjaga harta supaya tidak terjejas namanya.

Garis panduan

Dalam pemilihan nama terdapat garis panduan yang perlu diikuti kerana ia adalah hak seseorang. Dengan itu ia perlu dilakukan sebaiknya. Jangan bertindak sesuka hati tanpa sebarang panduan. Jika perlu dapatkan penjelasan daripada mereka yang mempunyai pengetahuan.

Perkara sedemikianlah dilakukan sahabat Rasulullah, mereka merujuk perkara tersebut kepada Baginda. Rasulullah bersabda: “Berikanlah nama dengan nama para nabi, dan nama yang paling disukai ALLAH iaitu Abdullah dan Abdul Rahman.”(Hadis riwayat Abu Daud dan al-Nasaii)

“Nama bukanlah faktor yang menyebabkan seorang itu menjadi baik. Ia hanya langkah pertama dan permulaan yang disusuli dengan langkah seterusnya iaitu mendidik anak dengan pendidikan yang sebaiknya.

“Tugas ibu bapa tidak selesai dengan memberi nama yang baik sahaja. Ia hanyalah permulaan yang disusuli dengan asuhan dan didikan yang berpanjangan. Persekitaran keluarga dan masyarakat yang kondusif juga mempunyai pengaruh yang besar. Tidak berbangkit soal nama itu berat atau ringan!,” katanya.

“Gambarkanlah situasi di mana semua orang berhimpun di Padang Mahshar nanti dengan menyebut nama yang tidak diketahui usul asalnya. Ada baiknya jika ibu dan bapa menyebut nama anaknya dengan penuh dan bukan ringkas atau nama manja, lebih malang jika diringkaskan dengan menggunakan panggilan-panggilan asing,” akhiri beliau lagi.

(Sumber: http://pum.org.my/)

akk ada dua org AKI sedara yg dah lama meninggal dunia , mereka mempunyai panggilan dan gelaran yg agak pelik .. dari muda sampai mereka meninggal org panggil dgn nama itu , sedangkan mereka mempunyai nama yg sgt indah .. sorang tuu KEBAYAN dan sorang tu GERGASI .. sehingga mereka tua , cicit2 , cucu2 dan semualah , mengenali mereka dengan gelaran NENEK KEBAYAN & NENEK GERGASI ... ;) ... kalau nenek gergasi tuu mgkin sbb dia memang jenis besar orang nyee .. tapi idoklahh besar macam gergasi betul tuu huhuh

26 comments:

  1. betul kan..tp zmn skrg kalau x panjang x sah kot...hehehe..tp kalau makna nye elok...alhmdlh laaa....info yg sgt berguna...:)

    ReplyDelete
  2. salam kak

    tina dulu mmg tgk buku, bincang semua sebab nak makna yg baik dan indah bila dipanggil

    sian jugakkan kalau nama cantik2 diberi gelaran lain

    ReplyDelete
  3. thx kak share this info
    aah skang ni fesyen taruh nama anak pjg2..berbelit nak sebut hehehe

    ReplyDelete
  4. kak, ada kawan saya tu, nama nak dia seorang cam nama 4 orang anak kak..

    panjagn tul...camner anak nak ngeja sekolah nanti pun tak tau...ishh

    ReplyDelete
  5. sya sbnrnya suka yg ringkas je.. tp suami pula bg nama panjang2.. nak buat mcm mana.. tp sya kalau panggil anak sya selalunya mmg menggunakan nama penuh dia.. paling pendek pun still nama dia.. bkn nama yg pelik2.. even sya sendiri.. nama dlm IC lain.. tp keluarga panggil lain.. tp bg sya nama yg keluarga panggil tu lg besar maknanya iaitu telaga di syurga... :)

    ReplyDelete
  6. sama mcm family hubby saya kak.. nama lain tp pggil lain.. hihii

    ReplyDelete
  7. eB laks singakatan nm eB n arwah abah :)

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing kak.

    ReplyDelete
  9. ish..pelik pulak nama gelaran yg diberikan utk AKI sedara akak tu...huhu...

    ReplyDelete
  10. sy punye sepupu nama haslin tp panggil Konyel..hehehe

    ReplyDelete
  11. Betul la... Bagi saya jgn pjg2 sgt n pelik2 sgt nak bagi nama anak... Kesian esok kat anak nak tulis n sebut... Lg satu cari nama anak tu n makna yg elok... Sbb Ada sedara MQ bagi Nama anak pjg2, then asyik nangis je.. Jumpa ustaz suruh Pgl Nama yg membawa mksd yg baik... Tak panggil pun Nama sebenarnya sbb tak sesuai n tak boleh bawak Nama tu... Ustaz ckp Nama tu berat untuk anak dia..

    ReplyDelete
  12. betul tu kak...nama elok2 tp panggil nama xelok.rugilah...kdg2 tuan punya diri xredha org panggil nama mcm tu tp dah org panggil jugak apa nak dikata...

    ReplyDelete
  13. mcm dah biasa sgtkan nama sebenar dipanggil dgn nama singkatan yg agak pelik.....mcm arwah datuk akk.HAMZAH dipanggil AJUNG..akk sendiri pun sis..dulu masa kecik2 dipanggil "anak kling"...sbb kulit itam...tak terasa pun malah sampai la ni masih ada satu dua pakchik yg panggil akk dgn panggilan tu...akk ok jer...

    ReplyDelete
  14. dulu cikgu sayhmi penah panggil dia ami ami kat skool tapi lepas izwa tau mmg izwa pesan suruh panggil Syahmi no more panggil singkat singkat...begitu jugak dgn Sufiya...

    ReplyDelete
  15. mmg betul tau kak..nama kadang sedap2 tp bile dh selalu panggil ngan nama panggilan terus melekat..smp kadang terlupe nama sebenar..hehe..

    setengah org skang nie tgk jugak pada maksud..setengah xikut janji nama anak sedap..

    ReplyDelete
  16. betul biar pendek dan ada makna kan

    ReplyDelete
  17. salam..

    setuju sgt dgn entri ini.

    org skrg pilih nama pelik2 ada gabungan artis luar negara lah, gabungan nama suami isterilah, maksud? tiada maksud.

    payah dah nak jumpa nama zainab, azizah, fatimah, ismail dan etc ;)

    ReplyDelete
  18. susah jugak nak bg nama anak ni..kami cr nama anak itu ini, yg penting kena sesuai dn baik makna. kadang ringkas satu patah je pun sgt sweet dan sesuai

    ReplyDelete
  19. nama anak2 skang mmg panjang2 sumernya. kalo bleh tuh nk yg sedap2 jek bunyiknya. tp mcm sy dan hubby sndri pun nama kami dah mmg panjang (cian ms nikah berbelit lidah tok imam nak sebut ^_^). Nama sy walaupun pjg alhamdulillah ader makna. tp kesian kat hubby nama dia panjang dan sedap n moden tp takde makna. So disebabkan tuh, nama anak2 dia akan pastikan ader makna. memula dia tau nama dia takde makna, marah jugak dia kat MIL. eheheh takpelah kan ... nak buat macammana. maybe time tuh MIL terlepas pandang kot .....

    ReplyDelete
  20. mak saya, kalau tengah marah, dia akan panggil nama anak anak dia dengan nama penuh. no more along, no more boboy, etc etc. :)

    ReplyDelete
  21. lepas ni nak boh nama pendek2 dah la ngeee....nama my son nak letak dalam passport pun x cukup kolum ngeee

    ReplyDelete
  22. Itulah kalau zaman dulu lagilah eida macam bapak dan arwah mak kakak - bapak nama PURVIT mak pulak NEEMA tak ada makna langsung. Nasib baik dapat anak semua nama ada makna yg baik...

    ReplyDelete
  23. sbb tu kak saya tak bagi nama anak panjang2..ni lain diberi lain yg di panggil..saya panggil anak saya mmg dgn nama yg diberi..

    ReplyDelete
  24. Nama org dulu2 senang lgpun xde mcm kita ni nk search @ buka buku cari, skrg ni nk cr nm anak siap search merata siap buka kitab, tp ok jgk cara kita sekurang2nya kita tau makna nm anak kita...

    Abah sy nk Abdul Rahim tp org pggl Omar & my hubby sy sndiri nm Mohd Hadafi tp org pggl Cop...hikhikhik

    ReplyDelete
  25. betul tu kak. nama anak2 saya yang carik tp suami yg akak tentukan sesuai ke tidak. mmg jenuh la mencari sebab dia selalu kata tak kena dgn air muka anak. adeh...

    ReplyDelete
  26. nama panggilan yang baik maknanya memang akan memberi kesan pada anak2. boleh dengar ceramah ustaz kazim pasal nama panggilan anak ni. anak saya yangkecik sy boh nama kazim. maksud dia menahan marah

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...