Wednesday, June 27, 2012

MERAWAT RUAM BAYI ANDA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

sure bagi ibu2 dan bakal2 ibu ada yg sudah mengetahui cara untuk merawat ruam pada bayi anda bukan .. hurmm kalau akk dulu x pernah pula alami perkara2 macam nie .. mgkin  sbb bb akk semua besar2 ekkee yelah 4.00 ++ kg kan .. kecuali zahrien lahh 3.6kg .. 

soo DR cakap anak2 akk besar dlm perut soo kemungkinan akan ruam dan kuning x akan terjadi .. hurmm pendapat dan pandangan Dr lah kan .. tapi kenyataannya adalah benar , bila anak2 akk x alami perkara2 macam tuu .. hurmm jom akk share kan tips2 utk merawat ruam pada bayi anda .. akk dpt dari email juga ;)



Cara tradisional untuk merawat ruam di tubuh ialah dengan menggunakan manjakani. Tumbuk beberapa biji buah manjakani hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Kemudian, sapukan pada bahagian tubuh yang terdapat ruam. Lakukan setiap malam. 


Kulit bayi dan kanak-kanak adalah sangat lembut dan sensitif. Kadang kala, bayi anda dijangkiti ruam pada badan atau ruam lampin. Antara punca berlakunya ruam ialah:

1. Alahan pada bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang.
Pulpa dan bahan sintetik merupakan bahan utama untuk pembuatan lampin pakai buang. Bahan kimia iaitu dioxin terhasil semasa proses melembut dan menggebukan pulpa supaya menjadi kepingan kertas yang putih dan gebu.


2.Lampin kain yang di pakai terlalu lama atau tidak di tukar.

3.Alahan pada bahan pencuci samada sabun atau pelembut kain.



Bagaimana untuk merawat masalah ruam dan cara mencegahnya?


Basuh punggung dan kawasan sekitar lampin setiap kali anda menukar lampin pada bayi atau anak anda. Jangan tukar lampin tanpa membersihkannya kerana sisa air kencing boleh menyebabkan kulit bayi bertindak balas dengan ammonia yang terkandung dalam air kencing . 
Lap dengan kering atau anginkan terlebih dahulu. Senang cerita, biar je baby tu bogel sekejap untuk pengudaraan. Jangan terus pakai lampin dengan keadaan lembap untuk mengelakkan masalah lain seperti kulat.

1. Daun buluh
Ambil segenggam daun buluh dan tumbuk hingga lumat. Bancuhkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan pada bahagian-bahagian dimana terdapatnya ruam ataupun campak itu.

2. Ubi bemban
Ambil ubi bemban dan tumbuk, kemudian bancuhkan dengan air sejuk, tapis dan ambil airnya. Biarkan air tapisan itu sehingga pati ubinya mendap ke bawah. Buangkan air tersebut dan ambil mendapan tersebut untuk disapu ke bahagian badan anak yang terkena penyakit tersebut.

3. Tepung ubi
Ambil dalam secamca besar tepung ubi kayu dan bancuh dengan air sejuk, kemudian lumurkan ke badan anak.

4. Air kelapa
Ambil sebiji kelapa hijau yang masih muda, tebuk dan bacakan selawat nabi tiga kali dengan doa agar penyakit ruam atau campak itu sembuh. Kemudian, air kelapa diberi minum kepada anak yang sakit itu. Langkah yang sama juga dilakukan jika orang dewasa yang menghidapi ruam atau demam campak.

5. Limau purut
Ambil buah limau purut yang telah masak dan dibelah dua. Bakar sehingga kehitaman kulitnya. Biarkan hingga sejuk kemudian sapukan isi limau pada bahagian badan yang ditumbuhi ruam atau campak itu.


SELAMAT MENCUBA !

23 comments:

Nazayiena said...

Byk juga ya petua utk menghilangkan ruam2 bayi nie.....

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Qis masa kecik dulu kena ruam ktorg guna tepung ubi tu..memang berkesan..

Eye_nee said...

bagus ni sis...byk rupanya petua2 nak hilangkan ruam ni...

Wanieys said...

kak tima kasih sharing kat sini..info yg sgt bagus wani xtau sbb dulu qalief xkena ruam hihihi

QueeN TerataI said...

kebanyakkan yg di atas mmg Queen amalkan kak.. almaklumlah mak yg jaga masa dlm pantang.. mcm2 ilmu lah dia turunkan..

-Sara- said...

sara dulu letak tepung ubi..letak kat montot dia,gantikan bedak..mmg mujarab :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Ieda..k.atie ada baby besar kat umah..xdak ruam2 :D
Apapon,mmg petua yg sgt berguna kpd yg mempunyai baby

eB said...

tang limau tuh cam skt jerk. hu3

wahida said...

tengs utk info2 ni kak..

fieda said...

bagus info ni kak utk ibu2 yg ada anak kecik..anak saya dh besor2 dh..hihi..dorang pun alhamdulillah takder masalah ruam ni..

amirah said...

mekasih kak untuk petua ni. senang je

eMMe said...

oh Kak Ieda, tengs atas petua2 tersebut... saya nak sedia kan buku petua lah! heeeee~

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

mm tula kan kak mmg x bagus sgt pakai pad/pampers yg dibuat dari kertas tu kan..tu psl sy pakai pad avail tu..tp kalau pampers xda pilihan..terpaksa juga guna..nk pakai yg kain x efisen sgt huhu (dasar malas nk cuci hihi)


salunya sy just pakai krim johnson tu..okla juga boleh hilang ruam..yg penting kena pastikan baby kering sentiasa

~Sweet Honesty~ said...

yg pakai limau perut tu maunya pedih ye kak..aduhh..terasa ngilu pula..

atuk said...

Assalamualaikum Ieda

terima kasih
mukin untuk cucu

Syira said...

salam..

bagus petua ni,,

boleh simpan sbb blm nak guna lagi ;)

Mummy GreenyHouse said...

Tak ingat mcm mana rawat ruam baby2 sy dulu.. my MIL n mom yg bgtau, tp tak ingat mcm mana. skg xde baby lagi (semua baby dah besar.. :p) nnt kalau ade baby n ade ruam, boleh refer entry kak ieda ni.. :)

Kazman / Sue said...

bagus tips ni... kena simpan ni...

iizza said...

anak sy dulu pakai tepung ubi jer..nak pakai bedak memang xleh habis ruam-ruam..

zati embong said...

info penting nih.hihi

LYAfrina said...

petua y baik utk ibu2 y mpunyai ank y ada poblem ruam ni..

Syazana Zainn said...

tengs untuk inpo ni kak ;)

nnt da ade anak boleh gune..muahaha

A Rahmani said...

Salam, syor cuba krim ini yg bukan berasaskan bahan kimia..tk.

Salam semua. Saya ada hasilkan krim yang telah terbukti berkesan untuk ruam lampin. Disapu terasa sejuk saja, hilang rasa gatal-gatal, pedih yang tidak menyenangkan dan tidak melia atau menanah. Ia disapu ke bahagian ruam secara nipis saja seperti pakai bedak sejuk. Sangat bagus terutama selepas mandikan budak. Ia dapat percepat menghilangkan ruam dan menghindar dari ruam baru terjadi.
Untuk mandian sebagai mencuci kulit badan dan pencegahan, sabun Mutiara Bumi telah dikeluarkan juga.

Hubungi saya untuk mencubanya. Jenama Krim Mutiara Bumi (berat ¬100gm) , harganya cuma 12.00 saja dan Sabun Mutiara (berat ¬100gm) harganya RM6.00 saja. Kos pos laju RM6.00 1ke4 kotak (semua <500gm). Cubalah satu dan baik simpan 1 di rumah untuk rawatan ruam lampin dan sakit2 kulit yang lain sebagai rawatan awal. Untuk pesanan sila hubungi..Hj Man 0134389413..T kaseh

Labels

Suke (845) Makan - makan (410) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (282) family (272) anak-anakku (236) Dunia (218) artis (203) Wanita (195) Tentang Aku (177) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (64) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) Pelik (22) blog (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...